Cerita Tentang Kerepek Bawang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Wednesday, May 15, 2019

Cerita Tentang Kerepek Bawang

Beberapa hari ni Mama macam ada perkara yang macam lupa nak cerita kat sini. Akhirnya harini baru teringat nak cerita tentang Cerita Tentang Kerepek Bawang ni.. Bulan puasa tahun ni mama seronok sangat kerana dapat balik lebih awal dari tahun-tahun sebelumnya.. Sampai rumah pun awal sebab jalan belum jem lagi waktu tu. Besstt sangat tau.. Yang bestnya mama sampai rumah lebih awal dari Syafi balik sekolah agama.. best.. bestt..

Al kisah satu hari tu mama nampak Syafi baru sampai depan rumah melalui van transport. Tetiba idea jahat datang.Mama terus menyorok belakang pintu. Bila dia buka pintu je, terus mama sergah.. Amikaw, terperanjat budak tu sampai terguling jatuh haha.. kejam tak mama dia..

Bila ayah dia balik mama pun buat menda yang sama.. terkejut juga dia sampai bergegar badan tapi ayah Syafi berjaya control macho haha.. Seronok mama kenakan dua beranak tu..

Cerita pasal kerepek bawang ni.. korang suka tak kerepek bawang? Ni memang favourite mama. Mama suka kunyah banyak-banyak dalam mulut dan telan sekaligus hihihi.. Malam tu, selepas berbuka kami bersantai-santai sekejap anak beranak.. Tetiba ayah Syafi yang suka mengudap tu minta Syafi ambil kerepek bawang di dapur.. Korang nak tau tak apa yang dia ambil?

Jeng..

Jeng..

Jeng..

Ni la yang budak bertuah tu ambil.. Bekas bawang hahaha.. Baru mama tau rupanya dia tak kenal kerepek bawang.. alahai anak.. terguling-guling mama gelak. Dah malu, dia cepat-cepat turun bawah haha.. Sempat ambil gambar ni je lah.. Tak dapat nak ambil gambar clear sebab tgh gelak..


Tu je la nak cerita. kih kih kih...


15 comments:

  1. sama la mama. kerepek bawang is my most favourite but that would be the one yg my aunt buat. she would save some for me whenver dye buat kerepek bawang. that's for sure and she knows how much this human being loves kerepek bawang haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mesti special aunt ray punya kerepek bawang kan..

      Delete
  2. lama tk mkn kerepek bawang..suka..kalo dh ngunyah tu ralit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul amy.. mmg ralit tgk2 dah tinggal separuh kan

      Delete
  3. mama tak baik... nakal sgt dia, mentang2 blh sampai umah awal heheheh

    aduhai, lurus btl yek, mama lah silap tak pernah kenalkan syafi ngn kepek bwg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. sowi kesian syafi dgn ayah dia.. sekali sekala ok la buat menghibur hari mama.. kalau dana nak tau syafi ni mgm lurus org nya :)

      Delete
  4. Anak puan suruh masakkan bawang mcm kerepek bawang. Tu yg dia ambil bawang seberkas di dapur.

    ReplyDelete
  5. haha mungkin juga la tu abg nil

    ReplyDelete
  6. mama memang nakal... nakal.. nakal.. nakal... kerepek bawang dapat yang tak tebal sangat best. kalu tebal rasa macam makan tepung....

    ReplyDelete
  7. Kalau dapat kerepek bawang yang sedap memang kejap je licinnya.. kikiki.. nakal juga mamapp nie ye.. alahai syafi, sian dia kena gelak ngan mama ye..

    ReplyDelete
  8. Hahaaaa.... saya pun nak ikut ketawa guling-guling! Mari kita guling sama-sama..hahahahahahahaaaa!

    ReplyDelete
  9. Haha.. mama mmg nakal cuma skrg je dh insaf sikit.. haha

    ReplyDelete
  10. Hahhahahhahahahahaha..keji betul mama dia gelakkan..syafi pun sama jugak kelakarnye tak kenal kerepek bawang 😂😂😂

    ReplyDelete
  11. Hahaha..nakal mama ni. Kesian pula diorang kena segah camtu hikhik

    ReplyDelete
  12. hahahaha nasib baik x amik mak cik bawang

    ReplyDelete

Words of wisdom