Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, October 22, 2020

Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis. Harini mama nak share Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis yang mama dapat dari FB kalau tak silap. Mama tak pernah lagi buat lauk ni. Bagus lauk ni sebab ada halia yang boleh tolong dalam pembuangan angin dalam badan. Cili pula boleh panaskan badan.





Sekarang mama akan ada lebih masa di rumah since waktu kerja sudah jadi 4 jam saja dan seminggu cuma kerja 3 hari atas arahan Majlis Keselamatan Negara kerana mama berada di zon merah. Sebaiknya memang mama nak pergi office hari-hari sebab kalau WFH rasa tak tenang. Sekejap ada orang call, supplier la, anak buah la, sub con la.. pening duk umah ni. Tapi at lest dapat pergi kerja 3 hari seminggu pun boleh lah..

Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Jom kita lihat sama-sama Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis. Suka resepi ni sebab nampak mudah. Nanti mama nak cuba

Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis






Bahan-bahan :

1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara memasak:

  1. Blend bawang merah, bawang putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.
  2. Tumis dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) dan goreng hingga naik bau 
  3. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu kering 
  4. Persakan dengan garam dan gula 1/2 sudu teh & sedikit je gula merah
  5. Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk.. goreng sampai naik minyak. Kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. 
  6. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api. 
  7. Done!

Selamat Mencuba.


Sumber : @angelic.argan

30 comments:

  1. mudah ni. lazat.
    aida suka copy paste resepi ringkas ni.
    pastu masak. hmmmm cepat siap :)
    makan dgn kicap fuiyoo!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kan.. kalau mama letakk sikit aje. Pasti ada cuka jugal tu

      Delete
  3. Fulamak nampak sedap! Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete
  4. menaikkan selera betul rupa dia yummss

    ReplyDelete
  5. mesti sedap ni. nanti nak cuba resepi mama :D

    ReplyDelete
  6. boleh bayang dah rasa dia ni.. Sedapnya!!

    ReplyDelete
  7. Rasa macam ayam bali ke? Ke jauh sangat rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain sikit rasanya.. sebab ada cuka dgn brlacan

      Delete
  8. Elok masakan berhalia keluarkan angin dari badan.
    Memang tak senang rasa WFH ni jadi tak dapat nak beza time kerja dan personal time.
    Lagi kalau jenis siapkan kerja di tempat kerja je kan kebiasaannya tak bawa balik kerja ke rumah.

    ReplyDelete
  9. Serius terembes air liur tengok gambar ayam halia ni... nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  10. macam simple je resipi dia. boleh try gak ni. saya pun masuk ofis gilir-gilir. ofis saya buat group. so 1 hari 1 group je yg dtg ke ofis. so mmg byk masa kat rumah, kdg kebuntuan jugak nak masak apa hari-hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang mama jga cuma mlrje hampir setuliap hari cuma jam bekerja jadi pendek. So balik rumah sempat masak..

      Delete
  11. menarik nmpknya menu ni..bole try nanti

    ReplyDelete
  12. hampir kesemua bahan ammi ada...sesuai sgt utk menu esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah dah ada Bahan dah boleh dah masak ni ammi

      Delete
  13. saya takleh nak tolak kalau ada menu masak ayam cemni..
    sukaaaa.. rasa2 halia ni lajuuuu hehe..

    ReplyDelete

Words of wisdom