Sate kajang hj Samuri Shah alam dah kena bayar bila tambah kuah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, August 24, 2017

Sate kajang hj Samuri Shah alam dah kena bayar bila tambah kuah

Dari dulu lagi memang favorite food mama ialah sate. Selalu beli sate kat sorang Pakcik Yang jual sate kat warung di kampung mama. Masa muda-muda dulu tak kenal lagi sate kajang. Sate kat kampung kalau dibanding dengan sate kajang memang banyak bezanya. Dulu sate dikampung cuma rm0.30 boleh dapat, tapi sekarang dah naik dah. Bila duduk KL barulah mama kenal sate kajang hj Samuri ni Dan sampai sekarang memang dah jadi favourite mama dah sate ni. Syafi pun menurun Dari mama suka sate ni. Reasonnya senang aje, kuah sate Yang X pedas. Almaklumlah anak teruna mama ni Kan tak makan pedas. So, Kami kalau sekeluarga makan kat sini memang makan kuah mcm Mandi haha.. kalau makan sini mesti topup kuah kurang-kurang sekali. Tapi korang tau tak sekarang ni Sate kajang hj Samuri Shah alam dah kena bayar bila tambah kuah. Ini Kali kedua mama ke sini tapi nasib baik mama tak mkn byk. So, takdelah topup kuah.

Sedapnya sate.. juicy Dan mengenyangkan sebab ayam dia besar-besar

Kuah Yang tak pedas boleh letak sambal tumis utk bagi Rasa pedas pada kuah. Syafi punya sudah tentulah Tampa sambal tumis Tu..

Kalau nak tau, mama kalau makan sate tak suka cicah dengan kuah. Kalau sate mama makan macam Tu je. Kuah kacang Tu mama makan dengan nasi impit Dan timun aje. Makan Pula dengan Sudu. Barulah kaw rasanya.. korang Ada tabiat Yang sama macam mama tak?

Tu harga tambahan kuah. Setengah kilo RM5.90, harga sekilo Pula RM11.70. Dulu mama pernah beli kuah sate sekilo cuma RM10.00. 
So, sekarang dah Naik RM1.70 dah. Ni kat cawangan Shah alam. Tapi mama Rasa kat cawangan lain pun mesti sama juga ni.

Hmm.. nampaknya lepas ni kalau makan sate kajang hj Samuri kenalah berpada-pada. Tak boleh mewah macam dulu dah..

17 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Eh dah kena bayar pulak. Haritu Nani pergi dekat Taman Melawati punya cawangan tak kena bayar lagi.

    ReplyDelete
  3. Inani pergi bila? Ke cawangan Shah alam je yg kena charge?

    ReplyDelete
  4. Kalo kami makan sekuarga sure tk tambah kuah pun sbb mmg jenis suka cicah sikit2 je, baru terasa kesedapan rempah ratus sate tu.

    ReplyDelete
  5. Harga sate kajang pun ni dah naik. terkejut GV tengok sebatang satay dekat seringgit atau lebih tepatnya 0.98 sen. huhu. Tapi GV akui satay kajang sahmuri mmg sedap. kuah dia mmg sedap. Dulu GV selalu beli kat cawangam bangi. cawangan kajang asyik penuh memanjang. huhu.

    ReplyDelete
  6. dah macam tu dah yea...makan kuah pun kena berpada-pada dah..huhu

    ReplyDelete
  7. Mama, setiap kali saya makan sate, tak kira sate apa pun, lidinya saya tak makan.

    ReplyDelete
  8. wahh kaut untung.. dulu dah buat nasi impit dgn timun.. ni kuah pulak.. nak kaya cepat ler tuuuu

    ReplyDelete
  9. Hmm sejak suma benda naik, harga brg2 pun dah mula naik..apapun satey kajang hj samuri memang sedap kan...

    ReplyDelete
  10. alamak.. sate.... ni saja nak bikin mia melting ke apa.... hihihi... untunglah kalau tambah kuah pun nak kena bayar...

    ReplyDelete
  11. Masa 2010 abang ipar bawa ke bangi untuk beli sate kajang. bila dirasa biasa2 je. sate di Lemal, Pasir Mas, Kelate lagi sedap!

    ReplyDelete
  12. kat kmpg saya..nsik lemak nk tmbh kuah pun kena bayar jgk...hihihi

    ReplyDelete
  13. kalau nak tambah sikit2 tak sampai setengah kilo pun memang kena byr segitu eh?

    ReplyDelete
  14. Terliur sis tgk makanan ni, dah lah fav kott

    ReplyDelete
  15. nak makan pun kena berfikir2 kan sekarang ni. semua pun nak naik harga dah. smpai satu masa, rasanya masing2 kena ada ladang & ternak haiwan peliharaan sendiri kot. hihihi

    ReplyDelete
  16. Saya kalau makan sate kajang so far x pernah tambah kuah kacang. Style makan sate kita sama. Sate mkn mcm tuh aje.kuah kacang mkn dgn nasi impit

    ReplyDelete

Words of wisdom