Bacaan Ayat Sajdah dalam Sujud Tilawah

Bacaan Ayat Sajdah dalam Sujud Tilawah. Dalam al-Quran ada beberapa ayat iaitu apabila dibaca, kita disunatkan bersujud. Ayat ini disebut ayat Sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah. Tilawah bererti bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan. Maka marilah kita sama-sama refresh diri membaca Bacaan Ayat Sajdah dalam Sujud Tilawah









Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayat Sajdah adalah ayat 15, surah as-Sajdah; ayat 206, surah al-A'raaf; ayat 15, surah ar-Ra'd; ayat 49 dan surah an-Nahl.

Ayat 107, al-Israa'; ayat 58, surah Maryam; ayat 18, surah al-Haj; ayat 60, surah al-Furqaan: ayat 25, surah an-Naml dan ayat 38, surah Fussilat.

Ayat 19, surah al-'Alaq; ayat 62, surah an-Najm; ayat 21, surah Insyiqaaq dan ayat 24, surah Saad.

Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat, malah luar solat. Namun dalam solat berjemaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud. Hal ini kerana makmum wajib selalu menyesuaikan gerakannya dengan imam iaitu tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam.

Sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya, ketika dalam jalanan tiba-tiba kedengaran seseorang membaca ayat sajdah. Maka, tidak diharuskan sujud seketika itu juga. Hal ini kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat.









Bacaan Ketika Sujud Tilawah



Bacaan ketika sujud tilawah sama seperti bacaan sujud ketika shalat. Ada beberapa bacaan yang bisa kita baca ketika sujud di antaranya:

Pertama: Dari Hudzaifah, beliau menceritakan tata cara shalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ketika sujud beliau membaca:

سُبْحَانَ رَبِّىَ الأَعْلَى

“Subhaana robbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi] (HR. Muslim no. 772)


Kedua: Dari ‘Aisyah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a ketika ruku’ dan sujud:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى

“Subhaanakallahumma robbanaa wa bi hamdika, allahummagh firliy.” [Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepada-Mu, ampunilah dosa-dosaku] (HR. Bukhari no. 817 dan Muslim no. 484)


Ketiga: Dari ‘Ali bin Abi Tholib, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika sujud membaca:

اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

“Allahumma laka sajadtu, wa bika aamantu wa laka aslamtu, sajada wajhi lilladzi kholaqohu, wa showwarohu, wa syaqqo sam’ahu, wa bashorohu. Tabarakallahu ahsanul kholiqiin.” [Ya Allah, kepada-Mu lah aku bersujud, karena-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta] (HR. Muslim no. 771)


Sumber : Petikan Mastika Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia & Rumaysho.com

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. terlalu banyak kelebihan sujud :)
    terima kasih atas info

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing this mamapipie <3

    ReplyDelete
  3. arti dari bacaan sujud tilawah begitu baik

    ReplyDelete
  4. Selamat berhujung minggu puan, sujud sejadah dan sujud tilawah memang baik di amalkan

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang berharga ni.

    Happy Weekend!

    ReplyDelete
  6. ilmu yang sangat bermanfaat dan berguna sungguh ..

    in shaa Allah boleh dijadikan rujukan.

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing kak. Indah makna bacaan tu.

    ReplyDelete
  8. Nice sharing mamapp. Bagus juga baca blog petang2 ni sambil refresh balik pasal agama.

    ReplyDelete
  9. terima kasih berkongsi ilmu... refresh blk kelas fardu ain dulu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post