Musim cuti blog pun ke laut - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Saturday, September 2, 2017

Musim cuti blog pun ke laut

Musim cuti blog pun ke laut. Haha.. win tak tajuk mama Kali ni. Tak tau nape, cuti-cuti ni memang Liat sangat nak buka blog. Nak blogwalking pun berat aje, seberat perut mama Yang dah penuh dengan macam-macam makanan ni kut. Apapun rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Hariraya AidilAdha kepada semua. Alhamdulillah tercapai hasrat mama nak buat doa selamat sesama keluarga Di kampung semalam. Doa selamat buat ayah mama Yang Akan menjalani pembedahan jantung 11 September nanti. 7hb ni masuk wad Di PPUM untuk checkup Dan decision Sama Ada buat angio atau bypass akan dibuat masa tu. Tolong Doakan ayah mama ye.

Ayah mama.ni sebenarnya dah lama juga Ada masalah jantung. 3 salur tersumbat Dan berkemungkinan Ada masalah injap juga. Tapi dia tangguh rawatan masa arwah mak mama start sakit-sakit Dan akhirnya diserap stroke. Huhuu.. time-time sedara mara berkumpul macam ni memang ingatan pada arwah mak sentiasa Dalam kepala ni.. rindu sangat-sangat. Apapun, lepas cium peluk semua adik beradik perempuan mak Terasa macam.dekat saja dengan dia. Alfatihah buat allahyarhamah Jamilah binti Abu Bakar semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah. Amin..

Ayah mama Berbaju putih.. 

Kami adik beradik Yang berjaya balik kampung sempena Raya Haji tahun ni. Anak sedara mama si Ammar ni tak tau nape takut sangat dengan ayah syafi. Sampaikan boleh buat-buat tidur bila dipegangnya. Haha macam-macam.budak sekarang Kan.


15 comments:

  1. Selamat hari raya aidiladha.
    Semoga dipermudahkan perawatan ayah mama.

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Raya Haji. Bila cuti mood nak berblogging memang ke laut lah...hahaha

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidiladha..
    Semoga dipermudahkan rawatan ayah mama.. 😊

    ReplyDelete
  4. Salam aidiladha kak... semoga semua urusan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  5. Salam aidiladha.. berkumpul sesama keluarga time ni lah nak ada family bomdingkan .. dan semoga ayah mama pun cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. samalah mama...haha...salam aidiladha mama

    ReplyDelete
  7. semoga bapak mama akan selamat menjalani pembedahan tu. Aamiin...

    ReplyDelete
  8. Semoga segalanya selamat... berpuasa masa hari operation tu.. kan doa orang berpuasa ni mustajab.

    ReplyDelete
  9. haha..ke laut ok lagi.saya dah ke angkasa lepas.

    ReplyDelete
  10. Tq semua sudi singgah walaupun mama dah kelaut haha

    ReplyDelete
  11. Semoga keluarga selalu sehat dan diberi rezeki yang berkah..Aamiin.

    ReplyDelete

Words of wisdom