Resepi Udang Masak Kicap Pedas - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Thursday, May 16, 2019

Resepi Udang Masak Kicap Pedas

Resepi Udang Masak Kicap Pedas. Mama tepek sini dulu lah nanti bila-bila free nak cuba. Resepi Resepi Udang Masak Kicap Pedas ni mama dapat dari Whatsapp. Nampak sedap juga tapi agak seram nak makan udang sebab sejak dua menjak ni kalau makan udang gatalnya kemain lagi huhu..

Kredit: TY Lim/Shutterstock

Resepi Udang Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan

- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak

1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.


17 comments:

  1. jrg masak udang menu kicap..slalunya ayam masak kicap

    ReplyDelete
  2. Ok ni lagi satu idea untuk masak udang petang ni..

    ReplyDelete
  3. Dulu selalu buat..kena guna udang besar2..sedap tau..letak capsicum 3 warna tu...huiii..nak buat la

    ReplyDelete
  4. sedapnyer mama...bolehlah buat untuk sahur esok..dah mati idea dah ni hihi..

    ReplyDelete
  5. i can't really eat shrimp but this looks so good !!

    ReplyDelete
  6. Sedap. Lagi² makan dengan nasi panas.

    ReplyDelete
  7. sedapnya nih kak, dana tak pernah bt udang msk kicap... tp menarik jgk nih

    ReplyDelete
  8. Ni idea bg yh dah taktau nak masak APA mcm mama jug ni

    ReplyDelete
  9. ya ampun berkilat udang tu kak. menggoda jiwa2 yang tgh pose ni. haha

    ReplyDelete
  10. ptg nnt hntr ke rumah sy ya hehehe

    ReplyDelete
  11. Tak pernah try lagi udang masak ni kak. Hah bagus bagus share resipi boleh saya try nanti

    ReplyDelete
  12. Masakan macam ni pastinya sedap.

    ReplyDelete

Words of wisdom