Monday, July 24, 2017

Open House Schawal Dan sambutan harijadi Lara Alana

Nampaknya Kita dah dipenghujung syawal. So, semalam memang ramai Yang pulun buat open house. Mama nak cerita tentang open house penutup bagi mama pada tahun ni. Open house Schawal.. atau sekarang boleh Di panggil juga Schawalara...haha comel Pula bunyinye. Masa raya kedua sebenarnya mama dah pergi beraya ke rumah ibu bapa awal, auntie aisyah Dan uncle ashaari tapi masa Tu awal takde. Sepupu Yang pergi Raya ketiga sempat jumpa awak tapi masa Tu mama dah balik ke Johor. So, ni barulah berpeluang berjumpa Schawal Raya ni

Kalau Ada Yang dah tengok gambar Di fb semalam mama dah upload beberapa pic tapi Tu cuma upload sikit aje, saja nak masukkan banyak sikit gambar ekslusif Dalam blog ni. Nak upload semalam battery handphone Pula dah habis, maka bertabahlah mama tunggu harini baru nak buat entry. Mana taknya selepas Majlis open house, Kami pegi ke hospital untuk melawat kawan ayah Syafi Yang admitted di Tropicana medical centre, pastu boleh Pula berjalan ke one utama lagi sampai kul 10 Malam baru sampai rumah.

Tapi sebelum Tu mamai warning ye, entry Kali ni byk gambar. So jangan boring ye haha.

Mama dapat jemputan ke open house Schawal melalui kakak awal Yang mama panggil kak Lynn. Disamping open house dibuat juga sambutan birthday Lara Alana Yang comel Tu. Birthday Lara Yang ke 3 tahun genap 22 julai iaitu semalam. Birthday Lara Dan kak Lynn sama rupanya. Alahai sekejapan aje Lara dah 3 tahun. Rasa macam baru semalam je pergi ke wedding Schawal Yang hilang gemilang dulu. Kalau nak tau boleh baca kat sini  Kad-perkahwinan-awal-scha Dan  Wedding-schawal-di-picc

Jom layan gambar.. 


Jemputan Yang mama terima

Gambar retis Dan Kami Yang tak berapa nak retis ni haha.  

Gambar 5 tahun lalu masa Schawal wedding. Ada beza tak? Apsal gambar semalam nampak mama makin ketot? Adoii

Rajin awal melayan tetamu. Dulu masa kahwin pun datang ke meja Kami juga

Sambutan birthday Lara Alana. Cantiknya keluarga ni. Lara malu2 sikit. Best juga kat tingkat atas dewan ni khusus untuk kanak2 Ada clown buat belon, Ada magic show Dan Ada playground

Syafi mulanya taknak join amik gambar, tapi mama paksa juga suruh masuk

Tetiba Syafi berada Di bawah ketiak uncle awal haha. Nasib lah nak. 

Saje ambil gambar ni sebab mama suka fresh flower tu

Antara makanan Yang Ada. Banyak lagi Yang tak termakan. Laksa, pasembor, roti John,kambing golek, lemang, ketupat palas, rendang, kuey teow, new goreng ohoii banyaknya makanan. Semuanya Dari kuzie katering. Yang bestnya Ada satu Peti ais yakult. Ambillah banyak mana Dan minum sampai puas. Yakult memang kegemaran Lara 

Kek birthday Lara Alana. Tu dia sampai 5 bijik termasuk Yang sponsored

Awal Dan nabila huda tengah karaoke. Ada beberapa lagu diorang nyanyi. Sedap suara. Majlis Di MC Kan sendiri Oleh awal. Dah dia selalu jd host boleh sangatlah host Majlis sendiri kan

Haa.  Yang ni Lara memang suka. Kalau budak swusia dia memang lah suka main lompat-lompat macam ni Kan. Si raissa, sepupu Syafi Yang pecahkan henfon pun Ada Dalam pic haha..

Mama, kakak ipar Dan Scha. Hurmmm.. mama ke Yang palik gumuk? Huhuu..

Selfie Jap dengan Scha. Tq Scha tolong tekan butang camera

Terjumpa liyana jasmay Yang comel sangat. Macam anak dara. Artist lain mama tak sempat ambil gambar dengan diorang padahal asyik tertembung aje seperti Dinas, AG, nabila huda dan Ada Yang mama tak tau nama diorang ahaks.

Rasanya itu jelah mama nak kongsikan. Kalau Ada Yang tertanya-tanya apa hubungan Schawal Dan  kami, sebenarnya awal adalah sepupu husband mama. So Lara Alana adalah 2 pupu Syafi la Kan. Apapun. Terima kasih kepada awal Dan Scha semoga kamu berdua dimurahkan lagi rezeki ye.



40 Responses so far.

  1. Alhamdulillah dah 3 tahun Lara..Schawalara tak pernah tak meletop.Moga hubungan keluarga ini senantiasa dilimpahi keberkatan dunia akhirat.

  2. nini says:

    Wahhhh bestnya dapat jumpa lara...kita suka tengok keletah si lara ni...hihi

  3. bestnya..anak gee yang 3 tahun ni minat sungguh kat lara tu..kejap2 nak tengok cerita lara oh lara tu..haha

  4. nohas says:

    meriahnya...open house + birthday party...

