Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus.. Cara Solat Gerhana Matahari - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Thursday, December 26, 2019

Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus.. Cara Solat Gerhana Matahari

Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus.. Cara Solat Gerhana Matahari. Sekarang sedang berlaku Gerhana Matahari Anulus dimana kedudukan sejajar antara matahari, bulan dan bumi. Jika  gerhana bulan, maka kedudukan sejajar antara matahari, bumi dan bulan. Kedudukan sebegini akan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke bumi kerana itu ia dinamakan gerhana. Walau macam mana pun perasaan bila fenomena ini berlaku pasti kan membangkitkan keinsafan dan ketakjuban pada kuasa Allah. Mari kita sama-sama solat gerhana matahari. Subhanallah Hari Ini Gerhana Matahari Anulus.. Cara Solat Gerhana Matahari


CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Lafaz niat: Boleh refer gambar di atas

Maksudnya;
"Sahaja aku solat sunat gerhana MATAHARI dua rakaat kerana Allah Taala."

Kaifiat:

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram.
  2. Membaca doa Iftitah.
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
  5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
  8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
  9. Iktidal.
  10. .Sujud dan membaca tasbih.
  11.  Duduk antara dua sujud.
  12. Sujud kembali.
  13. Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua

  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
  3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
  7. Iktidal.
  8. Sujud dan membaca tasbih.
  9. Duduk antara dua sujud.
  10. Sujud kembali.
  11. Membaca tasyahud akhir.
  12. Memberi salam.

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.









Sini mama kongsikan sedikit intipati khutbah solat gerhana hari ini..


Allah SWT telah mencipta langit dan bumi ini dengan penuh keindahan dan kehebatan. Di bumi, Allah SWT ciptakan kita sebagai umat manusia di samping makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, gunungganang, lautan, sungai dan sebagainya. Manakala di langit pula, Allah SWT ciptakan cakerawala yang terdiri daripada matahari, bulan dan bintang yang menghiasi langit serta memberi manfaat kepada hambahamba-Nya. Kehebatan ini tidak terhenti di sini sahaja, bahkan Allah SWT telah membuktikan pula kepada kita bahawa Dia adalah pentadbir alam semesta yang Maha Agung dan Maha Berkuasa sehingga tidak ada sebab berlakunya pelanggaran antara satu sama lain. Jika sekiranya berlaku pertembungan matahari dan bulan, maka ini akan mengakibatkan
kehancuran dan kemusnahan.

Firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat 40
Maksudnya: “(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”


Peristiwa gerhana matahari merupakan suatu iktibar kepada umat manusia bahawa kita adalah makhluk kecil dan lemah di sisi Allah SWT. Allah SWT memperlihatkan sedikit daripada bukti kekuasan-Nya kepada manusia melalui peristiwa gerhana matahari yang merupakan salah satu fenomena yang amat mudah bagi-Nya. 

Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 37:
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan  siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.”


Di samping itu, perbanyakkanlah amal yang dapat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT dengan taubat, amalan kebajikan, amal soleh, berzikir, bertakbir, bersedekah dan berdoa. Tanamkan juga di dalam hati dan jiwa kita kesungguhan untuk menghayati hikmah disebalik setiap
peristiwa, kejadian dan fenomena alam dalam apa bentuk sekalipun. Mengakhiri khutbah, sebagai usaha untuk melahirkan keteguhan seterusnya mengekalkan kekuatan iman yang ada dalam diri umat Islam, mimbar menggariskan beberapa nasihat untuk dijadikan pedoman bersama:


  • Pertama: Fenomena kejadian gerhana merupakan bukti kebesaran Allah SWT yang ditunjukkan kepada makhluk-Nya untuk dijadikan bahan tafakur.
  • Kedua: Menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah
  • Ketiga: Menghitung, mempertingkatkan dan memperkemaskan amal kebajikan sepanjang masa.

Sumber: http://www.islam.gov.my/










13 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini....terbaik mama..well done

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Kuasa Allah Taala. Terasa kerdil nya diri ini

    ReplyDelete
  3. banyak yang harus kita ketahui dan lakukan untuk merebut ganjaran dariNya ketika berlakunya gerhana matahari tengahari tadi kan mamapp :)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. semalam Ummi baru keluar pasar raya tengok kat luar gelap, panas dan berangin.. meremang bulu roma tgk dekat langit.. follow sini ;)

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah besar kuasa Allah kak. 21 tahun sekali baru dpt lihat fenomena luar biasa ni.

    ReplyDelete
  6. maha besar kuasa Allah kan. belum tentu lagi kita boleh jumpa anulus nx time kan

    ReplyDelete
  7. Kejadian yang sangat jarang berlaku... alhamdulillah kita dapat saksikan nya

    ReplyDelete
  8. Tak berpeluang tengok gerhana matahari.

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  10. Kejadian yang jarang berlaku. Allah tunjukkan kuasanya

    ReplyDelete
  11. ohsem kan hari tu.
    aida sempat tgk la.
    kebetulan teringat kan kejadian ni.
    anak2 pun sama2 saksikannya.

    ReplyDelete

Words of wisdom