Khasiat dan Kelebihan Buah Delima - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 6, 2017

Khasiat dan Kelebihan Buah Delima

Khasiat dan Kelebihan Buah Delima. Punica granatum atau lebih dikenali sebagai buah delima menjadi pilihan ramai masa kini untuk menjaga kesihatan dan merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Ia juga dikenali sebagai pomegranate, rumman, rumien atau rimmon. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Terlalu banyak Khasiat dan Kelebihan Buah Delima. Jom kita tengok apa Khasiat dan Kelebihan Buah Delima tu.

Mama ingat lagi buah delima ni adalah kegemaran arwah mak mama. Alfatihah buat Jamilah binti Abu Bakar. Dia penghidap diabetes dan ada kalanya selera makan tu takde. So, kalau takde selera makan, maka dia akan cari buah delima saja. Sambil duduk tengok tv makan buah delima. alahai rindunya pada dia.


Khasiat dan Kelebihan Buah Delima
Buah delima nan merah. Sedapnya! Mama ingat lagi semasa membesar di kampung mama di Muar, kebanyakan jiran cina ada tanam pokok ni dan juga satu lagi pokok iaitu pokok nona. Tips ketika membeli delima, pilihlah buah yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela serta tidak merekah. Boleh dibeli banyak sekaligus kerana ia tahan enam bulan dalam peti sejuk tau.

Khasiat dan Kelebihan Buah Delima

  • Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser dan penyakit jantung.
  • Buah delima menjadi pilihan ramai masa kini untuk menjaga kesihatan. Ia kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Kajian dijalankan juga menunjukkan buah delima mengandungi zat protein dan lemak dalam kuantiti sedikit. Buah delima juga tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi malah lebih baik berbanding buah oren.
  •  Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
  • Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis barah. Jus delima dapat menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Ini kerana ekstrak biji delima kaya dengan polifenol yang berupaya memulihkan leukemia. 
  • Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap 50 lelaki yang minum 205 gram jus delima setiap hari didapati melambatkan ukuran perkembangan barah prostat.
  • Mempunyai khasiat anti-radang.Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
  • Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Kajian dijalankan ke atas tikus yang diberi minum jus delima menunjukkan sel aktif meningkat.Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
  • Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya kulit segar dan muda.
  • Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Kulitnya yang dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis.
  • Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik tinggi mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit bibir sumbing pada bayi.
  • Mencegah Penyakit Jantung. Buah delima dapat melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
  • Melindungi hati dan ginjal. Penelitian terbaru menunjukkan bahwa ekstrak delima mencegah kerosakan ginjal dan melindungi ginjal dari racun berbahaya. Selain itu, delima juga melindungi hati Anda dan membantu untuk meregenerasi hati yang mengalami kerosakan.
  • Buah delima dapat memberikan zat dan menyegarkan badan. Buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. 
  • Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

27 comments:

  1. pernah makan buah delima nie rasa dia masam-masam

    ReplyDelete
  2. Ana hari2 makan buah delima ni kak especially malam lah. Sambil tgk tv sambil makan. Boleh hlglan rasa muak juga.

    ReplyDelete
  3. sbb tu laa nama buah ni disebut2 dlm al-quran..

    ReplyDelete
  4. Bonde suka buah delima... dapat yg manis sedapnye

    ReplyDelete
  5. sedapnye buah delima...selalu jugak beli masa mengandung dulu...

    ReplyDelete
  6. Memang banyak kelebihan buah delima untuk ibu mengandung

    Assalamualaikum wrmbth & Salam isnin sis mama pipie

    Maznee doakan semua urusan kita lancar dan di rahmati Allah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kongsi ni dah Alfatihah untuk arwah ibu mama. Amin

    ReplyDelete
  8. Masa mengandung memang digalakkan ambil utk stabilkan hb.. Utk sakit jantung pun bagus buah ni.. Sbb tu buah delima antara buah termahal sekarang ni... Sebiji sampai 5 6 ringgit..

    ReplyDelete
  9. Masa preggy elok amalkan..makan sebiji jgn kongsi dgn org lain..

    ReplyDelete
  10. Memang bagus makan buah delima. Kalau ada anak-anak nak exam, elok bagi derang makan sebiji, biar makan sampai habis... jangan taruh atau tinggalkan.

    ReplyDelete
  11. Suka makan delima jgak. Cumanya agak mencabar nak korek keluar sebijik2 tu. Haha

    ReplyDelete
  12. Kecik2 dulu suka makan buah delima. Dah besar tak makan pula.. time pregnen je makan sebab mil kata nak bagi anak pandai. Makan bagi habis sebiji tu.

    Ni tengok banyak jugak khasiat dia, ingat kena start tanam jugak la buah ni inshaa Allah..

    Perasan. Banyak jugak rumah chinese suka tanam pokok buah delima ni.

    ReplyDelete
  13. Delima merupakan salah satu buah yang saya suka selain ia adalah sunnah :)

    ReplyDelete
  14. saya suka sekali delima tapi sekarang dah jarang kat sini di pasar pn tak ade sedih ingatnya

    ReplyDelete
  15. skrg tgh musim buah ni kan. mudah didapati dan murah harganya

    ReplyDelete
  16. mmg banyak betul khasiat buah delima nih... kalau dpt mkn delima nih mmg ralit... lagi2 sambil layan tv... sedar2 abis dh berbiji2 msk dlm perut...

    ReplyDelete
  17. sedapnya, merah menyala... suka suka suka...

    ReplyDelete
  18. buah ni memang byk khasiat tapi susah sngt nak cari. harga pula mahal.

    ReplyDelete
  19. BAnyaknya khasiat delima ni. Patut la adik suruh..
    Elok makan sebiji sehari.

    ReplyDelete
  20. Buah delima ni memang banyak khasiat dan sedap pula tetapi itu lah harganya bagi saya sangat mahal . Di tempat saya buah yang cantik elok sebiji RM5 kadang lebih. Yang di laman sendiri pula tak sesedap yang dibeli.
    Anyway thanks for info.

    ReplyDelete
  21. banyak juga ya kelebihan yang ada.. saya makan yogurt punya delima pun sedap..

    ReplyDelete
  22. Salah 1 buah dr syurga. Semestinya byk khasiat dia

    ReplyDelete
  23. buah kegemaran time pregnant ni..maklumlah GDM memanjang hehehe

    ReplyDelete
  24. GV tak pernah makan buah delima tapi tahu ianya mmg banyak khasiat.

    ReplyDelete
  25. wawa suka sangat buah delima ni. aritu makan buah ni kat ofis, ada budak ofis cakpa makan buah ni syaitan tak dekat dengan kita 40 hari. Wallahuallam. katanya sebab buah kesukaan Nabi.

    ReplyDelete
  26. Asalam..ya nuffnang dah nampak di blog Etuza. Buah delima memang kolegen terbaik

    ReplyDelete

Words of wisdom