Salam Aidiladha 2019 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Sunday, August 11, 2019

Salam Aidiladha 2019

Salam Aidiladha 2019 dari mama sekeluarga. Semoga semua pengorbanan amalan kita diterima  oleh Allah.. 



Sembelihan Korban Selepas Solat Hari Raya


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ

Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin." (Sahih Bukhari No: 5120) Status : Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Penyembelihan korban adalah amal yang amat digalakan pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan.

2.  Mereka yang melaksanakan ibadah korban hendaklah dilakukan selepas solat sunat Eidil Adha. 

3.  Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa.  

4.  Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidil Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib. 

5.  Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna. 

Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

Sumber: https://t.me/ahadithadayAHAD

9 comments:

Words of wisdom