Resepi Ubi Getuk - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, September 30, 2019

Resepi Ubi Getuk

Harini mama nak share Resepi Ubi Getuk yang mama buat minggu lepas. Bapa mertua yang request. Dia memang penggemar ubi kayu. Selalunya kitaorang makan ubi rebus cicah sambal tumis je. Selain direbus ubi kayu boleh juga digoreng. Sedapnya, dah lama sangat tak makan ubi kayu goreng. Jom lah tengok Resepi Ubi Getuk versi mama ni..

Ubi getuk. Dimakan bersama sambal tumis memang sedap sangat. Lagi pula ubi tu kan dah jadi lembut memang senang nak kunyah dan gebu je.. Ramai orang suka goreng ubi getuk tu tapi mama sekeluarga tak suka goreng. Kitaorang suka makan ubi getuk yang macam resepi mama di.. Jom layan..


Resepi Ubi Getuk


Bahan-Bahan:
3 ketul ubi kayu sederhana besar - dibuang kulit, dipotong dan dibersihkan
Kelapa parut dari sebiji kelapa
Garam dan sedikit gula

Cara Membuat
1. Kelapa di campur sedikit garam dikukus dan tepikan.
2. Masukkan ubi kayu ke dalam periuk yang berisi air dan letak garam secukupnya.
3. Rebus ubi kayu sehingga empuk. Toskan air.
4. Ambil ubi dan tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lembut.
5. Masukkan kelapa yang dikukus tadi dan gaulkan hingga mesra. Letak sedikit gula dan garam mengikut citarasa.

Cara menyediakan ubi getuk style mama: Ambil dalam 2 senduk ubi getuk yang telah siap, uli dan gelek sampai jadi bentuk silinder. Then, potong.


Ubi dah gelek. Pastikan iso dia padat ye..

Boleh dimakan bersama sambal tumis atau air gula melaka,, yumm.. yumm


19 comments:

  1. Sedapnya.. Kalau Sha suka digoreng sekejap.. Rasa garing di luar dan lembut di dalam..

    ReplyDelete
  2. baru makan ubi getuk goreng hari tu..sedap dan lembut ubinya...yang versi mamapp ni tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  3. Selalu sarapan ubi getuk masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
  4. wuuu lame dah x makan ubi.. kecik2 dulu je ade makan, cicah sambal tu memang umphh..

    ReplyDelete
  5. Uishh legend niii. lama tak makan. Sedapnya ada sambal ikan bilis uishh dgn kelapa parut lagi. Perfect!

    ReplyDelete
  6. sedap nya... nanti la, balik rumah FAMA nak tanam ubi kayu nie...

    ReplyDelete
  7. ini ubi getuk yang original nih kak, gini lah cara ubi getuk yang atuk n emak biasa buat kat kampung... kalau buat dengan keladi getuk macamni pun sedap kak oiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo keladi pun boleh ye akak x penah cuba lagi.. mmg org tua suka makan macam ni je kan

      Delete
  8. sedapnye ubi kayuuu! lame xmkn..
    tgu musim tengkujuh nt rmai la yg jual ubi kayu..

    ubi getuk xprnh rs lg.. hihi..

    ReplyDelete
  9. hai sis, maaf saya tak dapat BW buat masa sekarang. tapi saya ada SPECIAL GIFT UNTUK SIS. nanti CLICK LINK INI ya:

    https://aniesandyou.blogspot.com/2019/10/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Tak tahulah bila kali terakhir makan ubi kayu rebus. Rasanya dah lama dah.

    ReplyDelete
  11. Oh, saya tak pernah makan ubi getuk ni. Makanan negeri mana ni mama? Uniknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti lah.. mama ni org johor ingatkan semua org tau

      Delete
  12. alahai..sedapnya lah nengok.. boleh cuba nti..hehe

    ReplyDelete
  13. ye la kan,, ujan2 ni layan ubi getuk sedap ni

    ReplyDelete
  14. Eh sedap ni. Lama dah tak makan... haih terliur...

    ReplyDelete
  15. Sedapnya..dah lama tak makan. Nanti nak carilah hehe

    ReplyDelete
  16. Sedapnya buat minum petang ni. cicah sambal tumis sedap!

    ReplyDelete

Words of wisdom