Pusat Sains Negara - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 20, 2017

Pusat Sains Negara

Selepas Pusat Sains Negara buat renovation, ini adalah first time Kami ke sini. Sebelum ni Kami selalu sangat ke Mari sebab tempat ni best, banyak aktiviti pembelajaran, tiket murah, Ada pool kat bawah tu Dan Di Taman area pool pun Ada aktiviti berilmu berkenaan sains. So, semalam mama Dan family ke Pusat Sains Negara lagi untuk tau apakah perubahan selepas renovation. Lagipun sekarang masuk percuma sehinggalah Bulan 12. Selepas ni tak tau lah berapa harga tiketnya. Kalau dulu RM3 je.

Pusat Sains Negara. Dari luar.

Perubahan Yang paling ketara adalah keadaan PSN Yang dicat berwarna warni, Dari jauh dah nampak pusat sains ni tau. Kalau dulu kedaan nampak kedam dan suram saja. Sekarang lagi happening. Patutlah ramai sangat orang Yang berkunjung ke sini. Nak parking pun terlalu susah. Terpaksa Kami parking jauh tau. Memula tu terrkejut gak tengok kenapa ramai sampai macam ni?  Tak pernah mama tengok org seramai ini pergi ke Pusat Sains Negara.

Pelan Pusat Sains Negara. Boleh mula Dari pusat sains atau bermula Dari Taman Di bawah Tu dulu. Bahagian bawah sebelum Naik ke Pusat Sains Pula Ada Taman dinasour cantiknya ambil gambar kat situ. Mama tengok dinasour dia pun dah sihat Dan lawa2. Dah cat baru Dan dah dibaiki. Kalau dulu dinasour semua Ada parts Yang hilang Dan ditumbuhi pokok.

Ni antara tarikan Taman Di bawah Tu. Fuyoo ramai betul yg Mandi kat sini sekarang. Dulu lengang aje. Tak ramai org tau tempat ni. 

Akuarium ala aquaria ni Ada lagi Di PSN. Mmg seronok tengok ikan2 kat sini. Yang bestnya sekarang Ada pula feeding session Dalam akuarium Tu. So, boleh tengok Ada orang bagi ikan makan Dalam kolam tu. Masa Kami sampai kul 11.30am ngam2 tengah feeding session.

Ni pun perkara baru. Berpinau Mata mama ambil gambar diorang. Ada 3 design semuanya. 

Kolam tangkap ikan ni pun Ada lagi. Bagus, bagus mama suka kolam ni. Boleh Cuba tangkap ikan guna Tangan kalau mampu laa.. tapi sekarang terlalu ramai orang kesian Pula mama tengok ikan2 semua trauma Dalam tu

Eh, anak mama terapung ke Tu? Haa.. Kapal terbang terbalik ni pun perkara baru juga. Cantik ambil gambar

Sekarang sedang Ada pameran Survive The Bunker. Mama suspen juga nak masuk Dalam ni takut Ada hantu huhuu.. can you survive ke bunker? Ni adalah aktiviti untuk overcome segala fobia Dalam diri seperti fobia tempat gelap, tempat tinggi fobia patung, fobia mayat. Uishh banyak.lagi Ada Dalam Tu. Tapi perempuan mengandung Dan kanak2 bawah 7 tahun tak dibenarkan masuk tau. Masa mama masuk sini sekali dengan satu keluarga. Sekali masuk Dalam 10 orang. Kesian juga anak org Tu ketakutan sampai menangis dia. Dalam Tu dipeluk pinggang mama sekuat Hati especially tempat Ada anak patung scary Dan tempat mayat. Kesian budak Tu.

Ni harga tiket nya. Murah saja Kan. Kami berempat cuma RM 12 je. Ok lah tu. Sesiapa yg nak Cuba boleh pergi ke Pusat Sains Negara tingkat atas. 

