Ah Chan Tukang Urut Muar - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, January 4, 2018

Ah Chan Tukang Urut Muar

Pernah tak korang terseliuh atau rasa badan tak selesa disebabkan angin etc? Kalau dah terseliuh tu memanglah tak selesa sangat kan. Selagi tak berubat memang menanggung kesakitan ajelah. Baru-baru Syafi terseliuh di bahagian tangan kerana terjatuh dalam bilik air. Kesian juga pada dia. Tangan dia tak boleh nak pegang kuat-kuat. So, kebetulan mama balik kampung minggu tu terus mama bawa dia pergi berurut dengan Ah Chan Tukang Urut Muar. Ah Chan Tukang Urut Muar pandai memberikan rawatan alternatif untuk sakit urat, patah Dan kesakitan. Pernah masuk TV dulu tau tapi tak ingat lah TV berapa.


UPDATE 26/12/2019:

Ah Chan dah semakin sihat dan dia dah mula mengurut orang dah.






Boleh juga baca entry mama yang berkaitan di sini







Signboard ke rumah ah chan











Sebelum ke sini mama syorkan check dulu  kerana Yang mengurut sekarang adakah anak ah Chan. Ah Chan dah tak sihat dah sekarang. So, anak dia yang duduk Di gombak berulang alik dari gombak ke muar. So Ada Hari Yang dia balik gombak Tu maka tiadalah sesi mengurut ye

Di Dalam rumah ah Chan. Banyak kerusi luar Dan Dalam rumah. Boleh tunggu dengan Aman Dan tenteram

Syafi sedang diurut. Tengah tahan sakit tu. Minyak yang digunakan adalah minyak masak Yang disapu menggunakan halia

Ayah syafi Pula Di urut. Tangan dia pun macam terseliuh sikit. Macam janji Pula anak beranak

Setiap Kali lepas urut ah Chan Akan tampal ramuan Yang disediakan sendiri. Baunya memang mcm kedai ubat cina lah. Biasanya tampalan tu hanya boleh dibuang selepas 2 hari. Tapi kalau nak mandi atau ambil sembahyang bolehlah buka sekejap. Sebab Tu ah Chan Akan charge kepada sesiapa yg datang ke sini. Total charges dua beranak ni RM70.00







So far kepada sesiapa Yang nak berurut mama recommend kat sini. Ramai orang melayu berurut kat sini tau. Macam2 Gaya Ada. Yg berkerusi Roda ada, yang bertongkat ada dan macam-macam lagi. Ayah mertua mama masa tangan dia retak pun berurut kat sini alhamdulillah dah sihat dah. Sepupu mama pun dulu tetiba tak boleh berjalan tak tau masalah apa. Bila berurut kat sini dah pulih seperti sediakala. Alhamdulillah.

Kepada sesiapa yang nak pergi ke sini ini alamatnya ye;

Ah Chan Tukang Urut Muar 
Kampung Pantai Layang,
84400 Sungai Mati, Johor


18 comments:

  1. Kalau banyak kerusi menunggu mesti rawatannya bagus kan.

    Moga tangan adik Syafi cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  2. asam urat agak lama sembuhnya
    jangan makan kacang

    ReplyDelete
  3. good info. semoga cepat sembuh !

    ReplyDelete
  4. Mama pipie bukan duduk melaka ke?

    Jauh jugak pergi muar tu

    ReplyDelete
  5. Ni mesti urutan kena dekat hati semua, tu yang ramai peminat ni.

    ReplyDelete
  6. Wah menarik nie Adda, selalu orang melayu ja pandai urut kan.. rare nie!

    ReplyDelete
  7. Anak dia mengurut di gombak tak mama? Macam nak suruh husband pegi kalau Ada...

    Get well soon syafii

    ReplyDelete
  8. semoga syafi cepat sehat. kalau sihat walafiat nak pg urut2 legakan badan boleh jugak ke tu?

    ReplyDelete
  9. Ulang Gombak- Muar tu. Kalau buka dkt gombak mesti ramai yg dtg tu kak.

    ReplyDelete
  10. Kalau herba cina ni selalunya mujarab kan, Sebab ramua yang kaya dan berkualiti. Tapi apa apa pun semua dengan izinNYA

    ReplyDelete
  11. dont usually go to berurut. takuttt

    ReplyDelete
  12. Kira murah servis dia caj kak..berbaloi

    ReplyDelete
  13. mesti best kan kalau bab mengurut ni.

    ReplyDelete
  14. oo..ada yeak tukang urut cina..adeh, ketinggalan betul..selalu duk set dalam kepala, kalau nak urut je mesti dengan melayu..

    ReplyDelete
  15. tukang urut cina mmg bagus. ditambah pula kalau yang mmg mahir dengan herba cina. perubatan cina mmg antara terbaik di dunia ini.

    ReplyDelete

Words of wisdom