Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Sunday, May 19, 2019

Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal

Hari ni mama nak kongsikan Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal yang mama buat berbuka beberapa hari lepas. Mama buat style kering macam di Restoran Selera Kampung yang mama suka tu. Sedap bila makan dengan nasi panas you.. Jom lah tengok resepi.. Mudah aje nak buat ni.. Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal

Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal
Ikan Kerisi Goreng Sambal. Macam pakai selimut, kan.. haha


Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal

Bahan-bahan:
Ikan kerisi 4 ekor
Serbuk kunyit+sedikit garam
Bawang besar sebiji (dihiris)
Bawang putih 4 ulas (blend)
Bawang merah 8 ulas (blend)
Sedikit belacan (blend)
Air asam jawa
Cili kisar / cili boh secukupnya (anggaran 1 senduk)


Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul rata. dan goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu, kemudian tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar / cili boh dan goreng hingga naik minyak.
3. Masukkan gula, garam dan air asam jawa dan ubahsuai sehingga mendapat rasa yang korang inginkan.
3. Tuangkan bahan tumis ke atas ikan goreng yang digoreng tadi. Siap!

Mudah saja kan.. hmm.. lapo la plak hahaha



14 comments:

  1. Waaaaa..idea menarik lagi! Biasa tengok sambal basah2..yang ni garing n kering..

    ReplyDelete
  2. lepas ni kalau nak masak mmg ray bukak blog mama je la.

    ReplyDelete
  3. bulan puasa ni sambal-sambal selalu jadi pilihan

    ReplyDelete
  4. okey nanti nak cuba .akak kalau ikan kerisi suka masak singgang

    ReplyDelete
  5. Antara resepi simple dan sedap untuk koleksi resepi bulan Ramadhan..

    ReplyDelete
  6. Bulan puasa tahun Ni mama suka makan lauk kering2 je

    ReplyDelete
  7. Untuk bersahur pun bagus, buka selera sikit. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  8. Masak sambal pun sedap. Hehe

    ReplyDelete
  9. Baru tengok gambar dah lapo. Belum hidu bau nya lagi 😋😋😋

    ReplyDelete
  10. Kalau resepi sambal-sambal ini, memang lakulah sepanjang puasa nie.. pembuka selera..

    ReplyDelete

Words of wisdom