Nasi Lemak Panas Medan Selera Jaya 223 Petaling Jaya - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Sunday, January 21, 2018

Nasi Lemak Panas Medan Selera Jaya 223 Petaling Jaya

Nasi Lemak Panas Medan Selera Jaya 223 Petaling Jaya Yang terletak Di Medan Selera area kawasan perindustrian jalan 223 PJ ni memang antara Yang popular Di kalangan orang KL tau. So, Malam tadi balik Dari PPUM kitaorang pun singgah sini sebab perut dah berkeroncong. Almaklumlah semalam tak sempat lunch so Malam dah Terasa lapar. Mama beli Nasi Lemak Panas Medan Selera Jaya 223 Petaling Jaya kedai biru.

Nasi lemak mama berlaukkan sotong Dan telur rebus sebiji Dan air teh tarik halia favourite mama.

Nasi lemak memang favourite mama Dari dulu lagi. Kalau buat sendiri pun, sendiri Yang makan banyak haha.. lagi best kalau pergi berkelah bawak nasih lemak panas. Fuhh, sedapnya

Ni nasi lemak ayah syafi Pula. Lauk telur mata Dan ayam goreng. 

Rasa nasi lemak dia memang sedap. Yelah kan, nasi lemak dia Dalam daun pandan. Aroma daun pandan campur nasi lemak panas memang naikkan bau yg sedap sangat. Sambal dia super pedas tapi sedap. Rasanya mcm sambal tumis jenis Yang tak manis. Total harga nasi lemak cuma RM 12 utk 2 orang tau.

Fish and chips Syafi cuma RM 10 je tau siap Ada aiskrim lagi. Rasanya pun sedap

Kalau tak nak beli kedai boleh aje ambil nasi lemak bungkus ni. Memang Ada Di letak Di kebanyakan meja

Kedai nilah yg Kami beli nasi lemak panas. Memang ramai Yang beratur nak beli kat sini semua kaum pun ada.. memang menjadi pilihan 1 Malaysia lah..

Antara lauk yg ada. Mana satu menjadi pilihan?


Kesimpulannya memang puas Hati makan kat sini. Tunggulah mama Akan dtg balik sebab nak cuba sup kambing, goreng2 Dan byk makanan lain. Patutlah tempat ni memang menjadi pilihan ramai kerana sedap Dan murah. Contohnya air minuman Kami beli  Teh tarik, teh tarik halia Dan Barli suam cuma RM 4.40 je. Nak parking pun kena Cari betul2 baru jumpa.

So kepada sesiapa yg nak ke sini boleh ikut alamat Di bawah
Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 
46100 Petaling Jaya, Selangor

Buka setiap hari 24jam


21 comments:

  1. nampak sedap nasi lemak tu. hrga pon murah gak

    ReplyDelete
  2. Eh fish and chip tu murah lah. Siap ada aiskrim lagi

    ReplyDelete
  3. kat pj banyak kedai makan yang sedap2 kan...bila lah nak kesana....

    ReplyDelete
  4. Terliur lah kak tgk nasi lemak dia. Beralaskan daun pisang plk tu.

    ReplyDelete
  5. Lamanyaa fatin tak makan nasi lemak!

    ReplyDelete
  6. Wah buka 24jam ya Adda, boleh lah terjah bebila ke area sana nanti..

    ReplyDelete
  7. dulu selalu datang sini...sedap nasi lemak depa

    ReplyDelete
  8. nmpk sedap tu..baru makan n.lemak pagi ni, beli kat cafe ofis..masinnnn..haha

    ReplyDelete
  9. Gambar boleh tahan menggoda! heeheh ^^ Mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  10. nasi lemak tu mmg sgt menggoda! akak ni peminat nasi lemak. kalau dekat nak mencuba gak.

    ReplyDelete
  11. tengah lapar ni. nampak ni memang rasa sedap je. lagi2 nampak nasi beralas daun pisang

    ReplyDelete
  12. nasi lemak beralas daun pisang lagi bertambah sedap tu

    ReplyDelete
  13. saya dulu stay di area PJ..tak tahu pulak ada kedai jual nasi lemak sedap..huhu

    ReplyDelete
  14. Sama la taste kita nasik lemak sotong, hihi.

    ReplyDelete
  15. Harga panas sikit, zaman ni nasi lemak pun boleh jadi issue

    ReplyDelete
  16. fuhh. sedapnyeeeeeeee nasi lemak

    ReplyDelete

Words of wisdom