Personally mama happy tengok Pusat Sains Yang lebih happening dengan pengunjung sekarang. Rasa mama pengunjung memang bertambah 20 Kali Ganda berbanding dulu. Di bahagian cafe Dan luar kawasan Pusat sains pun lebih happening Dan macam2 Ada dijual. Semua tempat dipenuhi pengunjung tapi pada masa Yang sama masing2 Ada  peluang untuk merasa Dan bermain dgn alatan Yang Ada Di situ. Disamping Tu boleh juga buat aktiviti keluarga especially masa cuti sekolah nanti.

Kepada Yang pergi ke Pusat sains Tu, berikut adalah waktu operasi

Sabtu sehingga Khamis
Masa : 9:00 Pagi hingga 5:00 Petang
Ditutup pada hari jumaat.

Alamat:
Pusat Sains Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Persiaran Bukit Kiara
50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Tel : +603-2089 3400
Fax : +603-2089 3401
Tempahan : tempahan@psn.gov.my



25 comments:

  1. lama tak ke Pusat Sains...insyaallah nk bawa anak-anak nanti

    ReplyDelete
  2. Huihh, dah macam-macam dah Pusat Sains sekarang, dulu2 masa pegi, cuma ada benda-benda sains jea..

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah sekali bawa anak-anak ke sana masa tu ada pameran dinasour. Tapi dah lamaaaaaaa tak ke sana terutama sejak dah berwarna-warni ni.. hehehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete
  4. wah bestnya pusat sains ni...harga tiket pulak mampu milik...boleh la bawak anak cuti sekolah ni nanti

    ReplyDelete
  5. Tak pernah sampai Pusat Sains Negara. Tapi nampak menarik kalau bawa anak-anak sekali. Terima kasih share MamaPP

    ReplyDelete
  6. Menarik juga ya, boleh letak dalam list tempat nak jalan-jalan cuti sekolah nanti..

    ReplyDelete
  7. Survive the bunker tu kami tak masuk sebab anak bawah umur, yang lain best juga bagi anak-anak explore sains

    ReplyDelete
  8. Tunggu anak besar sikit.. Nak bawa depa ke sini..

    ReplyDelete
  9. Boleh bawa syafi ke sini lah nnti. Ana sekali br masuk sini. Last masa dip rasanya.

    ReplyDelete
  10. eh dah lama tak pergi sini. Selalu kalau lalu pun pandang nampak suram je sekarang dah wow meletops!

    ReplyDelete
  11. rasa macam nak pergi je jap lagi. dulu pernah pergi tapi banyak benda yang rosak..

    ReplyDelete
  12. Wahhh... so colourful and happening Mama. :D

    ReplyDelete
  13. ya allah lama betul tk pegi pusat sains. last skli masa sekolah

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi sis Mamapipi

    Wah seronok dapat p pusat sains negara

    Dapat banyak faedah

    Kejap je dah selasa kan

    ReplyDelete
  15. betul ke msk percuma? sy nk pergi jg laa... x penah smpi lg kt sini wpn tiap2 mggu lalu je kat dpn PSN ni

    ReplyDelete
  16. wahhh banyaknya benda baru.. Fatina pernah pergi sekali je PSN ni masa zaman sekolah dulu. Wahh masuk percuma, insha Allah boleh pergi nanti ni :D

    Fatina

    ReplyDelete
  17. da makin menarik.. diorang kena fikir nak cantikkan macam mana nak tarik pengunjung. tapi serious la lawa hehe. last pergi rasanya sek rendah haha..

    ReplyDelete
  18. pegi dah hari tu, tp rasa kena ulang semula, ramai sangat orang tak dpt hayati

    ReplyDelete
  19. ya...PSN .

    saya pernah menjejak kaki kat sana ketika bujang dulu .

    teringin nak pergi lagi

    ReplyDelete
  20. lamanya tak pergi PSN. Survive the bunker tu menarik bunyinya. teringin nak cuba walaupun penakut.haha

    ReplyDelete
  21. Wah menarik..bleh bawak anak anak nti

    ReplyDelete
  22. yeay dah bukak.. aku nak gi minggu depan..

    ReplyDelete
  23. Lama gila tak pernah pegi sini... Hehe

    ReplyDelete

Words of wisdom