Cubaan prank lagi! - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, August 10, 2017

Cubaan prank lagi!

Alahai anak mama yang sorang ni..Tak berlajar agaknya dari kesilapan dia dulu. Cuba baca sini -- prank-makan-diri . Kali ni dia cuba nak prank mama pula. mentang-mentanglah dia tau binatang yang mama paling tak suka ni.. dia cuba nak prank mama pula guna handphone dia yang screen pecah seribu tu.. Nasib baiklah Cubaan prank lagi ni tak menjadi.. haha

Ni lah dia binatang yang paling mama tak suka, tapi tak tau kenapa dia suka sangat kat mama.. Mama sampai pernah mimpi duduk di satu pulau yang ada binatang ni ajer tau. euwww...

Ada sekali dulu tak tau macam mana masa mama tengah drive tetiba muncul sejenis cicak yang mama tak penah nampak sebelum ni. Dia melekap di dashboard kereta antara aircond tengah kereta tu. Punyalah terperanjat besar mama sampai hampir eksiden dibuatnya.. Eeee.. sampai sekarang mama terbayangkan cicak tu. Serius mama tak pernah nampak species tu. Badan dia lebar, kepala besar dan badan dia... eee.. seram sejuk dah ni.. badan dia macam menggerutu sikit. Bila dia gerak macam slowly tapi badan dia beralun macam ular tu.. huhuuu..

Ingat lagi sambil drive tu mulut mama membebel-bebel bagi warning kat cicak tu suruh dia duduk diam2. Terasa macam dia nak lompat kat mama aje bila2 masa uwaa... Sekali je dia bergerak selangkah tapi mama dah terlompat2 dalam kereta sambil terjerit. Ya Allah betapa horrornya pengalaman tu huhuu..10 minit paling horror dalam hidup mama. Bila sampai opis lintang pukang lari keluar kereta sambil warning cicak tu suruh pergi. Elok nak balik kerja petang tu dia dah takde. Misteri betul cicak tu sampai sekarang mama tak tau dari mana dia datang..

Aikk, terpanjang pula cerita pasal binatang yang paling mama tak suka, tapi dia suka pada mama haha.. sebab dia suka kacau mama dan kalau kat rumah tu pun selalu terperanjatkan mama. Banyak lagi cerita bagaimana binatang ni memunculkan diri tapi takpelah simpan ajer.. mungkin satu hari mama cerita. badan dah sejuk panas.. sejuk panas.. dah ni hehe

Nasib baiklah syafi bagi disclaimer dulu sebelum prank mama. Ayat dia macam ni, "Mama, dalam ni ada binatang yang mama tak suka.. mama nak tengok tak"

Nasib baik dia cakap macam tu sebelum bagi handphone dia kat mama. Kalau tak, nasiblah handphone dia, bukan screen aje yg pecah, kang terus hancur mama kerjakan.. Adoi laa anak mama sorang ni. Mama siap marah cakap "Syafi tak berlajar lagi ke macam mana screen handphone boleh pecah haritu".

Lepas tu, dia pun remove application tu.. fuh, legaa...

25 comments:

  1. adik saya pun pernah ada cicak masuk dalam kereta dia..mmg masam mencuka muka dia sbb ada benda ni dalam kereta..

    ReplyDelete
  2. hehehe.. comel je prank dia tu

    Review saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi

    ReplyDelete
  3. Oh! baru tahu Mamapp fobia cicak rupanya.
    Mujur Syafi bagi amaran dulu ya kalau tak mesti menjadi prank dia

    ReplyDelete
  4. Kita pun minggu lepas tiba2 je anak cicak muncul atas cermin keta. Anak no 3 terus menangis meraung2 takut. Nasib baik Umi dia tak takut hehe...

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya bukan takut, tapi geli geleman

    ReplyDelete
  6. hahaha kasihannya..

    kena prank..

    mesti terkejut sakan mama Pipie

    ReplyDelete
  7. saya cicak ok lagi...kalau lipas, lintang pukang saya lari kalau nampak..

    ReplyDelete
  8. Gahaha...rasanya kalau cicak si yaya mesti lagi suka...suka betul dia tengok ccicak...haha

    ReplyDelete
  9. Hihi....nak manja manja ngan mama tu.
    Saya kalau dgn cicak ni tak delah geli sangat. Kalau ulat mmg saya tak boleh...

    ReplyDelete
  10. haha..sabar je la...nasib syafi warning awal2..klu x, mmg retak 1000 la pecah skrin tu...

    ReplyDelete
  11. sy pun tidak suka cicak kak huhu T-T pernah nampak cicak masuk dlm tin susu.. nasib baik sempat tgok cicak masuk dlm .. seram bila ingat balik

    ReplyDelete
  12. Mamaaaaaaaa....afb tu apadia...haha

    ReplyDelete
  13. hihi tak suka jugak..suami saya pun ada dload screen gitu..mmg kite tak sentuh la phone dia huhu

    ReplyDelete
  14. amboi sukanya dia sakat mama dia...bijak

    ReplyDelete
  15. ahahahah geli punya pasal eh mama..sy pon geli gak

    ReplyDelete
  16. Hahaha....samalah dgn mimi..ari tuh nak basuh pinggan terus mimi jerit alaaaaaaa sambil vampak span dlm sinki. Hubby tny knp.mimi ckp cicak dlm sinki...padahal cicak tuh kecik je...tp dah nama pun cicak ko beso ke kecik cecoet ke tetap geli

    ReplyDelete
  17. Assalaamu'alaikum wr.wb, Mama Pipie....

    Lucu membaca pengalaman mama di atas. 10 minit bukan masa yang singkat bersama si cicak yang pelik dan mengecutkan hati ya. Saya juga geli dengan cicak. Reaksi saya pun sama dengan Mama kalau lihat cicak ni. Anak pula rileks aje pegang cicak.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  18. Sesiapa yg fobia cicak mesti faham perasaan mama Kan.. huhuu.. tapi korang yg fobia lipas kenapa ye? Tang mana fobianya? Lipas xdelah badan feli2 mcm.cicak. saje nak tahu hihii

    ReplyDelete
  19. sibbaik x kene bekhen anak mama tu kann., hahar2

    ReplyDelete
  20. Kalau mama tgk cicak tokek yamg saiznya macam anak kucing tu mesti mama boleh pengsan. GV pun geli ngan cicak. huhu.

    ReplyDelete
  21. Alahai.. Sha pula yang geli nengoknya.. Binatang nie memang menjadi kefobiaan Sha.. Ngeri.. Sep sikit mama.. Hehehe

    ReplyDelete
  22. Cicak tokek? Nauzubillah xmau jumpa huhuu. Sep Sha sikit. Yeay Ada grng

    ReplyDelete

Words of wisdom