Kisah Makan Durian Free - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, August 19, 2019

Kisah Makan Durian Free

Harini mama Tak habis lagi cerita tentang durian. Almaklumlah sebagai seorang hantu durian sejak kecil memang mama takkan menolak durian di depan Mata. Tahun Ni mama memang puas makan durian (puas ke?).. Musang King, D24, D88, Ioi, Durian Kampung semua mama dah makan. Cuma durian Udang merah dengn tekka je mama belum lagi makan walaupun dah masuk list. Ni mama nak cerita Kisah Mama Makan Durian Free semalam..

D88.. tenggelam jari bila tekan isi Dia

Semalam mama telah pergi ke rumah kakak ipar yang juga peminat durian Macam mama. Tapi baru-baru Ni dia menajalani operation usus Dan dia asyik ajak mama Cari durian bila dia sihat. So, memandangkan keadaan kakak dah Makin pulih maka Kitaorang terus decided nak Cari durian di seksyen 18 malam tadi. masa tu dah hampir kul 10 malam dah.

D24..

Sampai Sana, cuma tinggal 2 gerai je yang Ada jual durian. Maka Kitaorang pergilah satu gerai tu. Dari jauh mama dah nampak 2 orang adik Kat situ dah Mula kemas2 meja dah.. aiseh, Tak sedap Hari mesti dah nak tutup dah..

Bila ke Sana adik tu layan kitaorg macam biasa Dan bgtau durian Kampung he yg Ada..disebabkan kitaorg dtg beramai2 fan mungkin taknak hampakan kami makanadik tu buka durian utk kami. Mama.prlik juga sebab dia main buka je durian tanpa timbang. Bila mama Tanya "berapa ringgit, dik!", Dia jawab " makan dulu.. makan dulu".

Boleh tahan juga durian2 tu walaulpun dah tinggal balance je tapi Ada 5-6 biji isinya kuning Dan Sedap & manis manis. Ada juga yg x berapa elok tapi adik tu buang aje.. Akhirnya semua durian yg tinggal habis kami kerjakan.. tibalah Masa nak membayarnya..

Last2 adik tu kata.."Tak payah bayar, kak"..

Alahai terkejut kami mendengarnya.. Sapa sangka dia nak bagi free, Kan.. apapun syukur murah rezeki kami semalam makan durian free.. balik rumah muka puas hati. Semoga adik tu dn kawannya sentiasa dipermudahkan rezeki.. durian yg adik tu jual dari Raub Pahang..

20 comments:

  1. Wah bestnya durian free ! Ni kalau kakak saya lah, mau tak cukup ni hahaha

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat durian free. kalau saya pun x tolak hihi

    ReplyDelete
  3. Alhmdulilah, rezeki, moga dimurahlan rezeki adik tu....rietta sekarang dh xtolk durian, sbb org dlm rumah ni dh suka tempoyak.

    Alhamdulillah, hubungan kekeluargaan tetap sama...cuma musim raya sunyi skit...bukan skit sebenarnya, banyak sbb masing masing keluarg mertua di negeri yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga kekal gitu til jannah amin

      Delete
  4. wah bila free siapa tak nak mesti lupa sedang brpantang makanan panas sperti ini

    ReplyDelete
  5. Rezeki.. Ai dah cukup kot makan durian untuk musim ni.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah cantiknya warna isi durian ni..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..rezeki tu oarang belanja. moga makin murah rezeki adik tu.

    ReplyDelete
  8. bestnya makan durian free.. nyummy

    ReplyDelete
  9. Wah belum habis berdurian lagi ya.

    ReplyDelete
  10. waaaaaaa knape x ajak saya????????? yyyyyyyyy

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...murah betul rezeki kan...syukur..

    ReplyDelete
  12. pemurah peniaga tu
    semoga bertambah rezwki mereka

    ReplyDelete
  13. Semoga murah rezeki adik tu..mama cerit dgn member terus dia nak gikedi adik tu kil10malm.ngee

    ReplyDelete
  14. Gambar durian tu buat saya nak beli durian esok!

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah :)
    murah rezeki mamapp, murah lagi rezeki dia yg brsedekah gitu :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. murah rezeki mampp dan beliau..

    ReplyDelete

Words of wisdom