Fridge Magnet Hadiah Sambutan Hari Guru di Sekolah 2019 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Thursday, April 18, 2019

Fridge Magnet Hadiah Sambutan Hari Guru di Sekolah 2019

Fridge Magnet Hadiah Sambutan Hari Guru di Sekolah 2019. Hari ni merupakan Sambutan Hari Guru di sekolah Syafi. Tahun ni mama relax sikit sebab Dah Beli Fridge Magnet Hadiah Untuk Hari Guru 2019 awal-awal lagi. Sebelum ni mama selalu bagi hadiah buku, Quran, hiasan etc.. Kesian juga kat Syafi kalau kena bawa hadiah berat-berat.. Paling haru tahun lepas.. Bersusah payah mama balutkan buku-buku untuk beri kepada Cikgu-cikgu, tapi dibawa balik semuanya ke rumah.. Inilah perangai anak mama, pemalu bebenor.. 


Tahun ni mama tertarik untuk beri hadiah fridge magnet saja.. Pada awalnya mama tak terfikir langsung tentang hadiah hari guru.. Tapi awal tahun aritu ternampak iklan di FB tentang Fridge magnet untuk hari guru dan mama terus contact orang yang berkenaan. Alhamdulillah urusan berjalan dengan lancar dan mama memilih 2 design untuk dihadiahkan kepada cikgu-cikgu Syafi.. 

Cantik juga kotak ni kan. Lega bila Fridge magnet ni sempat sampai sebelum sambutan hari guru.. Cuma masalahnya semalam mama terlupa nak beli kertas pembalut hadiah.. Jadinya mama guna apa yang ada di rumah aje buat pembalutnya..

Tadaa.. Inilah hasilnya.. Guna kertas A4 bewarna saja.. Nampak poyo tapi itu je yang mampu mama buat semalam haha.. Harap cikgu-cikgu happy menerimanya.. Boleh letak di fridge, kan!

Dikesempatan ini mama ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru-Guru yang membaca posting ini.. Peranan dan pengorbanan seorang guru adalah teramat besar dan tidak ternilai oleh apapun di dunia ini. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya..

Terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mengajar Syafi terutama guru kelas dia
1. 4 tahun - Cikgu Milah
2. 5 tahun - Teacher Salwan
3. 6 tahun - Teacher Ikki
4. Darjah 1 - Cikgu Alawiyah
                   - Ustazah Iza (Sekolah Agama)
5. Darjah 2 - Ustazah Noorlaila
                     Ustaz Irwan (Sekolah Agama)
6. Darjah 3 - Ustazah Ainul Hana
                     Ustaz Haris (Sekolah Agama)
7. Darjah 4 - Teacher Amani
                     Ustaz Haris (Sekolah Agama)
8. Darjah 5 - Teacher Shahida
                     Ustaz Haris (Sekolah Agama) 

“Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”.. Tema Hari Guru 2019
Terima Kasih Cikgu

8 comments:

  1. Awal akak siapkan hadiah untuk cikgu ye. Idea bagus jugak bagi fridge magnet

    ReplyDelete
  2. Tahniah guru2 dapat hadiah sempea sambutan hari guru

    ReplyDelete
  3. Bagusnya mama bagi hadiah kpd guru2 anak mama. abam kie ni makin lama berkhidmat, makin kurang hadiah yg diterima. huhuhu....

    ReplyDelete
  4. wahh.. awal mama prepare hadiah hari guru ye.. bagus jugak idea ni.. senang nak bawak..

    ReplyDelete
  5. Menarik ni mama.. Pasti cikgu suka

    ReplyDelete
  6. idea yang menarik.. Awal dah siap hadiahnya ye..

    ReplyDelete
  7. kalau ana pun suka FM kak. lagi2 kalau ada doa dan kata2 hikmah. akan sentiasa nampak bila kita buka fridge tu kan.

    ReplyDelete

Words of wisdom