Fast Food Boleh Jadikan Kita Lebih Kurus? Betul Ke? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, November 4, 2019

Fast Food Boleh Jadikan Kita Lebih Kurus? Betul Ke?

Fast Food Boleh Jadikan Kita Lebih Kurus? Betul Ke?





Ni fakta menarik ni.. Semakin ramai penggemar fast food sekarang ni. Sebab senang sangat nak jumpa restoran makanan segera ni kan. Sampaikan kalau nak ke tanah suci untuk tunaikan umrah pun senang juga nak makan di sana. [Baca pakej umrah idaman hati]. Ramai yang kata kalau makan fast food akan menyebabkan kegemukan. Adakah perkara ni betul. Kalau ada statement kata boleh kurus makan fast food ni pula camne? Kalau nak tau jom baca di bawah ni..


Seorang pemuda bernama Shamil telah berkongsi ciapan di akaun Twitter miliknya berkenaan pengalamannya yang berjaya menurunkan berat badan walaupun mengambil fast food seperti Ayam Goreng McDonald (McD). Ya, ternyata jejaka ini berjaya menurunkan berat badannya daripada 90 kg kepada 59 kg dalam tempoh 67 hari dan masih menikmati keenakan Ayam Goreng McD dalam tempoh tersebut. Ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial sehingga mendapat sebanyak 7,331 likes dan 5,408 retweets. Persoalannya, adakah benar makan fast food boleh menurunkan berat badan seseorang individu? Ikuti penjelasan yang lebih lanjut di bawah ini.

Kira kalori sehari.

Dalam perkongsian di Twitter, Shamil menerangkan bahawa dia membuat perkiraan pengambilan kalori harian walaupun dia mengambil fast food dalam dietnya. Menurutnya, dia hanya makan mengikut jumlah kalori iaitu 1,800 kalori setiap hari. Dan, memandangkan dia tidak melakukan senaman setiap hari, jadi dia hanya mengambil sebanyak 1,500 kalori sahaja dalam sehari. Contohnya, jika dia mengambil McD yang memiliki kalori sebanyak 1,200, dia akan memastikan pengambilan makanan yang lebih rendah kalori pada waktu makan malam agar tidak melebihi pengambilan 1,500 kalori harian.

Perlu ke elak sarapan pagi jika ingin makan fast food pada tengah hari?






Bagi mengelakkan pengambilan kalori berlebihan, Shamil akan melangkau waktu makan paginya. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa SARAPAN adalah waktu makan yang PALING PENTING setiap hari. Sarapan memulakan metabolisma tubuh badan anda yang membantu anda membakar kalori sepanjang hari. Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk melakukan pelbagai perkara selain membantu anda untuk lebih fokus terhadap sebarang pekerjaan yang anda lakukan. 

Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa walaupun individu yang tidak bersarapan mengambil sedikit kalori di siang hari, mereka cenderung untuk mempunyai indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi. Oleh itu, jangan sesekali mengelakkan sarapan semata-mata risau akan pengambilan kalori yang berlebihan pada waktu makan tengah hari.

‘Wajib’ bersenam setiap hari.






Dalam pada mengawal pengambilan kalori harian, Shamil turut memastikan bahawa dia sentiasa melakukan aktiviti fizikal. Dia melakukan aktiviti senaman di gimnasium selama satu jam dalam sehari, dan melakukannya setiap hari. Ini menunjukkan bahawa dia terlibat dengan gaya hidup yang aktif yang membantunya menurunkan berat badan. Selain itu tabiat makan yang baik akan membantu pengurangan berat badan secara sihat. Rujukan (nikmatterbaik.blogspot.com)

Melalui perkongsian tersebut, jelas sekali teknik menurunkan berat badan pemuda ini masih mengutamakan soal pengambilan kalori harian dan kekal aktif. Untuk mengelakkan kekeliruan, kaedah ini menggunakan prinsip diet rendah karbohidrat dan menggantikannya dengan protein untuk mencapai pengambilan kalori yang lebih rendah. Walaupun pengambilan makanan seperti ini setiap hari dapat membantu menurunkan berat badan, ia masih dianggap tidak sihat disebabkan faktor paras lemak trans dan karsinogen yang tinggi. Di samping itu, anda tidak boleh memakan Big Mac atau Ayam Goreng KFC tanpa had setiap hari dan hanya duduk menonton televisyen atau tidur setelah kekenyangan kerana bukan itu yang dimaksudkan olehnya. Sekiranya anda melakukan tabiat seperti itu, anda akan berisiko untuk mengalami masalah kardiovaskular di kemudian hari yang mengakibatkan anda untuk tidak lagi mempunyai peluang memakan Big Mac bersama rakan-rakan.


Artikel asal oleh 

24 comments:

  1. ammi tak berapa pandai nak kira2 kalori ni. Ada je apps kat fon tu tp tetap tak reti

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah amal makan nasi suku suku separuh, nutrisi sebaiknya, gaya hidup aktif dan air secukupnya boleh turunkan berat badan. yg penting selamat dan maintain berat :D

    ReplyDelete
  3. senang cita, nak makan fast food kene ganti dengan lakukan senaman, kiranya kalau makan lunch tu burger mcD, petang tu kene buat senaman yang bersesuai untuk bakar semula kalori yang kita ambil tu... kalau dah melantak hari2 fast food lepas tu duduk saja, memang gumuk hehehhe

    ReplyDelete
  4. Fast food...hmmm...mahal. lom sampai hujung bulan, duit habis, ikat perut la kita...

    ReplyDelete
  5. jenuhlah nak kira kalori.. tak boleh Sha ikut nie.. malas nak kira kalori.. hehehe

    ReplyDelete
  6. kalau tiap hari suka ke gym satu jam mestilah walau makan ayam terus tiap hari akan turun pula berat badannya karena bersenam itu

    ReplyDelete
  7. ehehe baca tajuk meronta2 untuk baca semuanya.. akak sy tibai je semua. wakakak tapi kenotla everyday kan. hari2 panjat tangga kira exercise tak ? ngelat sikit =P

    ReplyDelete
  8. mama yg tengah badan mencanak2 ni pun suka topik ni. Tapi sebenarnya mmg boleh kurus dgn fastfood tau. Jangan ambil karbo, makan ayam goreng tapi jgn makan kerak dia.. kalori boleh google ada byk list kalori dulu mama penah buat menjadi. tapi skrg dah malas hihi

    ReplyDelete
  9. mmg failed la nak kira pengambilan kalori ni. tapi nasib la badan sis, maintain je..hehe

    ReplyDelete
  10. fast food pd pendapat sy mmg ada yg mnguruskan badan sebab kekurangan zat dan khasiatnya... tapi mostly mmg mnggemukkan sbb tinggi gula dan karbo..

    ReplyDelete
  11. tang exercise tu memang kelaut sangat..tak tahu bila nak rajin entah

    ReplyDelete
  12. Pengemar fast food akan sangat gembira!

    ReplyDelete
  13. Entahlah...bagi saya lebih baik sihat daripada kurus tapi sakit.Taulah fast food kan banyak perasa dan pengawet. Apa pun badan masing-masing tak sama. Janji pandai balance. Strict sangat sampai tak menikmati hidup pun tak best

    ReplyDelete
  14. Kalori mungkin kurang, tapi ambil garam banyak bahaya juga.

    ReplyDelete
  15. Ai malas nak kira kalori. Makan makanan yang tak banyak kalori je senang.

    ReplyDelete
  16. Makan apa pun tak apa cuma jangan lebih dari keperluan dan selalu kena exercise walau pun tak boleh kurus boleh maintain.

    ReplyDelete
  17. Yang paling penting sihat berbanding kurus. Sesetengah orang yang kurus ada masalah kolestrol, darah tinggi dan sebagainya sebab mentaliti kita apabila kurus mesti sihat. Kurus bukan tiket untuk kita makan apa saja yang kita nak.

    ReplyDelete
  18. Kalau ambil fast food berlebihan memang takkan kurus... So nak ambil fast food boleh tapi kena pandai lah kira berapa jumlah kalori yang diambil dan berapa banyak kena bakar dengan senaman...

    ReplyDelete
  19. apa2 pun yg kita makan biarlah berpada2...
    teringat artikel smlm sy bc, usia baru 19 dah kena kencing manis...msk 26, penglihatan dah kabur...

    ReplyDelete

Words of wisdom