Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Gempak Macam Trailer tak? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 5, 2018

Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Gempak Macam Trailer tak?

Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Gempak Macam Trailer tak? Last week mama telah mendengar temubual bersama beberapa pelakon Operasi X Movie di radio. Kedengarannya amat menarik minat mama untuk mengetahui lebih lanjut tentang Filem Terbaru 2018 dari  Dream Pictures Production yang sudah dilancarkan pada pada 1 November 2018. Yang amat menarik minat mama tentunya dengan gabungan hebat 3 Dato' dalam filem ini. Mungkinkah Operasi X Movie akan menjadi Filem Terbaik 2018? Maka mama pun try usha trailer filem ini. Memang gempak! Rasa-rasanya Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Gempak Macam Trailer tak?


Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Gempak Macam Trailer tak?
Antara Pelakon yang hebat dalam Operasi X iaitu Dato' Aaron Aziz, Dato' Awie, Dato’ Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan dan Hairul Azreen. Filem diarahkan oleh Sandosh Kesavan.

Trailer Operasi X Movie

Berikut adalah trailer Filem Operasi X yang mama baru tengok di youtube. Cuba kita tengok sama-sama. Teruja pula mama tengok trailer ni. Memang gempak macam cerita aksi luar negara pun ada. Paling mengejutkan bila tengok watak yang dilakonkan oleh Dato' Awie.. Rasanya first time ni nak tengok Dato' Awie jadi jahat. Kalau tengok trailer nampak kejam dan jahat tu haha..


Persoalan Yang Menunggu Jawapan dalam Filem Operasi X Movie

Lepas menonton trailer korang mesti ada persoalan atau perasaan ingin tahu mengenai filem ini seperti mama, kan? Selepas menonton trailer yang hanya berdurasi 1 minit 23 saat ini mama memang terasa nak tengok filem ni di pawagam. Ada beberapa persoalan yang menunggu jawapan. Dan hanya dengan menonton filem ini saja baru segala persoalan akan terjawab. Antara persoalan yang bermain di benak mama..

  • Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Dato' Awie dengan Dato' Aaron?
  • Adakah aksi bertarung dalam filem ini memang hebat seperti dalam trailer?
  • Adakah keseluruhan sinematografi adalah sebaik yang mama tonton dalam trailer?
  • Sejauh manakah jahatnya si Belut? Nampak macam ada sisi kelakarnya bila lihat si Belut buka cermin mata depan perempuan dalam trailer.
  • Macam mana ada watak WakDoyok dalam Movie ni?
  • CGI best tak?
  • Adakah sepanjang filem ini mama akan dipamerkan dengan pemandangan yang cantik seperti dalam trailer?
  • Dato' Yusuf Haslam masih lagi berbisa ke lakonannya?

Kalau nak tahu jawapan kena tunggu mama tonton dulu filem ni nanti ye. Tunggu..

Sinopsis Operasi X Movie

Ridzuan, seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, Ridzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Aman di hadapan matanya sendiri. Ridzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Ridzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. Ridzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu. 

Sehinggalah pada suatu hari, Ridzuan dikunjungi oleh Tuan Moktar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. Ridzuan berkeras tidak mahu kembali kerana menyangka sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. Kehadiran Tuan Moktar dan Tuan Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu. 

Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Rizuwan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. Rizuwan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng BELUT yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia.

Barisan pelakon hebat Filem Operasi X

Barisan pelakon hebat Filem Operasi X seperti berikut:

  • Dato' Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan
  • Dato' Awie sebagai Belut
  • Datuk Yusof Haslam sebagai Dato Mokthar
  • Hanna Aqeela sebagai Ayu
  • Hairul Azreen sebagai Pablo
  • Hefny Sahad sebagai Ali Mat
  • Hairi Safwan sebagai Inspektor Aman
  • Shima Aris sebagai Lady Lion
  • Amerul Affendi sebagai Mat Bong
  • Nashra sebagai Nash
  • Nasir Bilal Khan sebagai Bashah
  • Rahhim Omar sebagai DSP Anwar
  • GBob sebagai Janggut
  • Azzahra Ahmad sebagai Aishah
  • Zaidi Omar sebagai Wak Doyok


Untuk maklumat lanjut, silalah klik di pautan rasmi Filem Operasi X


10 comments:

Words of wisdom