Jangan Sampai Share Info Boleh Menjadi Penipu - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, January 17, 2020

Jangan Sampai Share Info Boleh Menjadi Penipu

Jangan Sampai Share Info Boleh Menjadi Penipu











عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ


Daripada Hafsh bin ‘Ashim, dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar.” (HR. Muslim no. 5). Status: Hadis Sahih








Pengajaran:

1.  Dusta ialah memberitahu kepada orang ramai satu berita atau satu cerita yang tidak benar. Apabila dia membaca atau dia mendengar sesuatu maklumat, tanpa siasat dan tanpa bukti, dia terus menyampaikan kepada orang lain malah mungkin ada tambah menambah, bagi menyedapkan cerita.

2.  Setiap kita perlu berhati-hati sebelum kita menceritakan atau menyebar sesuatu maklumat yang diterima. Ambil sikap tawaqquf (diam hingga ada dalilnya) itu lebih baik dari berlumba-lumba menjadi orang pertama yang menyampaikan.

3.  Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah.

4.  Media sosial hari ini sering menyebarkan maklumat yang berbeza daripada yang asal. Contohnya petikan ucapan, video atau gambar mungkin juga diedit dan disebarkan yang boleh menimbulkan kontrovesi. Lalu di olah dan diulas dengan gambaran yang berbeza daripada cerita asal  atau keseluruhan ucapan. Oleh sebab itu apa yang didengar atau sesuatu yang ditulis boleh jadi benar, boleh  jadi tidak. Jika seseorang menceritakan atau menyebarkan setiap apa yang ia dengar atau setiap apa yang di terima seperti menerusi whatsaap, telegram, FB dan sebagainya, maka ia telah berdusta kerana memberitakan sesuatu yang sebenarnya mungkin tidak terjadi atau tidak benar. Kalaupun benar mungkin boleh jatuh kepada mengumpat kerana sengaja membuka aib orang lain serta membuka ruang kepada maki hamun dalam komen nitezen.

Ingatlah Firman Allah:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya (tabayyun), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan (al-Hujurat: 6)

5.  Imam al-Syaukani berkata;“Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya.”

6.  Tidak semua berita yang benar itu boleh disebarluaskan jika ia boleh menimbulkan salah faham, keresahan juga kekacauan kepada masyarakat. Kata Abdullah bin Masud RA dalam Muqaddimah Sahih Muslim: 

مَا أَنْتَ بِمُحَدِّثٍ قَوْمًا حَدِيثًا لَا تَبْلُغُهُ عُقُولُهُمْ إِلَّا كَانَ لِبَعْضِهِمْ فِتْنَةً

“Tidak boleh engkau menceritakan (suatu berita) kepada sekelompok orang, berupa berita yang tidak boleh mereka fahami malah akan menjadi sumber kerusakan (keresahan atau kekacauan) kepada mereka.”

7.  Berhati-hatilah apabila menyebar atau share sesuatu maklumat. Latihlah diri agar tidak terus share info yang diterima. Moga kita tidak menjadi pendusta. Justru diam itu lebih baik daripada menyebarkan cerita.

Sumber: Telegram 1 Hari 1 Hadis

21 comments:

  1. Setuju tu Adda.. diam itu lebih baik kalau tak ada benda yang baik kita nak cakap..

    ReplyDelete
  2. Yup fikir dulu sebelum sebarkan.

    ReplyDelete
  3. kadang2 dapat info dari macam2 group wasep sampai rasa naik takot.
    betol ke tak tah.. sumber dari mana. the best option baca xpe.. yang betul kita ekot yang was2 kita cari jawapan dlu. tapi memang xkan forward kemana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul siti mama pun takut juga mmg kebanyakan cerita mama X penah fwd apa pun

      Delete
  4. betul tu kak.. sy dah tak berani nak sebar info sembarangan..

    ReplyDelete
  5. tu pasal kalau baca apa-apa isu viral malas nak share. komen pun takut, kot-kot tersebar fitnah

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian mama. saya memang dah biasa akan semak dulu kebenaran setiap apa yg diforward dalam group whatsapp. macam mana sekalipun, akan google dan baca setiap result yg keluar dalam search :D

    ReplyDelete
  7. Betul tu, selidik dahulu sebelum sebar

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. cari kesahihan cerita sebenarnya dulu baru nak ulas.

    ReplyDelete
  9. in shaa Allah :)
    kena jaga jari jemari la ni kan.

    ReplyDelete
  10. Kalau tak pasti jangan share.
    Kalau dah share dalam socmed ni susah nak ditarik balik dan maka berantai-rantailah malah bertahun-tahun beredar. Nauzubillah moga dijauhkan.

    ReplyDelete
  11. betul tu, dana selalu akan baca dan pastikan betul atau tak... tapi takmo dah nak share-share...
    sebab kadang tak mustahil semua tu tipu bila kita dok share-share jadi viral sedangkan info tu tak betul kan dosa

    ReplyDelete
  12. Media sosial paling banyak tersebarnya berita yang kurang sahih. Kadang rasa takut

    ReplyDelete
  13. terima kasih di atas perkongsian

    ReplyDelete
  14. Semoga kita semua terhindar daripada melakukan fitnah dan dihindarkan daripada menjadi mangsa fitnah..aamiin

    ReplyDelete
  15. bila tahu ada kes viral, memang tak akan ambil tahu dan share..sebab selalu ingatkan diri tentang fitnah macam ni...

    ReplyDelete
  16. kalau tak pasti jangan share...itu lagi penting...sekarang ni dah macam2 hal kan

    ReplyDelete

Words of wisdom