Janganlah Kita Merasa Kita Sahaja Yang Benar, Orang Lain Pun Benar Juga - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, November 30, 2018

Janganlah Kita Merasa Kita Sahaja Yang Benar, Orang Lain Pun Benar Juga

Janganlah Kita Merasa Kita Sahaja Yang Benar, Orang Lain Pun Benar Juga. Kebenaran Itu Relatif? "There is no right, there is no wrong". Memberi pandangan pada sesuatu perkara atau kerja sememangnya pandangan itu relatif (tidak mutlak) kerana ia tidak menuntut sesuatu kebenaran melainkan mencari pandangan yang mana yang lebik elok dan mendekati jawapan.

Janganlah Kita Merasa Kita Sahaja Yang Benar, Orang Lain Pun Benar Juga. Photo credit to https://unsplash.com/

Tetapi apabila bicaranya adalah perihal agama (Islam), maka kebenaran selamanya mutlak dan tidak sekali kali ia relatif. Apa sahaja datangnya dari agama ini pastinya tiada yang boleh diragui kerana ia merupakan perkara iman.

Allah SWT berfirman :

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
[Surat Al-Baqarah 147]
"Kebenaran itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu."

Ada pihak yang menyihir umat islam pada hari ini dengan menyatakan "jangan mengatakan agama islam itu sahaja yang benar kerana agama anutan orang lain juga benar. Kami menganjurkan hal hal kebaikan dan membenci keburukan dan keganasan. Sama halnya dengan agama islam."

Seperti ada benarnya apa yang mereka perkatakan. Tetapi ketahuilah sebenarnya ia hanyalah jarum halus yang dimainkan oleh musuh musuh islam untuk menyamakan semua agama di atas muka bumi ini dan mendoktrin fikiran manusia agar mempercayai bahawa tidak ada agama yang benar yang boleh diperakui membawa kebenaran.

Apa yang diperkatakan oleh mereka (musuh islam) di atas ini hanyalah ulang siar menyatakan fitrah kemanusiaan. Sememangnya fitrah manusia itu menginginkan kebaikan dan membenci keburukan serta keganasan. Ia bukanlah kebenaran agama. Tetapi inilah yang dimainkan oleh mereka agar umat islam keliru lalu menyetujui bahawa tiada agama yang membawa kebenaran. Ini cukup bahaya!

Kebenaran itu milik Allah secara mutlak dan ia diajarkan kepada kita melalui agama yang bersumber Al Quran dan As Sunnah. Jangan kita meraguinya kerana itulah kebenaran yang kita tagih untuk sentiasa berada di atas jalan kebenaran menuju Allah yang Maha Esa.

Justeru, teruskanlah usaha mencari ilmu dan persiapkan diri mengahadapi fitnah akhir zaman yang kita lihat betapa banyaknya ia menyelubungi umat akhir zaman ini dan tidaklah ia (fitnah) kunjung habis. Wallahu'alam

Sumber: Tazkirah Ringkas


14 comments:

  1. Merasa paling benar sendiri akan membuat kita terus bertikai...itu banyak terjadi sekarang
    sampai populer kalimat yang kurang lebih bunyinya "yang masih waras...mengalah lah.

    ReplyDelete
  2. Betul tu tak semestinya pendapat kita sentiasa betul, tanpa ambil kira pendapat orang lain. Tapi apabila bicara hal agama kita harus tegas.

    Jemput join.

    http://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/2018/11/segmen-bloglist-2019.html

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    terima kasih kongsi sesuatu yang baik untuk difikirkan bersama, moga mendapat berkah sepanjang hari Jumaat ini.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang menarik... sama-sama la kita fikir dan renung-renungkan... done follow blog nie...

    ReplyDelete
  5. dalam kita benar, akan ada kebenarannya jugak. pendek kata, berlapang dada dalam semua aspek kan mamapipie :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. perkongsian yang bagus kak..

    ReplyDelete
  7. LZ suka perkongsian begini, sarat dengan ilmu untuk muhasabah diri..
    Alhamdulillah ilmu baru hari ini..

    ReplyDelete
  8. Semoga terhindar kita semua dari fitnah2 di akhir zaman. Macam2 sekarang ini ya mamapp. Entri yg padu dan bernas :)

    ReplyDelete
  9. semua orang bisa jadi guru bagi kita

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian mama

    ReplyDelete
  11. Setuju sangat dengan perkongsian akak ni .Memang sedang mengalami dan hadap seseorang yang macam ni .Dia aje betul orang lain salah

    ReplyDelete

Words of wisdom