Kehilangan...

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tiada yang kekal di dunia. Begitu juga kita semua. Di dunia ini semuanya bersifat sementara sahaja. Semalam mama dikejutkan dengan berita kematian abang angkat mama di Sarawak. Rupanya keluarga di sana terlupa beritahu mama berita sedih ni. Sudah seminggu dia pergi.


Kami mula kenal masa mama sertai program khidmat masyarakat di UM bersama rakan muda dulu. Program OPKIM selama 2 minggu di Sarawak di mana minggu pertama kami peserta akan menjadi anak angkat bagi keluarga yang mengambil bahagian. Jauh kami pergi ke satu pulau berdekatan sibu. Nak ke sana dari kuala lumpur mama kena naik kapalterbang 2 kali dan bot ekspress sekali. Maka jadilah mama anak angkat kepada satu keluarga hebat berketurunan melanau kat situ. Sekeluarga bersama 10 orang anak automatik menjadi keluarga mama.

Seronok program kat sana. Walaupun kat sana cuma ada kemudahan elektrik sahaja kemudahan air paip takde lagi masa Tu. Mereka guna air hujan Yang ditadah Dan jika dah habis air sungai Sarawak Tu pula Akan digunakan. Masa Mandi memang saspen sebab bilik air takde bumbung Dan seperti Terdedah sikit. Bilik air Pula mengadap dapur orang sebelah. Bayangkanlah seminggu mama Di kampung Tu Ada beberapa Hari tak hujan. Maka setiap masa mama berdoa hujan turun sebab nampak ahli keluarga lain dah mula guna air sungai. Mama saja Yang Di suruh guna air tadahan Tu. Punyalah Rasa bersalah sangat masa Tu. Alhamdulillah tak lama lepas Tu hujan Di subuh Hari punyalah mama bersyukur. Semasa Di Sana cuma Ada beberapa adik beradik saja Yang Ada masa Tu. Yang tiada 2 orang Yang bersekolah Di asrama, Dan 2 orang Abang Pula bekerja termasuk arwah. Alhamdulillah mama dapat menyulam ikatan ukhuwah bersama mereka hingga ke Hari ini.

Tu lah kisah hampir 20 tahun lepas. Lepas mama balik ke KL mama disuruh mak Dan ayah angkat mencari anak mereka Yang ke 3 iaitu Abang angkat mama Yang bekerja Di cheras kalau tak silap masa Tu. Selepas Tu lah mama berkenalan Dan selalu juga berjumpa dengannya especially bila Abang Mili balik ke Sarawak Dan Ada kiriman Dari keluarga Di Sana seperti beras huma Yang ditanam sendiri, sagu, ikan lumik, Dan macam-macam lagi. Macam2 mama dapat memang terasa kasih sayang keluarga Di Sana. Kali terakhir mama bertemu mereka lebih kurang 4 tahun lepas Di mana adik angkat mama yang bertugas sebagai anggota tentera warded Di hkl kerana masalah Batu karang. Di situ dapat berjumpa dengan mak angkat Dan ayah angkat. Tiba-tiba Rasa rindu Pula pada mereka.

Itulah Kenangan dengan dengan arwah Abang Mili. Arwah seorang Yang baik Dan selalu berkata perkara Yang baik2 sahaja. Sesuai dengan kerja seorang guru dia menjadi contoh Dan idola adik-adiknya. Dia juga suka tersenyum Dan senyuman dia manis sekali. Beberapa tahun lepas tiba-tiba dia minta tukar ke Sarawak Dan selepas Tu mama dah tak berhubung lagi dengan dia. Mama cuma bertanya Khabar melalui adik perempuan Di Sana. Tahun lepas Ada diberitahu Abang Mili sakit tapi tak diberitahu sakit apa sehinggalah berita kematiannya mama Terima semalam. Menangis mama tengok gambar terkini dia. Kurus kering sedangkan dulu badannya berisi.

Benarlah Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya, ayat 35: كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ Ertinya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.

Tiba-tiba teringat arwah mak mama pernah cakap dengan mama "ingatkan jadik kakak (Nama panggil mama) dengan Abang Mili. Rupanya kakak kahwin dengan orang lain"

Sebenarnya hubungan mama Dan abg Mili memang purely hubungan adik Dan Abang saja. Mungkin mak mama Salah faham sebab pernah 2 Kali bawa balik kampung dulu. Alfatihah buat arwah Abang Mili semoga Allah tempatkan dia Di kalangan ahli syurga.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. Alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat...semoga mama tabah ye....

    ReplyDelete
  2. Innaalillahiwainnaailahirajiun.
    Semoga arwah dimasukkan ke dalam golongan hambaNya yg diredhai.

    ReplyDelete
  3. Kenapa la boleh terjumpa artikel ni. Baru cuba menenangkan hati setelah kehilangan ayahanda tercinta 3 hari lepas. Hari ni sepatutnya saya dikampung untuk tahlilmalam ketiga tapi ada urusan di bandar. Terkedu sekejap

    ReplyDelete
  4. Amin.. Tq atas doa. Alfatihah buat ayahanda norasikin juga semoga Allah menyayanginya Dan memaksukkan dia ke syurga

    ReplyDelete
  5. salam takziah. sedih la pula saya rasa bila baca entry ni.

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yg soleh. Amin.

    ReplyDelete
  7. semoga arwahnya diterima Allah SWT

    ReplyDelete
  8. sebelum itu ..saya juga nak menitip Al Fatihah untuk arwah Mili..

    semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman..

    ya..kebetulan juga saya orang Sarawak dan berketurunnan Melanau.

    tak pe Puan Mama Pipie.

    Yang pergi tetap akan pergi..

    Giliran kita pula...NEXT akan ke alam Baqa

    ReplyDelete
  9. inalillah... al fatihah bt arwah moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  10. al-fatihah..

    cantik baju baru..:)

    ReplyDelete
  11. Semoga roh arwah di cucuri rahmat

    ReplyDelete
  12. Al fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.. amin.

    tq jengah blog Ayu.. yup, baru 100 hari arwah suami meninggal. masih cuba sesuaikan diri and cuba kuat selalu..hadapi dugaan Yang Maha Esa. disamping dua anak..tanda cita kami. in sya Allah..cuba kuat.

    ReplyDelete
  13. Takziah mama.. Kehilangan yang tiada gabtinya.. Semoga mama dan keluarga tabah melalui ujian Allah..

    ReplyDelete
  14. Innalillahhiwainnailaihirojiun...
    Takziah Mama
    Touching huhuhu...

    ReplyDelete
  15. Aw, this was an incredibly good post. Taking the time and actual effort to
    make a very good article… but what can I say… I hesitate a lot and
    never seem to get anything done.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post