  5. schawal very humble.. tak tau kenapa ada yang cakap diorang ni sombong..

  6. Mrs. A says:

    Happy birthday Lara, meriah sungguh open house sekali dengan birthday celebration.
    Lain pula muka Liyana Jasmay hampir tak kenal kalau tak baca memang tak tahu.

  7. Wahhhhh...baru tahu Mama ni kaum kerabat Awal dan Scha. hihi. Glamour giteww Mama. hihi. :D

  8. Wah baru tau lara ne 3 Tahun sebaya anak miza yang kedua ne

  9. Wah bestnye gi open house schawalara

  10. meriahnya open house schawalara... tak pa sis nampak ketot tu seksi bg kita org ppuan dh beranak tu biasa... hehe

  11. meriahnya...lara alana comel sangat

  12. meriah mahlisnya, cantiknya shca

  13. bestnye !! tapi lagi best tengok Lara Alana tu.. hee~ tembam bulat.. geram !!

  14. Seronok tengok gambar Mama.. Moment yang disimpan sebagai kenangan..

  15. Malu2 pula ye Syafi. Hehe. Awat lain muka liyana jasmay tu. Ingt sapa lah td

  16. Rasya says:

    Banyaknya kek Lara! Setuju dengan komen kak Ana. Muka Liyana Jasmi dah lain.

  17. wahh untung mama...bergandingan dgn retis lagi...ehh gambar akhir tu Liyana Jasmi? lain sesangat sbb awal tahun terserempak dgn dia nampak sama mcm dlm tv tp yg ni..mmg sgt2 lain...

  18. mrhanafi says:

    dah macam retis..

    artis ini sepatutnya boleh trending di media sosial baru best

    boleh tumpang glamer.

    seronok sangat tengok pasangan Awal dan Scha..

    cantik dan hensem giler

  19. mamapp says:

    Lain ye muka liyana jasmay? Tp secara live sama. Mungkin pencahayaan kot. Anak liyana comel Sgt, sama mcm mak dia. Penutup Raya mama ni lah mama makan paling byk sampai Naik sekilo haha.. apapun mmg seronok sgt pergi Majlis ni cuma kurang seronok sebab ramai makcik Pakcik dan cousins tak dpt dtg

  20. Wah bestnya jumpa lara....suka tengok keletah dia dalam program.

  21. best sesekali dpt jemputan macam ni...

  22. Bestnya mamapp..
    Beraya dgn retis..
    Scha dgn awal sgt freindly kan..

  23. wah happeningnya dapat join jamuan raya dengan retis2. yes, setuju, cantik sangat family schawalara ni. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

  24. Wahh bestnya boleh jumpaaa lara. Suka gila tgok lara kt ig. Memang tak pernah miss. ๐Ÿ˜˜

  25. wahhh bestnya...scha cantik!

  26. waahhh... untungnya dapat jumpa Scha dgn Lara Alana.. :)

    ...

  27. wahh seronok ya sis dpt jemputan open house sekali sambutan birthday Lara.. meriah sangat... :)

  28. waaah meriah nya openhouse ngn bday tuh.....
    menu pun mcm2.... majlis bday pun nampak suweet ngn color gitu tak over sgt ...
    kek2 sampai 5 biji tu pun comei2 semuanya

    akak tu makin lama makin gojes apa kt gambar tuh....

    cantik liyana jasmay mmg nampak lain....

  29. Ira says:

    Bestnya.. Meriah betul majlisnya..
    Syok la mama, dpt jumpa artis lain juga.. Hehe..
    Liyana jasmay nmpk lain.. Cantik..
    Budak2 memang seronok la kan, ada playground lagi..

  30. Wahh!. Mama!. Sedara artis giteww!.

  31. Wow, peloles sgguh wajah si scha tu yea, retis kan, mesti lah jaga penampilan.
    Meriah sungguh majlisnya, mcm2 makanannya.

  32. Kagumnya tengok kecantikan Scha tu...

  33. heheheh...sakan beraya ye mama..hihihi..kadang sally bila pi event kan takde perasaan dah tgk artis..LOL..mealmpau kan? :P

  34. Adam says:

    banyak gambar kan bagus. pembaca nak tengok open house. tak perlu warning mama. sebab ramai yg nak tengok gambar.

  35. Adam says:

    Mamapp balik johor, kat mna tu. Entah2 kita se kampung?

  36. Alahai cantiknya Scha tu.. Mai memang minat dia dari anak dara, artis cantik yang tak cover cun.

  37. mamapp says:

    Mmg puas Hati sekali sekala jumpa retis ni.. mama ni xsuka mekap, mungkin bila pakai lipstick sikit Dan bedak tebal sikit nampak lain haha.. apapun mmg Schawal sgt humble Dari dulu lagi. Lara Pula mmg comel Dan suka main lompat2 haha.. agak cuak juga dia dgn clown. Biasalah budak kan

  38. salam kenal mama dari Qekra. wow, bestnya dapat beraye dengan retis ;)

  39. mamapp says:

    Salam kenal azura hihi

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors