Birthday Lunchdate Di Chili's One Utama - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Tuesday, January 2, 2018

Birthday Lunchdate Di Chili's One Utama

Alhamdulillah.. sudah masuk pun Kita Dalam tahun 2018. Bagaimana nak Kita corakkan warna warni kehidupan Di tahun 2018 ni? Semoga banyak perkara Yang baik2 berlaku Dalam tahun ni buat mama Dan buat Kita semua. Semalam mama berkesempatan having Birthday Lunchdate Di Chili's One Utama dengan ayah syafi Dan Syafi. Tq ayah syafi belanja makan Dan tengok wayang semalam. Love you both so much. Birthday Lunchdate Di Chili's One Utama semalam sebab so far chili's lah tempat makan Yang Kami serasi. Pusing2 Cari tempat makan last2 kat sini juga kitaorg makan. Dulu makan Di Chili's Citta Mall baca sini http://www.mamapipie.com/2017/08/makan-di-chilis.html

Inilah menu Yang Kami order. Jangan terkejut tau, menu Yang Kami order ni banyak sangat. Siap tapau buat makan Malam lagi haha.  Dasar tamak Kan. Mama perasan harga Di Chili's dah Naik Dalam 3-8 ringgit bergantung pada menu. Tapi mama tengok potion dia bertambah. Kira berbaloi jugalah kan

Kids eat free with any main course tapi Syafi insist nak menu ni. Nak Rasa katanya. So burger mini bites ni untuk Syafi. RM37.25. memang sedap pandai anak mama pilih

Menu mama. Southwestern lamb. Sedap gak. Pandai mama pilih haha.. lembut aje daging dia. Ni RM45.40

Menu ayah Syafi.. seperti biasa ini memang menu dialah kalau ke sini. Lamb fajitas RM47.75. dulu RM40.95 je


Bottomless tostada chips. Dah Naik harga rm19.95 dah sekarang. Dulu RM16.95 je. Tapi potion dia byk sangat tau

Kids meal Yang mama hanya sempat ambil gambar bila fries dah lesap haha. Country fried chicken crispers and fries. Sedap Rasa ayam Tu. Dalam dia lembut luar dia crunchy. Ni free aje for syafi

Muka kenyang.. alhamdulillah..syukur atas nikmat Allah

Order banyak-banyak last2 tapau makan untuk dinner Dan bekpes pagi ni haha..

Sempat tengok Jumanji semalam. Memang best sangat2 

14 comments:

  1. aku pernah mkn kat chili's klcc je sekali.. harga mahal la pada aku.. tp rate biasa kot utk set western gitu.. aku prefer dish kat black canyon lagi dr chili's.. tapi nachos tu nampak sedap tu adda!

    ReplyDelete
  2. eh lupa.. happy belated birthday adda! may all your dreams come true ok!

    ReplyDelete
  3. tengok harga macam mahal..tapi kalau sedap ok je sekali sekala..kan??

    ReplyDelete
  4. Southwestern Lamb all time fav SA...lama tak makan kat chilli's..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dan selamat tahun baru :)

    Alhamdulillah

    Tahniah ya, semoga murah rezeki mamapipie yang baik hati

    ReplyDelete
  6. Ana tak pernah makan dekat chilis lagi kak. Bila baca entri akak ni rasa meronta nk try makan dkt chilis ni. Southwestern lamb tu nampak sedap dan lembut. Sedapnya.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah meleleh air liur tgk kak oi

    ReplyDelete
  8. busyra belum pernah try.. nampak sedap2 menunya tuu

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday k.adda.sedapnya. tak pernah lg makan chili's.

    ReplyDelete
  10. Sedap menu dia.. Kalau harga dan portion makanan berbaloi.. Memang puas hati..

    ReplyDelete
  11. Tq semua. Alhamdulillah tempat ni so far mama mmg puas hati

    ReplyDelete

Words of wisdom