Wednesday, July 26, 2017

Taiwan Original Cake One Utama

Sorry mama kebizian dengan submission ke German tu. Tak berapa sempat nak balas kunjungan. Cabaran pertama mama Apa-yang-membuatkan-mama-sibuk-sangat. Sekarang cabaran kedua Pula ialah untuk memilih 60 helai printed copies Yang setiap helainya kena memenuhi 120++ requirement certification. Boss mama Pula MC 3 minggu  sebab tulang retak akibat terjatuh, maka bertabahlah mama menguruskan department Dan juga urusan certification seorang diri. Pulak Tu macam-macam Pula kejadian Di opis Tu.. takpelah mama pasrah Dan buatlah kerja sehabis daya Yang mampu.

Masa post Raya Schawal Tu mama Ada bagitau Yang mama ke one  utama selepas Majlis Tu Kan. Sebenarnya tujuan ke one utama kerana melayankan ayah Syafi teringin sangat nak makan Taiwan Original Cake. Buat pengetahuan korang Taiwan Original  cake one utama adalah cawangan Yang ke 5 Di Malaysia tau. Baru je launch pada 17/6/17.

Asal dari episode mengidam ayah syafi berpunca Dari video Di FB. Keknya dah la besar pastu dipotong2 Dan dimasukkan ke Dalam kotak Oleh pekerja. Kek tu nampak sgt gebu sampai timbul keinginan nak merasa.

Pemandangan depan kedai. Nasib baik tak ramai sangat Yang beratur. Kalau nak tau kedai Taiwan Original Cake ni terletak Di bahagian center court, tingkat 2 Dan sangat hampir dengan aeon bahagian laptop Dan handphone Tu.

Alamak nampak selera sekali. Ada 3 jenis flavour je Yang dijual. Sebelah kanan ialah cheese flavor. Sebelahnya pula original flavour. Satu lagi adalah frozen chocolate flavor.

Proses potong kek. Memang geram tengok kek Yang gebu gebas ni. Meleleh-leleh chese Tu eee geramnya

Kek Yang selamat masuk Dalam kotak. Besarnya kotaknya.. 

Order kek, tunggu pack Dan terus bayar

Ni adalah kek Yang mama beli - frozen chocolate. Sedap kek ni sebab kurang manis dan.kat Dal Tu Ada diletak coklat tau

Ni satu lagi kek Yang mama beli. Cheese flavor. Alahai beli sampai 2 no sapa lah Yang nak perabih..

Harga Taiwan Original bagi kwtiga-tiga jenis flavour seperti Di atas. So, total Yang mama beli semuanya cuma RM45 je.

Kek.ni terlalu besar, jadinya mama potong separuh setiap satu Dan bagi pada mak mertua Dan kakak ipar.sampai harini Ada lagi tau kat rumah mama. Ayah syafi bawa ke office. Rasa Taiwan Original Cake ni sedap juga tapi masalahnya tak boleh makan banyak sebab muak. Byk telur agaknya..

So, kalau korang nak merasa Taiwan Original Cake ni bolehlah pergi ke Salah satu dari cawangan ya Di Malay:

Original Cake - Sunway Velocity
3-29, 3rd Floor, Sunway Velocity Mall, 55100 Kuala Lumpur

Original Cake - Sunway Pyramid
F1.78, F Floor Blue Atrium, Sunway Pyramid, 46150 Bandar Sunway, Selangor

Original Cake - One Utama
S121b, 2nd Floor, One Utama Shopping Centre, 47800 Bandar Utama, Selangor

Original Cake - Queensbay Mall
3F-23 , Queensbay Mall, 11900 Bayan Lepas, Penang

Original Cake - Gurney Plaza
170-B1-16 , Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 Penang










21 Responses so far.

  1. nini says:

    Seriusly sedap nengok kek tu...terliur fah ni..haha

    Bz yer mama..enjoy working...hihi

  2. Tgk je pun dah tau sedap. Gebu pulak tu. Nak cuba juga lah nanti.

  3. Amboi gebunya kek. Terliuq aih!

  4. Mia Liana says:

    tengok je pun dah nampak sedap...

  5. E'in says:

    nie laa kek yang tengah viral sekarang tu kan.. kat jb pun dah ade tapi e'in tak try lagi.. hihi

  6. Ala...teringin pulak nak makan...gebunya kek tu kannn..mesti sedap giler

  7. kek taiwan ni cam best jew Mama. Mesti sedap. Tapi xtahu nape teringat Murtabak Indonesia bila tgk kek taiwan ni. huhu.

  8. Wow murah tu, 2 jenis baru rm45, berbaloi2, cuma me, hubby and ank2 bukanlah penggemar kek, hehe

  9. dah viral kek ni,,nak bukak cawangan baru nanti dkt ioi

  10. mrhanafi says:

    Wow.. Kek yang sedap giler.

    Macam mana pula saya tahu..

    Tengok gambar hehehe

  11. Wah sedapnya. Nak kena cari gak ne

  12. dh merasa yek kek yg viral nih....

    kalu nengok kt video tu mmg melelh2 air liur nengok.... nmpak kegebuan kek nya tuh...

  13. nampak fluffy nye kek ni..

  14. sedapnyaaa! terliurr

  15. alahai sedapnya lah Taiwan Original Cake.. nampak gebu ja. Ada kawan gak post kat FB.. terliurr nengok.. haha

  16. Terliur pulak bila tengok gambar kek walaupun saya bukan penggemar kek...

  17. ada kat Gurney tu pergi ramainyela orang. hehe.. tak dapat lagi merasa tengok kat video je kek gedik2 hehe..

  18. lembutnya nampak kek tu mama. sedapnya. dah la tengah lapar ni.

  19. Rasya says:

    wau nampak sedap!

  20. mamapp says:

    Nampak sedap kan.. Rasa pun sedap jugak tau

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors