Bagaimana Melakukan Solat Gerhana Super Blue Moon hari ini - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, January 31, 2018

Bagaimana Melakukan Solat Gerhana Super Blue Moon hari ini

Selamat bercuti semua.. kebetulan hari ini, 31 Januari 2018 akan berlaku gerhana bulan malam ni atau juga dikenali dengan Super Blue Moon. So, mama nak kongsi Bagaimana Melakukan Solat Gerhana Super Blue Moon hari ini Untuk panduan kita bersama. Solat sunat gerhana ini adalah sunat muakad yang amat dituntut. Sebelum kita baca Bagaimana Melakukan Solat Gerhana Super Blue Moon hari ini, jom kita tengok serba sedikit tentang Gerhana Super Blue Moon hari ini. Ternyata harini ini kita akan dapat melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan ALLAH S.W.T.






Ketika Super Blue Moon nanti, Zon bayang pusat bumi (umbra) ketika ini mengunjur sejauh 1.4 juta km pada arah yang sama dengan orbit bulan, sedangkan jarak bumi ke bulan ketika ini sejauh 360, 000 km.

Bulan yang beredar dengan halaju relatif 3,400 km perjam akan mula memasuki zon bayang pusat bumi (umbra) kira-kira jam 7.48 malam dengan bayang bumi kelihatan mula menyentuh sisi sebelah bawah permukaan bulan.

Secara perlahan-lahan tetapi boleh kelihatan dengan jelas, bulan purnama ini bertukar menjadi ‘sabit’ sehinggalah mencapai kegelapan penuh kira-kira sejam selepas itu menandakan permulaan fasa gerhana bulan penuh. Fasa gerhana bulan penuh ini akan berlangsung selama kira-kira 1 jam 16 minit, sehinggalah jam 10.07 malam apabila bulan mula keluar dari kawasan zon bayangan umbra.  Ketika ini, bulan kelihatan bercahaya semula sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan jasad bulan cerah semula kira-kira jam 11.11 malam.

Maklumat Gerhana adalah seperti berikut:

FASA GERHANA
WAKTU MALAYSIA
Kuala Lumpur, Putrajaya

Permulaan masuk bayang-bayang penumbra
Semasa bulan belum terbit

Permulaan Gerhana Separa.
(Bulan sudah masuk dari bayang-bayang umbra)
7.48 malam
Permulaan Gerhana Bulan Penuh
8.51 malam
Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Penuh
9.29 malam
Tamat Fasa Gerhana Bulan Penuh
10.07 malam
Tamat Gerhana Separa.
(Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)
11.11 malam
Tamat gerhana penumbra
(Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)
12.08 tengah malam

BAGAIMANA MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Lafaz niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 
"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:
  1. Rakaat Pertama
    1. Takbiratul Ihram.
    2. Membaca doa Iftitah.
    3. Membaca surah al-Fatihah.
    4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
    5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
    6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
    8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
    9. Iktidal.
    10. Sujud dan membaca tasbih.
    11. Duduk antara dua sujud.
    12. Sujud kembali.
    13. Berdiri ke rakaat kedua.
  2. Rakaat Kedua
    1. Membaca surah al-Fatihah.
    2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
    3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
    4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
    6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
    7. Iktidal.
    8. Sujud dan membaca tasbih.
    9. Duduk antara dua sujud.
    10. Sujud kembali.
    11. Membaca tasyahud akhir.
    12. Memberi salam.
Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

Sumber rujukan :


20 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ilmu tentang solat gerhana ni, mamapp

    ReplyDelete
  2. Super Blue Moon ehh .. hmmm .. tetiba teringat Sailormoon .. ekeke

    ReplyDelete
  3. thanks share pasal gerhana dan solat sunat ni mama.

    ReplyDelete
  4. Info Terbaru !!

    Ayo ikuti Kontes Seo dan menangkan hadiahnya dengan total uang 30juta rupiah.
    Tunggu apa lagi ? Segera daftarkan diri anda dan raih hadiahnya !!

    Pendaftaran dimulai pada Tanggal 22 Januari 2018
    Pendaftaran berakhir pada Tanggal 22 April 2018
    Pemenang akan diumumkan pada Tanggal 7 Mei 2018
    Hadian akan dibagikan pada 8 Mei 2018

    Info lebih lanjut silahkan hubungi kami di : seoitu99@gmail.com
    Bisa juga kunjungi : http://www.itu99.host/kontes/


    Syarat dan Ketentuan Berlaku !!

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang sangat baik mama...terima kasih..

    ReplyDelete
  6. T5RX Low fat diets never worked for me personally. Compound weightlifting weightlifting that targets several large muscle groups at drinks . time does more than build muscle tissues. Exercises like squats dead lifts bench presses power cleans and military presses force your body to produce more testosterone. http://www.strongtesterone.com/t5rx/

    ReplyDelete
  7. good sharing..cikyan pon baru tahu solat gerhana ni mcm ni..sbb sbelum ni tak pernah buat...hahahahah...

    solat gerhana rasulullah dulu lama kan..bila datang gerhana, cepat2 rasulullah buat solat ni sebab takut ada petanda ape2..solatnya lama dan khusyuk...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, semalam sempat tengok juga..

    ReplyDelete
  9. Tak sempat nak tengok.. Nice sharing kak..

    ReplyDelete
  10. aku pulak buat solat sehari sebelum.. wakaka.. teruja kononnya

    ReplyDelete
  11. Selalu terlepas nak tengok gerhana bulan ni, pastu memang tak buat lah solat gerhana ni

    ReplyDelete
  12. Thank you very much admin, the information is very useful and helps me. If you wish, please stop by my page :

    Cara menyembuhkan gabagen
    Cara Menyembuhkan Psoriasis Vulgaris

    ReplyDelete

Words of wisdom