Hari Terakhir Ramadhan - Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, May 23, 2020

Hari Terakhir Ramadhan - Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya

Assalamualaikum semua.. mesti tengah sibuk masing2 untuk persiapan raya Kan.. Kat sini mama ingin memohon ampun Dan maaf jika Ada apa2 kesilapan mama pada semua.. selamat menyambut hari kemenangan semoga Kita semua sentiasa di rahmati Allah..







Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya  

فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .

Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW berjumpa dengan hari Aidil (Edul Fitri atau Edul Adha), satu sama lain saling mengucapkan, “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadits ini hasan. 



قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima amalan [amalan dan ibadat di Ramadhan] kami dan kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" HR Tobrani No: 17589 

Kesimpulan hadith:

1.  Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu.

2.  Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim ialah 

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ







3.  Saling ziarah menziarahi

Berziarah dan merapatkan ukhuwwah sesama Muslim dituntut.
Nabi SAW pernah bersabda :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

4.  Oleh kerana musim PKP ini kita tidak digalakkan saling menziarahi bagi memutuskan rangkaian Covid-19, namun dengan adanya teknologi kita boleh buat ziarah maya menggunakan whatsapp call, video conferencing  guna aplikasi zoom, google meet, webex dan sebagainya. Kita masih boleh saling berhubung untuk bertanya khabar bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kerabat dan merapatkan ukhuwah sesama Muslim.

Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan meredai kita sepanjang masa. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.


Sumber:
1 Hari 1 Hadis 

14 comments:

  1. Selamat hari raya kak
    Semoga virus covid ini dihapuskan dgn cepat

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya mama.
    have a safe and fun hari raya hehe

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Mohon kemaafan sekiranya ada tak sengaja perkataan yang menguris hati selama ini.

    ReplyDelete
  4. Semoga bertemu lagi kita dengan Ramadan tahun depan.
    Selamat Hari Raya Mama. Maaf zahir & batin ye ♥️

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya.

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  6. kena biasakan diri untuk sebut perkataan tu. terima kasih peringatan ni.. =) salam aidilfitri..

    ReplyDelete
  7. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya buat mama sekeluarga 🌹

    ReplyDelete
  9. Salam aidil fitri buat Mamapp sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  10. InshaAllah harap2 panjang umur untuk berjumpa Ramadan tahun depan.
    Selamat Hari Raya Mama!

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya maaf zahir dan batin mama. Terima kasih di atas perkongsian.

    ReplyDelete

Words of wisdom