Dialog Malaikat Penjaga Neraka Dengan Ahli Neraka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, July 26, 2019

Dialog Malaikat Penjaga Neraka Dengan Ahli Neraka

Dialog Malaikat Penjaga Neraka Dengan Ahli Neraka.


Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya (neraka) sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka; "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "

Lalu golongan yang dicampakkan ke dalam neraka itu menyesal kerana tidak mengendahkan peringatan peringatan yang datang kepada mereka semasa hidup di dunia duhulu.

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

Kisah ini termaktub di dalam Surah Al Mulk pada ayat yang ke 8 hingga ke 11.

Persoalannya, apakah mereka ini berpeluang untuk kembali ke dunia untuk beramal soleh? untuk bertaubat? untuk mengabdikan diri kepada Allah? untuk memperbaiki kesilapan? untuk memohon ampun kepada makhluk yang dizalimi? 

Jawapannya jelas! Tidak ada peluang bagi mereka sama sekali. Bahkan Allah katakan, "tetaplah jauhnya Rahmat Allah dari ahli neraka.". 

Peringatan ini sebagai ancaman kepada umat manusia. Jika semasa hidup di dunia ini dalam keadaan angkuh lagi sombong terhadap peringatan peringatan yang datang, maka tunggulah azab daripada Allah.

Sepatutnya semasa hidup inilah manusia perlu sentiasa mendengar peringatan peringatan lalu memperbaiki diri dengan amalan kebaikan sekaligus istiqomah mentaati dan mengabdikan diri kepada Allah. Pastinya tiada lagi peluang jika kematian datang menjengah. Wallahu'alam.

Sumber: tazkirah ringkas

4 comments:

  1. terima kasih mamapp untuk tazkirah ini..

    ReplyDelete
  2. thanks share mamapp ..sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Semoga kita bukan yang sombong dan angkuh.

    Taat pada pencipta.

    Jadi hamba yang suka beramal kebaikan. InshaAllah.

    Tq Mama

    ReplyDelete
  4. kita dah diberi peringatan tp masih bodoh sombong... adakah bila dah smpi di kaki neraka baru nak menyesal?

    ReplyDelete

Words of wisdom