Resepi Ayam Teriyaki Mudah Dan Sedap

Siapa suka ayam teriyaki? Teriyaki adalah salah satu makanan Yang Cara masaknya berasal Dari Jepun. Kalau korang nak tau, ini adalah masakan kegemaran Syafi Dan selalu juga dia suruh mama masakkan untuk dia bila dia teringin. Kalau tak, selalunya ayam goreng saja hari-hari pilihan menu Yang dia suka. So, harini mama nak share Resepi Ayam Teriyaki Mudah Dan Sedap. Memang mudah saja buat ayam teriyaki ni. Guna barang Yang Ada kat dapur Tu je. So, inilah Resepi Ayam Teriyaki Mudah Dan Sedap versi mamapipie.

Teriyaki berasal dari kata teri yang bermaksud bersinar (sebab mengandung gula dari tare), dan kata yaki yang bermaksud dibakar atau dipanggang. So, bila baca maksudnya pun dah tau apa kandungan dalam ayam teriyaki. Biasanya kalau makan ayam teriyaki ni dengan nasi panas saja pun dah berselera. Kadang-kadang mama pun join sekaki makan dengan syafi siap bertambah lagi haha.. Aduyai macam manalah nak kurus kalau macam ni.

Resepi Ayam Teriyaki Mudah Dan Sedap
Resepi Ayam Teriyaki Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Teriyaki Mudah Dan Sedap versi mamapipie

Bahan-Bahan
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih (mama letak bawang sikit supaya rasa teriyaki tu takdelah hanya manis saja. ada bau bawang sedap sikit)
2 sudu besar Sos Tiram
4 sudu besar air
½ sudu kecil kicap soya pekat
1 ½ sudu besar gula perang
Secubit garam

1 sudu kecil jus halia (kalau nak guna serbuk halia pun boleh)
Potongan ayam dari anggaran 3 bahagian ayam cth thigh/dada (dipotong ambil isi saja. potong dalam 2cm lebar)


Cara Memasak

1. Campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati dan biarkan seketika dalam 5-10 minit agar sos meresap ke dalam daging ayam). Gaul sehingga sebati dan ketepikan.

2. Panaskan 2 sudu minyak di dalam kuali dan masukkan isi ayam. Goreng dengan api sederhana sehingga perang keemasan.Kalau api kuat sangat akan membuatkan ayam hangus dan rasa sos pahit.

3. Apabila ayam sudah masak, angkat dan letakkan di tepi.

4. Selepas itu, dengan menggunakn kuali yang sama masukkan lebihan sos Dari perapan tadi. Didihkan sos sehingga menjadi sedikit pekat.
5. Kemudian, masukkan ayam yang telah dimasak tadi ke dalam kuali dan kaup balikkan dengan sos.

Siap! Boleh dihidangkan bersama sayur yang dicelur seperti broccoli, asparagus, carrot, etc. Ayam mama tu dihias dengan apa yang ada kat dapur je semalam haha.. Hidangkan dengan nasi panas. Yummy!!

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

24 Comments

Words of wisdom

  1. Ayam teriyaki ni ayam kicap versi jepun kan puan. Macam sedap je

    ReplyDelete
  2. Yeayyyyy dapat belajar cara buat ayam teriyaki.. Boleh cuba next time.
    Thanks for sharing mamapp 😍..

    ReplyDelete
  3. Sekali lagi nampak resepi ni. Haahaa Fatin dah bookmark banyak dah, masaknya sampai ke sekarang belom lagi. Feveret tau!!

    ReplyDelete
  4. chicken teriyaki is one of my favoriteeeeeee

    ReplyDelete
  5. Anak-anak Kak Sue pun jenis sukan makan ayam goreng juga Adda.. nampak sedap nie. Boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya , nampak macam ayam masak kicap . Okeyy , nak cuba :)

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa. Next time boleh try jugaklah.

    ReplyDelete
  8. sedap la..

    tengok saje dah tahu sedap..

    apa lagi kalau makan..

    hehehehe

    ReplyDelete
  9. Pergh sedap! Makan ngan nasik panas lapar2 :D

    ReplyDelete
  10. thanks share resipi. nnti nk cuba lah

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah try. Nanti nak try lah kak. Nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Sedap tgk ayam teriyaki ini. Mcm ayam masak kicap atau seperti ayam masak panggang versi Jepun kan mama. hihi. :)

    ReplyDelete
  13. Tetibe cam nak beli ayam dan buat pula.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Iye ni resepi ala2 jepun Tu. Cubalah insyq Allah sedap

    ReplyDelete
Previous Post Next Post