Restoran The Sumbs Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, November 16, 2017

Restoran The Sumbs Shah Alam

Semasa baru balik dari kampung ahad lepas, kami singgah untuk mendapatkan makanan murah Dan sedap Di  Restoran The Sumbs Shah Alam. Tempat ni terletak dia seksyen 13, Shah Alam. Dah le sedap, murah pula tu. Lagi pula, ini adalah salah satu tempat favourite syafi. Hmm.. budak tu kalau western aje, memang favourite dia lah. Jom tengok kenapa mama cakap ada hidangan western murah di Restoran The Sumbs Shah Alam.

The Sumbs ni selalunya memang pack dengan orang. Jangan terkejut kalau masa korang datang tengok ada orang lepak di luar kedai sebab tengah tunggu giliran. Mama pernah kena sekali, masa tu tak jadi makan kat situ. Malas nak menunggu haha.. perut pun dah lapar. Sebelum ni mama pernah makan chicken parmigiana, chicken chop, churros dll (tak ingat hihii). Churros dia sedap juga mama order sampai 2 haritu. Berebut makan 3 beranak tau haha..

Cuma ada satu perkara je ye yang buat sesiapa first time datang sini rasa macam ada pelik pelik. Macam masa mama first time datang dulu. Masa bawa mak mertua makan sini pun mak mertua mama tak puas Hati juga. Biasalah orang tua..  Bila  kena makan Dalam kotak memanglah depa tak biasa. Kebanyakannya menu Di sini dihidangkan dalam kotak kecuali sup-sup tu.. kelakar juga kan. Mungkin sebab owner nak mudahkan pakai-buang. Maka dalam kotak le kita makan ye. Lama kelamaan mama pun dah biasa. Jom tengok Kami makan apa.

Tempat ni jadi favourite ayah syafi sejak Ada hidang nasi goreng petai ni. Rasanya boleh tahan juga. Makan dengan sos cili lagi ummph. Nasi goreng dia pada mama biasa aje. Petai Tu Yang buat luar biasa.

Menu anak bujang mama.. fish and chips. Harganya cuma rm7.50 saja. Murah Kan.

Cream sup untuk mama. Kononnya dah Malam takmau makan banyak-banyak. End up mama bedal menul Syafi Dan ayahnya haha..

Milo dinasour /Milo tabur untuk anak mama. Asalnya takde menu ni Di sini tapi custom made dibuat by request. Tq the Sumbs layan kerenah Kami.

Ini adalah menu the Sumbs beserta harga. Boleh pilih nak order mana satu

Menu Di sini menggabungkan makanan western Dan tekak melayu. So jangan risau sesuai utk org kampung Dan orang London juga ye 

Keadaan Dalam kedai Yang cozy.

Sesiapa Yang nak datang sini boleh Cari Di alamat berikut. Tempat dia berhampiran dengan aeon shah alam Dan Tesco Extra.

No 7.04.01, Blok 7,
Persiaran Alami, Pusat Perniagaan World Wide,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, Shah Alam,
40100 Selangor 
No Tel: 017-288 8658

Di buka setiap hari dari 12 tgh hari hingga 10.30 malam
Tutup pada hari jumaat

26 comments:

  1. Ok next time singgah shah alam nak pegi la. Mcm mana boleh x perasan ni waktu pegi sna. aduiii

    ReplyDelete
  2. Dah lama x pergi. Dah ada new menu lah..

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa.. Nanti boleh la singgah dekat sini kalau ke Shah Alam

    ReplyDelete
  4. Bookmark entri ni. Kot2 sempat singgah bila ke shah alam next week.

    ReplyDelete
  5. Harga berpatutan sesuai dengan portion makanan tu.

    ReplyDelete
  6. sedapnya mama. teringin plak nk minum milo ais tu haha

    ReplyDelete
  7. hei nasi goreng... hei nampak sedap... haaa siap menyanyi lagi...

    ReplyDelete
  8. okey , boleh masuk list next tempat makan untuk di terjah

    ReplyDelete
  9. boleh la singgah sini bila g shah alam nnt...

    ReplyDelete
  10. Unik hidangannya ya Mama.Dalam kotak gitu.

    ReplyDelete
  11. byk.tpt.makan menarik kat shah alam skang ni kan..mcm2 ada..☺

    ReplyDelete
  12. WOW! blog mama berwajah baru la... tahniah.. kipidap update story k

    ReplyDelete
  13. sedappppnya my fav food nasi goreng tu

    ReplyDelete
  14. woww...boleh masuk dlm list ni, kadang2 terlalu juga kawasan sana,...

    Jemput baca artikel terbaru dari saya DI SINI .

    ReplyDelete
  15. sedapnya menunya.. harganya pun harga mampu makan bukan mampu tengok je,...

    ReplyDelete
  16. Oh dekat worldwide..jarang ke shah alam, tapi makan-makan banyak best kat sana kan

    ReplyDelete
  17. Asalam singgah sini..wah special di laman ini..

    ReplyDelete
  18. nampah sedap..tapi kalau kena beratur memang malas le

    ReplyDelete
  19. Baru tahu ada kedai nie kat Shah Alam, lain kali boleh singgah..

    ReplyDelete
  20. Oh, kat seksyen 13. Okey GV turun shah alam, boleh try kat sini makan. Sedap tgk menu makanan mama di atas. hihi. :D

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum mamapipie ..teruja nak makan nasi goreng petai tu.. yummy

    ReplyDelete

Words of wisdom