Asam Pedas Warung Kak Ainon Klebang Melaka

Asam Pedas Warung Kak Ainon Klebang Melaka ni mama singgah Dan makan Tanpa sengaja. Dan terus suka tanpa sengaja juga haha.. Asalnya mama Dan family nak Cari Asam pedas claypot Klebang Yang betul-betul terletak Di sebelah Asam Pedas Warung Kak Ainon Klebang Melaka ni. Tapi kuciwa sebab kedai Tu tutup huhuu. Mungkin bukan Malam aje kot. So, disebabkan dah kelaparan maka kami decided nak try makan kat sini aje.

Semasa Kami ke sini memang nampak lauk lauh sudah mula disediakan. So, apalagi ambil lah lauk Yang berkenan. Menu utama tentu sekali Asam pedas, yakni menu kegemaran kami sekeluarga.

Asam pedas telur ikan. Sedap sangat tapi stok telur ikan limited. Jadiklah dapat beberapa ketul

Ikan kembung Asam pedas. Sedappp. Selain Dari ikan kembung Kami ambil juga Ikan tenggiri Asam pedas. Sambil-sambil makan makcik kedai sempat masak ikan tenggiri Tu untuk Kami. Tapi mama tak sempat ambil gambar sebab tgh sedap makan haha

Limpa goreng. Pandai makcik masak. Memang sedap sangat

Lauk simple tapi sedap tau

Hati Dan pedal goreng Yang sedap macam limpa goreng Tu juga

Secara keseluruhannya mama sekeluarga memang berpuas makan kat sini.  Asam pedas memang Terasa sedapnya Dan rasanya  ala asam pedas JJ, Muar. Lepas makan, melekat bau kat Tangan. Fuh, sedapnya. Makcik kedai Dan anak2 dia pun sangat peramah Dan layan aje Kami ni Yang nak macam spt telur goreng, ikan goreng, Dan pelbagai kerenah. Mama recommend sangat2 korang ke sini. Harga pun tak Mahal tau. Parking pun senang




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

22 Comments

Words of wisdom

  1. Asam pedas Melaka memang boleh tahan... Meleleh hidung kalau makan...

    ReplyDelete
  2. ray x brape minat asam pedas tp makan la jugak. hihi

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semua lauk-lauk tu Adda, Kak Sue memang suka lauk-pauk macam nie..

    ReplyDelete
  4. waa..sedap ni. haritu makan kat KL asam pedas melaka. tak kick langsung. huhu

    ReplyDelete
  5. Wahhh boleh masuk list tempat ni kak. Susah nak dpt asam pedas sedap dekat melaka ni. Kebanyakkan viral tp tak sedap mana pun kan.

    ReplyDelete
  6. Ritu g melaka penat survey dekat mana asam pedas best. Sebab banyak sangat kedai asam pedas. Lepasni boleh cuba kat klebang plak. My favourite tul asam pedassssss ni. Kecur!

    ReplyDelete
  7. ala2...my favourite ni mama asam pedasss....yummy sedapnyerrrr

    ReplyDelete
  8. tengok menu cam ni mmg dah kenyang pun lapar... asam pedas melaka ni lain skit rasanya kan tp sedap

    ReplyDelete
  9. Wah tq! Boleh try cari lepas ni. Tempat yang biasa pergi dah tak berapa kick

    ReplyDelete
  10. Tengok kuahnya pekat likat..sure pedas jugak ni kan....

    ReplyDelete
  11. raya cin athn dpn nak pi Melaka..nanti boleh singgah sini kot !

    ReplyDelete
  12. Aduhhhhh hari ni mmg mengidam asam pedas. Mai kat PD dh petang. nk cr asam pedas byk closed. Huwargghhh nampak pulak post entri mama psl asam pedas. Ada yg esk mencari. Sedap ye kat sni mama.

    ReplyDelete
  13. Banyak cerita makanan juga kak blog Mamapp ni ek.. Melaparkan. Tehee. hati dan pedal tu pula favourite... Nyummmy...

    ReplyDelete
  14. ibu_suri pun suka masakan asam pedas tapi tidak saya. saya ni bila dengan perkataan asam je pun dah satu macam rasa air liur dalam mulut...

    ReplyDelete
  15. sedapnya mama. terliur tengok. lagi2 ada lauk paru plak tu

    ReplyDelete
  16. mesti sedap betul ni, kalau ke melaka boleh singgah

    ReplyDelete
  17. Merah menyala nyala tu kuahnya tuuu~ tetiba rasa pedih je perut hihi

    ReplyDelete
  18. Mujur lah ibu mama pun pandai masak asam pedas yang pekat dan sedap macam ni

    Kalau tak mesti terliur

    ReplyDelete
  19. Ye la Kan bila mama baca semula Komen mmg mama baru perasan susah nak Cari Asam pedas kat melaka Kan. Mama dah pergi beberapa kedai atas recommendation org tapi rasanya kureng. Alhamdulillah kedai ni mmg best

    ReplyDelete
  20. Klu ke Melaka mmg wajib cuba asam pedas dia..winnn

    ReplyDelete
Previous Post Next Post