Zikir Pagi dan Petang Menjauhkan Kecelakaan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, January 10, 2020

Zikir Pagi dan Petang Menjauhkan Kecelakaan

Zikir Pagi dan Petang Menjauhkan Kecelakaan. Tiada yang maukan diri kita atau ahli keluarga ditimpa sebarang kecelakaan atau musibah. Sebenarnya ada Cara usaha untuk kita ikhtiar untuk elakkannya. Zikir Pagi dan Petang ini boleh Menjauhkan Kecelakaan.












عَنْ أَبَانَ بْنِ عُثْمَانَ قَال سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ


Daripada Aban bin Utsman ia berkata; saya mendengar Utsman bin 'Affan RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang hari mengucapkan; 

BISMILLAAHILLADZII LAA YADHURRU MA'AS MIHI SYAI UN FIL ARDHI WA LAA FIS SAMAAI WA HUWAS SAMII'UL 'ALIIM 


(Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui) sebanyak tiga kali melainkan ia tidak akan diganggu oleh sesuatupun." (Sunan Tirmidzi No: 3310) Status: Hadis Hasan Sahih









Pengajaran:

1.  Setiap Muslim dituntut untuk sentiasa berzikir mengingati Allah.

2.  Pelbagai jenis zikrullah boleh dibaca, sama ada mengikut peristiwa, perkara yang ingin dilakukan atau masa tertentu.

3.  Ada zikrullah yang digalakkan untuk dibaca pada pagi dan petang, antaranya:


بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


(Dengan menyebutkan nama Allah yang tidak ada sesuatupun dengan menyebut namaNya yang boleh memudaratkan di bumi mahupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui)

4.  Barangsiapa yang membaca zikir di atas pada pagi dan petang hari sebanyak 3 kali, dengan izin Allah, dia akan dijauhi dari sesuatu kecelakaan.

Ayuh kita amalkan bacaan zikir ini yang boleh dibaca sebaik-baiknya selepas solat Asar dan Subuh.


Sumber:  1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor telegram.me/hadisharian_ikram

11 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian. semoga kita semua istiqomah dalam melaksanakan. aamiin

    ReplyDelete
  2. insya'Allah...kita amalkan sama2 yuk

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing Adda.. jom kita istiqomah amal sama-sama jom..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas ingatan ❤️

    ReplyDelete
  6. peringatan untuk mama juga ni.. tq semua harap ada manfaat utk kita semua

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..zikir memang terbaik untuk diamalkan

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bagus u tuk kita sama sama amalkan.

    ReplyDelete
  9. tq for sharing.

    basahi la bibir kita dgn zikir.
    gerakkan lidah dgn zikir :)

    ReplyDelete

Words of wisdom