Perkembangan Di sekolah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, June 22, 2017

Perkembangan Di sekolah


Dah lama sangat2 tak update tentang anak kesayangan mama ni. 2 hari lepas mama ke sekolah untuk ambil report card bagi peperiksaan pertengahan tahun 2017. Walaupun mama dah tau keputusan Dan kedudukan Syafi Dalam kelas melalui SAPS ibu bapa, tapi mama ambil halfday leave juga. Nak juga jumpa guru kelas Syafi Dan ambil tahu perkembangan nya Di sekolah.

Sebenarnya mama tak pernah memaksa Syafi berlajar untuk dapat no 1. Dulu masa darjah satu merasa lah dia dapat no 1 Dalam kelas Dan juga no 1 Dalam darjah. Masa darjah 2, dapat no 14 tapi sekolah agama dapat no 2. Mama x pernah marah dia dapat no apa pun. Yang penting dia kena faham pelajaran yg Cikgu ajar Dan jangan tak buat homework (ni susah sikit, perlu close monitoring Dari mama.sebab selalu kantoi tak buat homework especially matematik). Masa darjah dua dulu mama cakap dgn ayah Syafi, Syafi pandai tapi Ada 13 budak lg pandai dari dia. Abistu kita nak buat macam mana. Sebab budak perempuan Yang dapat no 1 Tu banyak matapelajaran Yang dapat 100%.

So, dengan keputusan mid term seperti di atas sebenarnya mama Rasa ok saje. Cuma matetatik dengan jawi memang kena polish lebih sikit. Matematik Tu sebab dia jarang buat latihan, jawi Pula mmg dia lemah sikit sebab sekolah agama markah jawi pun rendah juga. Tapi Yang pelik ya Bahasa arab boleh Pula score sampai 100%. Kalau Ada subjek lukisan pun gerenti result x berapa baik (Tangan kurang seni)

Alahai anak, mama sentiasa doakan Syafi terang Hati senang faham pelajaran. Teringat conversation mama.dgn ustazah guru kelas dia aritu. Ustazah kata, "Syafi ni sangat pendiam orangnya, tapi tak sangka pelajaran dia bagus"

"Dia anak tunggal Kan.. tak sama dengan sorang kawan.dia yg anak tunggal juga (perempuan) Yang mulut becok kemain".

Mama Pula jawab, "Cikgu, percayalah.. kat rumah tak pendiam langsung!"

Haha... Dari tadika mmg Cikgu cakap gitu. Teringat teacher ikki guru kelas masa 6 tahun di tadika... dia cakap "Syafi kuat dreaming. Masa Cikgu ajar kat depan, dia dreaming sorang-sorang tak tau lah dia dah sampai mana. Bila panggil Nama baru kelam kabut tengok Cikgu, macam baru bangun tidur"

Haha.. Syafi..Syafi.. kadang2 kelakar juga dengan dia ni. Apapun mama sentiasa doakan Yang terbaik untuk awak, sayang..

Budak yang sedap dipeluk. Hatta menjadi kesukaan atok2 disurau tiap-tiap Malam masa sembahyang terawih :)


16 comments:

  1. Good boy..msemangatnya dia.. keep up a good work ye...

    ReplyDelete
  2. bagusnya prestasi dia adda.. insyaAllah syafi terus berjaya.. dan acik doakan jugak syafi bakal dapat adik ye nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Win komen acik ita. Amin yrba. Thank you ita

      Delete
  3. Saya setuju jagan paksa anak dpt no 1.
    Itu terbaik.

    ReplyDelete
  4. bagusnya mama syafi. and I wish Syafi the very best in his studies.

    ReplyDelete
  5. Semoga Syafi terus berjaya.. Aamiin..

    ReplyDelete
  6. Amin yrba. Tq mendoakan anak mama.ye

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah bagus dah result syafi tu. tahniah syafi. good job :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah bagus dah result syafi tu. good job syafi. tahniah! 👏👏👏

    ReplyDelete
  9. Hope to hear lots of good happenings to you...

    ReplyDelete
  10. tabiat yang baik,gigih dan semangat mesti dikekalkan..

    ReplyDelete
  11. Pandainya anak akak :D Semoga dia terus berjaya :)

    ReplyDelete
  12. terbaik....semoga terus berjaya dunia dan akhirat...wahai pemimpin masa depan

    ReplyDelete
  13. hebat la Syafi.. tahniah buat syafi dan mama.. tak kisah dapat no ape dalam kelas or darjah.. dpt konsisten semua A pun dah cukup bagus kan.

    ReplyDelete
  14. Tq semua.. pandai pun nak kena polish bukan terus pandai hehe

    ReplyDelete

Words of wisdom