Hariraya Keempat Baru Mama Bersiaran - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, May 27, 2020

Hariraya Keempat Baru Mama Bersiaran

Assalamualaikum semua.. diharap semua sihat-sihat belaka. Hariraya Keempat Baru Mama Bersiaran. Dasat betul mama ni kan sampai 4 Hari menghilang. Mama sebenarnya busy bersama keluarga dan busy buat running errands kat rumah ni.







Almaklumlah cuti maka mama buat perkara yang mama nak setelkan masa cuti ni..

Ni antara menu lauk raya kami. Mama masak awal so Boleh buat buka Puasa Hari ke 30 tu. Mama sempat Rebus ketupat guna periuk Noxxa, buat kuah lodeh dan sambal kacang. Sempat juga tolong kakak ipar masak rendang ayam pencen 4 ekor. Mujur Ada Noxxa lembut elok je ayam pencen tu. Abang ipar mama warded dah beberapa Hari di CCU sebab tu mama tlg kakak ipar. Kesian dia.

Malam tu ada 5 batang lemang, satu sepupu husband yg ada restoran Padang on Wheels bagi bersama rendang minang. Ada rendang daging dan rendang ayam juga. Meriahnya alahai makanan raya kami. Esoknya jiran bagi rendang palembang pula Dan mak mertua order rendang tok. Sebab tu sampai Hari kedua mama masih makan rendang sebab separuh dari rendang tu mama frozenkan.

Alhamdulillah Raya tahun ni walaupin dalam tempoh PKPB masih lagi kami dapat berkumpul sekeluarga. Sebab adik beradik sebelah husband duduk di KL Dan selangor maka dapat kami bertemu walaupun sehari je. Tah bila Boleh jumpa lagi huhuu. Gambar ni semua Tak pakai baju raya dah sebab semua dah nak balik rumah memasing dah..







Punyalah seronok dapat berjumpa sampai terlupa sekejap masalah tentanv virus Covid-19.

Hariraya korang macam mana pula?


18 comments:

  1. Selamat hari raya Mamapipie...Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  2. bestnya beraya dgn keluarga musim PKP ni. jalan pun x jem sbb perantau x balik.

    ReplyDelete
  3. Tahun ni raya online je..rasa lain tapi pelik tak kurang juga meriah dan mood raya tu tetap ada

    ReplyDelete
  4. hari raya biasanya busy. tak sempat nak hadap laptop, nak tengok phone pun curi-curi masa, yang penting kita dan keluarga happy. selamat hari raya mama.saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki

    ReplyDelete
  5. sama la kita..baru bersiaran 4syawal..tp blum ada lg cite raya..selamat haru raya...tgh puasa tgk menu raya tu lpr plak

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri maaf zahir batin mamapp tuu

    ReplyDelete
  7. SALAM AIDILFITRI dari aida ye.
    untung la semua dedekat. aida thn ni beraya sorang2 je.
    adik beradik, ipar duai, mak abah semua kat KL. diorang la meriah kat sana.
    daku sendirian di sini hu hu hu hu :(

    moga thn depan kita semua dpt beraya meriah semula, kan.
    eratkan sillaturrahim. ziarah-menziarahi. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  9. kuah lodeh mama pp ada udang la aduhhh. jarang2 nampak ni. selamat hari raya maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa org letak udang kan. penah tengok tak org letak lala? haa yg ni rare kan. ramai org johor yg buat tau. Kalau ada lala mama dah lama letak lala

      Delete
  10. Sedap betul juadah raya Mamapp. Kalau saya balik kampung, barulah puas makan juadah begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah amie.. basic2 aje asalkan ada feel raya

      Delete
  11. selamat hariraya semua. mmg busy raya masa utk family kan. mama pun x sempat nak pegang hp. mujur takde sedara mara dtg beraya. sib baik diorg faham dan patuhi perintah pihak berkuasa. kalalu tak lagi la busy mama

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Mama. Memang meriah lauk rayanya :)
    Syok dapat berkumpul sesama adik beradik even sehari je. Semoga COVId-19 cepat berlalu dan kita semua dapat kembali berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.

    ReplyDelete

Words of wisdom