Projek Bercucuk Tanam.di Kala PKP - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Thursday, April 9, 2020

Projek Bercucuk Tanam.di Kala PKP

Projek Bercucuk Tanam.di Kala PKP. Honestly mama ni memang sejenis yang tak pandai tanam pokok. Dulu pokok yang mama tanam semuanya mati sampai dah give up dah. Tapi sejak 2 tahun lalu mama berminat pula gardening ni. Walaupun mama ni still noob tapi takpelah, mama belasah aje dengan harapan ada jugalah tanaman mama yang mennjadi nanti.. Ingat tak mama penah cerita tentang pokok yg mama cuba tanam di sini > Gardening challenge for mamapipie/ Semua pokok tu dah arwah dah haha








Lebih-lebih lagi sejak PKP ni lagilah mama berminat nak menanam pokok untuk menghilangkan boring. At least kalau menjadi ada juga hasilnya, kan. Ni mama nak tunjuk beberapa Projek Bercucuk Tanam mama.di Kala PKP

Bayam Brazil

Ingat tak mama cerita mama shopping apa masa PKP.. Baca kat sini.. Tabiat Shopping Mama di Musim Perintah Kawalan PergerakanNi la antara anak bayam brazil yang mama baru je terima dan baru je tanam.. Agak layu sebab dibungkus gitu aje masa pos. Tak tahan nak tanam bila tengok adik2 mama banyak tanam pokok ni. Nak tunggu ambil beni dari diorang tah bila. Sebab tu mama beli je kat Lazada.. Harapnya. semoga menjadi.

Selepas seminggu

Sawi

First set hydroponic mama.. Percubaan menanam pokok melalui kaedah hydroponic. Selepas 5 hari dah keluar dah anak sawi yang mama semai benihnya.. harapnye menjadi la

Selepas seminggu.. alhamdulillah dah keluarkan anak sawi

Cuba teka pokok apa

cu try teka pokok apa ni.. ni pokok keembong. Mama sempat minta benih dari cikgu sekolah Syafi beberapa bulan lepas. Ni kombinasi 3 color bunga. Cikgu Syafi memang suka menanam kat sekolah sampai padi pun ada tau... Dari mama kecil dulu memang mama suka sangat pokok keembong ni. Dulu selalu tanam sebelah rumah nenek. Seronok tgk bunga dia berwarna warni

Cili Api

No pokok cili api mama semai masa PKP. Campai aje biji cili yang mama masak. Eh, tak sangka idup juga.. Harap-harap takde penyakit macam pokok cili mama sebelum ni

Betik

Betik mama.. first time mama tanam betik dan ini ialah buah sulung..  mama penah citer macam mama tanam pokok ni kat sini Cara Menanam Pokok Betik. Genap 2 tahun dah usianya. tak sabar nak makan buahnya ni. Panjang-panjang. Kalau ikutkan buah yang mama ambil benih ni memang sangat manis dan besar buahnya. pokok ni pun tinggi betul.  Beberapa hari lepas pokok ni menyembah bumi dan satu buah dia terpelanting.. pokok ni mam tanam dalam pasu tapi disebabkan noob sgt mama tak sangka akar dia keluar dari pasu dan masuk dalam tanah.. sebab tu la boleh sembah bumi. tapi mama sempat selamatkan lagi la

Kesum

Try tanam daun kesom.. sebelum ni mama penah try tanam tapi mati huhu


Temulawak? Temu pauh?

Pokok temu pauh yang baru found out bila tanya kat grup berkebun kat FB. Pokok ni tumbuh sendiri. Dah try buang tapi dia tumbuh balik. Ingatkan nak guna pasu ni utk tanam bayam brazil

Daun sup pun mama tanam tau.. 

Korang ada tips bercucuk tanam?






Korang share lah sikit apa tips nak jaga pokok-pokok mama ni. Selain dari pokok atas ni mama ada try tanam pokok nanas, pandan, kari, lidah mertua, mulberi. Tapi semua nampak tak gemuk pun.. kesan mama kan.. macam mana letak baja ye.. mama beli baja organic dan kdg2 campur gak dgn baja penggalak bunga/buah tu. tak tau la betul ke x..


24 comments:

  1. banyaknya tanaman seronok tgk....rietta suka pokok pokok...pokok bunga pun rietta suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mama.batu nak belajar Ni rietta

      Delete
  2. sekarang ni saya tengah tanam bendi,kangkung dan pokok ubi, saya tanam,siram air pagi dan petang,bubuh baja tahi ayam..tu saja

    ReplyDelete
  3. Bagus jugak bercucuk tanam masa PKP ni kan mama, sambil-sambil berhobi dapat makan hasil tanaman sendiri ye dak.. Hehe

    ReplyDelete
  4. Wah ada juga yang menjadi. Banyak juga mamapipie tanam. Ingat satu dua je.

    ReplyDelete
  5. Bayam Brazil dah tanam di belakang halaman rumah rabia

    ReplyDelete
  6. samalah mama, kak ana pun duk main dengan pokok2 yang ada ni jer kat rumah, nak beli pokok baru nursery tak boleh pii sekarang ni kan.

    ReplyDelete
  7. bayam brazil tu makin famous ya.. ramai yang saya tengok tanam.
    bagus insyallah berbudi pada tanah kan ada hasilnya =)

    ReplyDelete
  8. Kesum tu kena sentiasa ada air mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama letak Dlm bekas air bertakung tapi tu laa.. xmau dia

      Delete
  9. Terbaik lah...Jom Kita Go Green

    ReplyDelete
  10. Sejuk tangan adda ni...kalau akak semua tu confirm mati..tangan panas bab menanam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isy kak.. idok let.. dulu Saya tanam.apa pun semua mati gak.. Ni baru nak menjadi

      Delete
  11. Rajinnya kak bercucuk tanam. Saya sejenis tangan yang kalau tanam apa jenis tumbuhan confirm mati. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu akak mcm mcm ti gak mimie.. Ni baru nak ok sikit

      Delete
  12. Alhamdulillah.. seronok sebenarnya bercucuk tanam nie.. sambil sambil tu boleh dipetik hasilnya..

    ReplyDelete

Words of wisdom