9 Ayat Al-Quran Menghadapi Kesempitan Hidup - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, August 25, 2017

9 Ayat Al-Quran Menghadapi Kesempitan Hidup

9 Ayat Al-Quran Menghadapi Kesempitan Hidup. Sebagai manusia biasa, kita tak dapat lari dari kesempitan hidup. Kadang-kadang bila di tengok-tengok semua perkara dah lengkap seperti rumah, anak, suami/isteri tapi masih lagi ada rasa tak cukup. Pernah tak terasa macam tu? Ada juga yang Allah berikan kesempitan hidup sebagai dugaan. Bahaya juga sebab kalau iman kurang, kesempitan hidup boleh menyebabkan perlakuan jenayah dan juga melanggar tatasusila Islam. Mama pernah melawat dan berjumpa dengan satu keluarga yang sangat susah, dengan si ayah menghidap HIV (dah meninggal pun) dan baby yang baru lahir juga disahkan menghidap HIV. Adik beradiknya pula ramai sehingga bersumbat sampai 12 orang dalam rumah PPR yang sempit (atuk & nenek jaga). Akibatnya, anak-anak selalu keluar dari rumah dan akhirnya terlibat dengan gejala sosial seperti dadah. Kesian sangat kat diorang. Bagi yang menghadapi kesempitan dalam hidup mari kita renung-renungkan pesanan Allah dalam Al-Quran ini. 9 Ayat Al-Quran Menghadapi Kesempitan Hidup. Jawapannya tentu di sini.




Apabila kita menerima sesuatu dari orang yang kita sayang, kita rasa gembira. Rasa excited yang amat. Malah ada yang melompat-lompat. Tanda keterujaan.

Allah menurunkan surat cinta-Nya kepada kita. Disampaikan oleh Rasulullah (baca selawat). Lalu apakah perasaan kita tatkala membaca surat cinta ini?

Seorang guru beritahu anak muridnya,
“Apabila kamu memikirkan sesuatu, bukalah Al-Quran. Secara rawak. Lihat ayat yang kamu nampak. Kamu akan menemui sesuatu”.
Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi 9 ayat Al-Quran yang memberi inspirasi. Menguatkan semangat dan tekad. Bagi meneruskan perjuangan dakwah. Bantu kami sebar luaskan perkongsian ini.

9 Ayat Inspirasi Dari Al-Quran
Dan Sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Surah Al-Baqarah: 155)


Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.
(Surah Al-Baqarah: 172)


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah: 216)


Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Surah Al-Insyirah: 5-6)


Barangsiapa berhijarah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.
(Surah An-Nisa’: 100)


Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
(Surah At-Talaq: 2-3)


Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.
(Surah Saba’: 39)


Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah Ar-Ra’d: 11)


Allah maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya. Dia memberi rezeki kepada yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang maha kuat  lagi maha perkasa.
(Surah Asy-Syura: 19)



Sumber: ILuvIslam

15 comments:

  1. Ayat Al-Quran ni kalau di hayati memang masuk ke dalam jiwa kak. Bila diceritakan tentang syurga rasa nikmatnya. Tp bila cerita pasal neraka dan siksa Allah rada gerun sampai sesak nafas di buatnya. Semoga kita tergolong dlm golongan yg beroleh syafaat Al-Quran di sana nanti.

    ReplyDelete
  2. semoga kita sentiasa ingat Allah tak kira masa, sama ada ketika senang atau pun susah. setiap kesempitan itu Allah pasti akan tunjuk jalan yang luas asalkan jangan berhenti usaha kerana-Nya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus dan sangat bermanfaat untuk sama-sama kita amalkan....

    ReplyDelete
  4. bagus sangat ayat2 ni mama...boleh dijadikan rujukan nanti

    ReplyDelete
  5. al quran memang ubat terapi jiwa .. manusia tidak lari dari ujian hidup.. semoga kita semua tergolong ke jalan yang diredhai NYa

    ReplyDelete
  6. Ujian dari Allah SWT dan solusi juga dari Allah SWT melalui al Quran.

    ReplyDelete
  7. Boleh kita amalkan sesama :) Thanks for sharing mama

    ReplyDelete
  8. menangis Ain baca ayat2 ni mama. terima kasih share. :)

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg sangat bagus n bermanfaat ni mama.. thankz mama..

    ReplyDelete
  10. syukran..sesunggguhnya mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang..

    ReplyDelete
  11. Tq atas perkongsian ni...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete

Words of wisdom