Lunch Di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, November 22, 2019

Lunch Di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam

Lunch Di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam.. Pssst.. Ada cafe baru dibuka di area Shah Alam maka haruslah kami anak beranak usha tempat baru ni. Special sebab cafe ni ada lontong goreng kegemaran ayah Syafi. Maka pergilah kami Lunch Di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam hari Sabtu lepas.

Menu di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam






Berikut adalah menu yang kami order

Resoles Chicken yg sedap. Dalam ni Ada cheese, ayam dan salad. RM3/piece. Sedap tau

3 layer tea dan milo t-rex

Spagheti utk anak mama

Lontong goreng bersama rendang daging. Rasa lontong goreng ok sedap cuma ada version lain yang mama lagi suka. Lontong goreng ni macam lembab-lembab sikit. Mama suka yang ditumis garing

Nasi Maqlubah yakni nasi briyani pakistan.. Rasa nasi tu memang rich dan mama yang kuat makan berkuah ni pun tak letak kuah banyak. Sedap dah

Syafi tengah omnomnom. Belikan dia cheesy fries takut dia lapar lagi. Tapi end up mama dgn ayan dia yang terpaksa makan haha

Menu Dan harga di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam







Jom kita tengok menu dan harga pula

Harga makanan





Harga Minuman





 Keadaan Di luar kedai

Interior yang cozy dan selesa

Pengalaman Makan di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam

Lokasi tempat ni terletak di bangunan baru dan parking mudah juga. Maka tak perlu risau lah korang kalau nak ke sini. Mama lihat ramai juga yang makan di sini mungkin sebab ada hotel di bangunan yang sama. FoodPanda pun ada deliver menu dari kedai ni. Interior kat sini cosy dan pekerja pun sentiasa membantu dan ramah dengan senyuman. Makanan dan minuman kat sini semua sedap. Next time mama nak try menu lain pula lah..Kepada yang nak cuba rasa makanan di sini bolehlah ikut alamat ni ye..

Spiced Pumpkin Cafe & Bakery

Alamat: 2.0 Kompleks KPPMS Lot, 291, Jalan RU 3/9a, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan: Isnin - Rabu 2:00 ptg – 9:30mlm
Khamis - Sabtu 12:00 tgh hari – 10:30 mlm
Ahad Tutup
Telefon: 019-272 8317


16 comments:

  1. Kalau boleh setiap hari tengok blog akak..sebab suka melihat gambar makanan dalam blog akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihii tq Rabia.. nampak sgt akak ni mmg hantu suka makan

      Delete
  2. ahai harga sangat murah ini belum sempat ke cafe ini suatu hari kalau ke Kuala lumpur lagi nak cari di sah alam ya

    ReplyDelete
  3. Huwaa..kenapa semua makanan favourite keluar ni. Tapi Resoles Chicken belum pernah makan lagi. macam sedap je tu

    ReplyDelete
  4. rosales tu nampak besar betul kak, puas makan
    sedap2 tengok semua menu... harga pun nampak berpatutan sangat

    ReplyDelete
  5. Resoles tu nampak macam sedap je kak. Harga pun boleh tahan jugak kan

    ReplyDelete
  6. sedapnya semua menu-menu dia..terliur kita tengok dessert dalam menu tu..

    ReplyDelete
  7. bestnya tengok close up gambar makanan ni. kedai pun nampak cantik juga

    ReplyDelete
  8. Terliur tengok Syafi makan. Huhu

    ReplyDelete
  9. milo t-rex. uniknya nama. macam milo tabur kan. best la menu dia

    Jemput singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  10. Semua nampak sedap. Lontong goreng tu saya tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  11. menarik.
    terpaku aida bila tgk milo tabur tu, mamapp.
    feveret all the time :)

    ReplyDelete
  12. Ya Allah cheesy fries tu nampak sedapnya. So mouthwatering :)
    Nanti boleh lah singgah sebab bila pegi area tu selalu tak tau nak makan kat mana.
    Asyik pergi tempat yang sama je.

    ReplyDelete

Words of wisdom