Makan Nasi Lemak Antarabangsa Wanjo Kampung Baru KL - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, September 12, 2018

Makan Nasi Lemak Antarabangsa Wanjo Kampung Baru KL

Kampung Baru Dan Nasi Lemak Antarabangsanya memang sangat famous Kan. Baru-baru ni mama berpeluang merasa Makan Nasi Lemak Antarabangsa Wanjo Kampung Baru KL. Teringin sangat nak merasa so akhirnya tercapai jugalah hasrat Makan Nasi Lemak Antarabangsa Wanjo Kampung Baru KL. Alhamdulillah..

Buat pengetahuan korang nasi lemak antarabangsa Wanjo ni terperam antara deretan kedai-kedai makan Dan berhampiran saja dengan nasi lemak antarabangsa Yang satu lagi. Jom tengok apa menu pilihan Kami..




Nasi lemak, Sambal sotong Dan telur Mata..




Kalau tengok menu ni mesti tau siapa punya Kan.. ayam goreng berempah ni sedap tau. Terasa rempahnya hingga ke Dalam isi.. highly recommend.






Nasi lemak, rendang ayam Dan telur Mata.. meriah lauk kitaorang Kan. Ye lah masa ni lapar sangat hihi..

Overall Rasa nasi lemak antarabangsa ni ok juga. Cuma Sambal dia pada mama Dan ayah Syafi adalah super manis. So kalau korang nak makan Sambal Tu jangan lah Minta sambal lebih. Makan sikit aje tau. Dari segi lauk2 semua memang sedap tapi Ada jugalah Rasa manis Tu walaupun tak keterlaluan.





Walaupun Kami datang Dalam pukul 4 tapi Dalam warung dah penuh orang. Warung ni nampak bersih Dan selesa. Sesuai lah kalau Ada anak kecil takdelah risau sangat anak berlari Sana sini. Ruangan Dalam ni besar juga. Dari segi parking pun tak risau sebab dihadapan kedai ni tempat untuk parking berbayar sevanyak RM 5. Berada Di Dalam kawasan rumah orang.





Ni lah pemandangan Dari luar kedai. Kat depan Tu Ada orang niaga air buah boleh Beli kalau nak.





 Ini adalah senarai harga semua lauk Di sini. So, senanglah nak budget ye..


Kalau nak ke sini berikut adalah alamatnya..

Nasi Lemak Antarabangsa Wanjo
4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 
50300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

14 comments:

  1. Wahhhh nampak sedap nasi lemak ni. Terkeliur tengoknya.

    ReplyDelete
  2. Wow sedapnya nasi lemak. Zumal tak pernah sampai lagi kampung baru KL, nak try juga la nanti...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap Nasi Lemak dengan lauk tu Adda..

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa nampak. Nak pergi jugaklah nanti, baru first time baca pasal kedai ni.

    ReplyDelete
  5. lama sgt tak mkn sini, dh jarang sgt jln2 mkn kt area kampung baru, walaupun dkt je ngn opis tp atas kekangan waktu mmg rindu nk mkn kt sini

    ReplyDelete
  6. Lama akak nak makan kat sini...tapi x kesampaian lagi...ntah bila la kann.

    ReplyDelete
  7. Nampak sungguh menyelerakan. Nasi nya pun macam dari beras kualiti tinggi

    ReplyDelete
  8. Sedap nampaknya tu kak. Lapar terus perut. Tapi kalau sambal manis ni fail sikit nak berselera makan. Tp mana tau kena dengan selera kita kan.

    ReplyDelete
  9. nampak mcm harganya berpatutan dan sedap plak tu. berbaloi2 tu..

    ReplyDelete
  10. adoi nampak sedap tu...terliuq lak

    ReplyDelete
  11. Cari Situs Judi AGEN BANDARQ Online yang aman dan terpercaya ?
    Solusinya hanya di NAGAQQ
    Bonus Refferal 20%
    Bonus Turn Over 0,5%
    Hanya dengan minimal deposit 15ribu sudah bisa bermain 4 game sekaligus lohh..
    Ayo daftar dan gabung sekarang juga,,
    WHATSAPP : +855967014811
    PIN BB : 2B209F68

    ReplyDelete
  12. kalau ke area kg baru ni, saya & asben suka nasi lemak singgit..hehe..nasi lemak je singgit..lauk2 beringgit2..haha...

    ReplyDelete

Words of wisdom