Friday, October 9, 2015

Dua murid orang asli SK Tohoi ditemui selamat

Mama takde lah folo sangat cerita tentang kehilangan 7 orang anak org asli ni tapi everytime keluar berita mama mmg sentiasa doakan mereka selamat. Kesian mereka.. kecik2 lagi dah hilang dlm hutan. Kalau tak silap 2 orang meninggal kan. Sorang tinggal rangka dan sorang lagi dah mereput.. Alhamdulillah ada juga yg hidup walaupun keadaan mereka sgt kurus serupa anoreksia dah tu. Refer gambar credit to hmetro.com.my. semoga balance lagi 3 org dapat ditemui dlm keadaan selamat. aminn

Dua murid SK Tohoi selamat

Gua Musang: Dua murid perempuan SK Tohoi, di sini yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah di kawasan pencarian di tebing Sungai Mas dekat Pos Tohoi, hari ini.

Mereka dipercayai Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10.

Turut ditemui kira-kira 11.30 pagi tadi, mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti.

Difahamkan ketika ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR), kedua-dua mereka hanya terbaring lemah dengan keadaan muka yang cengkung.

Mereka dibawa ke pusat kawalan operasi di Pos Tohoi untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira 2 petang tadi.

Berikutan itu, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.

Pada 3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.

Mayat Sasa ditemui pada 7 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memaklumkan kepada petugas keselamatan

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83757#sthash.1kXYOXFQ.dpuf

 

3 Responses so far.

  1. alhamdulillah hidup atau sudah tiada..telah ditemui..

  2. Putri says:

    Alhamdulillah...sedih bila tengok bapa yang kehilangan anak.memang kita x jangka...anak2 pergi dulu
    semoga lagi 3 orang berjaya ditemui dgn selamat

  3. Dewi Aja says:

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 355555 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors