Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, October 4, 2019

Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir


أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Abu Burdah bin Abu Musa bahawa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau dalam bermusafir (menempuh perjalanan), maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim (menetap di suatu tempat) dan dalam keadaan sihat." (HR Ahmad No: 18848) Status: Isnad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika  kita sihat dan bermukim  (menetap di suatu tempat).

2.  Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)

3.  Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya  amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.

Marilah kita laksanakan amal soleh semasa kita sihat dan tidak kemana-mana. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.

Sumner: telegram  1 Hari 1 Hadis 
telegram.me/hadisharian_ikram

8 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini mamapp..
    Rasa nikmat tak terhingga andai kita mampu membuat amalan yang membolehkan pahala berpanjangan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  3. Ambil peluang semasa sihat, sebelum sakit

    ReplyDelete
  4. Here you will learn what is important, it gives you a link to an interesting web page. See Instagram photos and videos from 'Pictaram' hashtag.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang ohsem kak Aida.. terima kasih..

    ReplyDelete
  6. terima kasih mama atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  7. buat baikla walau dimana juga. walau kita rasa kebaikan dia tu sikit..
    tapi hanya Allah tahu harga nilai kebaikan itu..

    ReplyDelete
  8. teringat ms ikuti trip ke Da Nang. setiap kali nk bertolak, ketua rombongan selalu igt kn kitorang supaya berdoa sbb doa org musafir ni sgt mustajab so apa lagi, takkan kita x nk tadah tangan kn?

    ReplyDelete

Words of wisdom