25 Perkataan Yang Sepatutnya Boleh Diucap Oleh Anak 2 Tahun. Based on pengalaman mama memang Ada budak Yang jenis lambat bercakap.  Umur dah 2 tahun tapi masih tak jelas apa Yang disebutkan. Orang tua2 dulu cakap kalau budak lelaki bercakap memang lewat. Mungkin Ada betulnya. Ada juga kawan mama Yang anaknya langsung tak bercakap kecuali 2 sebutan tak jelas ayah Dan nenek semasa 2 tahun sehingga pergi terapi dengan doktor. Alhamdulillah sekarang dah bercakap non stop petah kemain lagi dia. So, ini hanyalah panduan saja. Kalau Ada anak Yang lambat bercakap jangan risau ye. Jom tengok apakah 25 Perkataan Yang Sepatutnya Boleh Diucap Oleh Anak 2 Tahun.

Petua mama kalau nak anak cepat bercakap ialah ajak dia berkawan Dan bermain dengan kawan-kawan Yang 2-3 tahun lebih tua. Insya Allah.. sebab kalau dia bergaul dengan budak2 Umur 2-5 tahun ke atas dia Akan lebih terdedah dengan vocabulary baru Dan juga ayat Yang Ditutur Oleh kanak2 Yang lebih berumur Akan masuk ke Dalam otak fikirannya.

Pinjam model anak sendiri sat haha.. Syafi bercakap awal juga sebab Ada sepupu dia Umur 2 tahun lebih tua Yang selalu main dengan dia potpetpotpet aje kerjanya haha

Kajian oleh saintis melalui akhbar Daily Mail merungkaikan perkembangan anak 2 tahun antaranya adalah kebolehan untuk mengucapkan sekurang-kurangnya 25 patah perkataan yang selalu digunakan dalam perbualan harian.

Walaupun kebanyakan anak berumur 2 tahun sudah boleh menggunakan lebih daripada 50 perkataan, terdapat segelintir yang kurang bercakap dan agak sukar menuturkan perkataan.
Berikut adalah 25 perkataan yang sepatutnya boleh disebut atau digunakan oleh anak yang berumur 2 tahun:

Mama, Papa, Baby, Susu, Air, Hello, Bye-bye, Ya, Tidak, Anjing, Kucing, Bola, Hidung, Mata, Pisang, Biskut, Kereta, Panas, Terima Kasih, Mandi, Kasut, Topi, Buku, Nak lagi, Dah habis..

Perlu diingat, bahawa kajian ini dilakukan di luar negara (Pennsylvania, Amerika Syarikat) di mana budaya mereka mungkin berbeza. Jadi, mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi bahasa atau penggunaan perkataan. Namun, kebanyakan daripada perkataan ini adalah bersifat umum. Jika anak 2 tahun anda mampu menggunakan kebanyakan perkataan di atas, perkembangan mereka dianggap normal.

Kesan Anak Lambat Bercakap
Ada banyak sebab seorang anak kecil lambat bercakap. Antaranya mungkin disebabkan oleh masalah pendengaran, isu pertuturan atau ‘speech delay’, serta turut dikaitkan dengan autisme atau disleksia. Oleh itu, sekiranya mereka tidak pernah menggunakan salah satu daripada perkataan ini, atau menuturkan kurang daripada 25 perkataan, mungkin anda boleh membawa mereka berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Walau apa pun, anak anda juga mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan hanya perlu diajak berbual dan bercakap dengan lebih kerap. Menurut Profesor Leslie Rescorla yang mengetuai kajian tersebut, “Sekiranya lambat bercakap tetapi perkembangan anak 2 tahun yang lainnya kelihatan baik, ibu bapa tak perlu panik.” Ini kerana, sebahagian besar anak lambat bercakap adalah ‘late bloomers’ dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Galakkan Anak Berkomunikasi
Pelbagaikan aktiviti lain termasuklah membaca buku, bermain, dan membuat aktiviti yang mereka gemari untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam berkomunikasi.
Jadi, ibu bapa mesti ‘alert’ dengan perkembangan anak 2 tahun. Lebih awal masalah ini dikesan, lebih efektif cara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.

Sumber: zuriat.my