Tampal Lencana Sekolah Guna Gam UHU - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, December 28, 2017

Tampal Lencana Sekolah Guna Gam UHU

Lagi beberapa hari lagi tamatlah cuti persekolahan anak-anak kan. Seperti biasa tugas ibu-ibu adalah menampal lencana di baju / tudung anak-anak. Sejak Syafi darjah satu mama Tampal Lencana Sekolah Guna Gam UHU. Dapat tips dulu dari kawan-kawan. Dan alhamdulillah, memang berkesan. Lencana tak tanggal pun dalam masa setahun tu walaupun baju dicuci hari-hari guna mesin basuh. Memang berkesan cara Tampal Lencana Sekolah Guna Gam UHU.

Kalau zaman dulu, lencana dilekatkan di baju dengan cara menjahit kan. Tapi bayangkanlah berapa lama masa yang akan diambil kalau nak jahit untuk 4 pasang baju? Lepas tu, kalau jahit tangan sure tak konsisten dah tah apa2 akan jadi. Ops tu kalau mama yg jahit kut. So, kaedah tampal lencana guna gam UHU ni sangat sesuai dan serasi dengan mama. Kalau nak tengok video boleh tengok di post ni http://www.mamapipie.com/2018/12/cara-tampal-lencana-sekolah-guna-gam.html

Caranya mudah aje, berikut adalah perkara yang perlu ada untuk menampal lencana ni:

1) Lencana sekolah (kih kih kalau tak de nak tampal apa oii)
2) Gam UHU
3) Sapu tangan 
4) Kertas keras
5) Spray air

Mula mula, alaskan di bahagian bawah baju / tudung sekolah anak dengan kertas keras. Kemudian letak lencana dan nama anak di position yang betul. 


Letakkan gam dan lekatkan lencana dan nama anak di posisi tadi.


Kemudian, ambil sapu tangan dan letak di atas lencana dan nama tadi. Kemudian, spray air ke atas sapu tangan tu.


Panaskan seterika dan seterikalah atas saputangan yang dah dispray tadi. Air di sapu tangan akan mengewap dan jangan cemas ye kalau ada banyak asap keluar. Memang gitulah kaedahnya. Kalau rasa was-was bolehlah sesekali angkat seterika kalau rasa dah lama sangat dibiar atas saputangan. Takut hangus pulak kan.



Tadaa.. dah lengkap baju sekolah anak kita. Senang aje kan cara ni. Fuh lega mama dah setelkan semuanya untuk Syafi. Cuma nak kemas kabinet buku dia aje: nak buang buku2 lama Dan masukkan buku2 baru Yang mama dah siap tulis Nama Dan balut. Lahai anak, dah nak masuk darjah 4 pun mama masih buatkan lagi 😅



22 comments:

  1. lagi 2 tahun kena buat mcm ni hehe..Dhia darjah 1

    ReplyDelete
  2. ni masuk tahun ke 3 praktik method ni. Terbaik

    ReplyDelete
  3. nampak mudah kan...anak baru masuk darjah 1 ni

    ReplyDelete
  4. Ai dulu suka guna double tap sebab balik sekolah cabut simpan dalam poket.

    ReplyDelete
  5. hahahaha hebatnyaaa. dulu gigih jahit

    ReplyDelete
  6. boleha try nnt...tapi dah hantar jahit hari tu...

    ReplyDelete
  7. Thanks mama... Awal tahun ghitu dah buat tapi mai hujung tahun ni lupak dah haha...

    Dah dapat tanda nama sabtu ni boleh lah buat.

    ReplyDelete
  8. ni kalau msk mesin pun x tanggal laa yek?

    ReplyDelete
  9. zaman saya dulu pakai lencana besi, pin kan pada baju. dari situ saya mempunyai minat mengumpul lencana.

    ReplyDelete
  10. zaman dulu pakai lencana sekolah main jahit supaya nampak kemas kenen...

    ReplyDelete
  11. Sama laaa. Kalau dulu sbb duduk hostel kann. Ni cara paling senang dan jimat masa. Rindunyaa zaman sekolah ^^

    ReplyDelete
  12. uhu lem serba guna
    daya rekatnya briliant

    ReplyDelete
  13. kalau saya dulu tambah lagi dengan dijahit..

    ReplyDelete
  14. Insya Allah memang tak tertanggal pun walaupun cuci guna mesin basuh hari2. Kaedah ni mmg sesuai dgn mama yg tersanhat rajin ni

    ReplyDelete
  15. oo..boleh yeak..selalu yg tahu, jahit je..

    ReplyDelete
  16. Memang senang lah kak..leh buat

    ReplyDelete
  17. Lengkap tutorialnya.. Memudahkan..

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah dah 4 tahun mama buat Dan sgt berkesan buat mama yg pemalas ni haha

    ReplyDelete

Words of wisdom