Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Sunday, May 26, 2019

Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan

Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan. Sekejap saja kita sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Terasa sekejap saja masa berlalu kan. Rasa sedih bila kenangkan Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi. Jom sama-sama baca Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan ni.. Untuk rujukan mama juga ni


Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan

1) Tunaikan Solat Fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.

2) Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail pada setiap malam.

3) Bersedekah walaupun RM 1 pada setiap malam.

4) Membaca al-Quran walaupun satu muka surat setiap malam.

5) Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, isteri dan anak-anak.

6) Banyakkan berzikir, beristighfar  dan berdoa.

7) Ulang sebanyak-banyaknya doa yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam kepada isteri Baginda, A'isyah Radhiayallahu 'Anha:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

8) Banyakkan bertenang dan jauhkanlah diri daripada sebarang perbalahan.

9) Banyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan.

10) Hindarkan diri daripada sifat riya', 'ujub, sum'ah dan takabbur dengan amalan yang telah dilakukan.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadhan yang mulia dan terimalah segala amalan kami".

- Abu 'Anas Madani


Perkongsian dari Ustaz Muhadir di IKIM ...

Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..
1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...

Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...

Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.

Juga amalkan Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, jangan tinggal doa:

"Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni" 
Ya Allah sesungguhnaya Kau maha pemaaf, senang memaafkan., maka maafkanlah aku.

8 comments:

  1. Terima kasih kak berkongsi ilmu. Jom rebut 10 malam terakhir Ramadhan. RAMADHAN KAREEM.

    ReplyDelete
  2. Pecutan akhir Ramadhan.Moga Allah redha.Aamiin.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  4. sama2 kita meningkatkan amalan utk 10 mlm terahir ramadhan

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian yg sangat baik..jom misi mencari malam lailatul qadar..InsyaAllah semoga dipertemukan dgn malam lailatul qadar :)

    ReplyDelete
  6. sekarang dah semakin berakhir bulan Ramadan..

    rasa sedih sudah terasa

    ReplyDelete

Words of wisdom