Friday, June 25, 2010

Perangai pelik anak aku akhirnye terjawab..

Nak tau tak? Start hari rabu yg lepas aku dah terasa pelik dgn perangai pelik syafi. perangai ni semua dia tak penah nak buat tau sebelum ni:
  1. asyik menangis2 nak keluar dari rumah. alasannye sama ada nak pegi kejer, ataupun dia asyik sebut2 nama aku ajer. dia start menangis hari ahad, sehari selepas aku ti lost world of tambun..
  2. Kalau menangis tu mmg tak boleh pujuk, dia menangis secara konsisten n merengek2 nak keluar..
  3. Pantang kalau ada org kt gate luar, mesti dia dh standby nak keluar.
  4. Tanak makan, tanak minum susu asyik nak nangis ajer..
  5. Kalau nangis kekadang dia pandang2 ke satu arah.. 
  6. tak suka duk dalam rumah, dia duduk luar rumah ajer sepanjang siang..
So, hari rabu tu aku berjumpa dgn opismate aku, seorg abang yg alim gak. pastu aku tanya2 pada dia.. dia kata syafi nampak "sesuatu". dia bgtau "menda" tu ikut aku sebenarnya.. tp bila aku bersama dgn syafi, menda tu akan ganggu anak aku plak.. yg seramnya dia kata masa aku berborak dgn dia tu, menda tu pun ada sekali. perhati ajer.. huhuu.. so, abg tu ajar aku utk pasang surah albaqarah, surah al-a'raf & ayat ruqyah dalam bilik.. biar satu bilik boleh dengar. kalau kt living room pun sama.. pastu baca al fatihah n hembus pada air / makanan syafi.

so, balik dari opis tu, aku pun praktikkan apa yg abg tu suruh.. mmg ada perbezaan. syafi back to himself. terus dia cari sepupu dia nk main. pastu minta susu n minta makan.. sebelum ni susu suku ajer dia minum. mlm tu alhamdulillah satu botol lebih..

so, semalam hari kamis aku jumpa balik dgn abang tu, aku tanya "menda" tu ada lagi ke since syafi nampak cam dh ok. dia selamba je jawab "adeee..."

so, aku nekad nak bawak syafi gi berubat. sebab ptg semalam lepas balik dari kejer, bila dia nampak aku jer terus dia menangis2 balik cam sebelum ni... pujuk pn tak mau. padahal tok dia bgtau dia ok semalam. leas nmpak aku jer terus nangis2 satu malam.. so, aku pn gi syifa alhidayah semalam.. ada hj lokman & ashraf muslim. diorang shkan ada gangguan.. so, aku diberi ayat quran utk dibaca. maghrib surah al-arrad ayat 30-43, 3 kali. lepas subuh plak surah yunus ayat 48-61, 3 kali. ni malan utk 3 minggu. doa-doakanlah semoga anak aku pulih semula..

aku cuti hari ni. nak jaga syafi. skrg ni lom bgn lagi. demam n batuk plak budak tu.. bila aku fikir2 semula aku teringat masa kat tambun harituh, kitaorg ada masuk gua Kepura. pastu kt dalam sana aku ternampak cam satu opening. aku ingatkan pintu gua utk turun ke dalam gua. pastu aku pn gi la dekat dgn opening tu. ada byk daun2 kering kat situ. bile aku sampai ajer aku nampak lubang tu sebanarnye kecil ajer. tak muat pun org nak lalu. pastu, tetiba je  aku rasa semacam tau.. rasa menyirap campur seram sejuk. masa tu aku terus ajak hubby keluar jalan tempat lain.. ni gambar yg sempat aku snap masa kt kepura cave tu..


so, kawan2 marilah kite sama2 jadikan pengajaran.. kalau pergi tempat2 baru tu, jgn pergi tempat yg org jarang lalu lalang. sentiasalah beri salam sebelum masuk sesuatu tempat..kalau boleh baca ayat kursi sebelum memulakan apa2pun yek.. ok itu saje.

14 Responses so far.

  1. adoi..kesiannya kat syafi..harap syafi akan ok sepenuhnya..mungkin sebab kat gua tu gak la agaknya..apa2 pun,doa byk2 ye..

  2. Ya ALya says:

    seperti yg ya gtahu oada entry yg lepas,pasal anak ya sara,memang terjadi pada sara,tp sara tak menangis sebaliknya sara bercakap dengan benda tu selama 2 hari,tu yg terus bawa sara berubat....

  3. macam tu rupanya. bila dah tahu punca tapi agak seram jugak. my sis baru2 ni pergi berubat dgn ustaz jugak. baru tahu rupanya selama 5tahun ni dia selalu resah gelisah sebab ada sesuatu tumpang badan dia. sbb tu kdg2 sikap dia jadi pelik2. suruh berubat tak mahu. nak jadi rezeki je kebetulan nak mintak air tawar untuk anak dia, ustaz tu tawar nak ubatkan dia. alhamdulillah si penumpang tu dah berjaya dikeluarkan. nasip baik my sis ni kuat semangat orgnya. coz ustaz tu ckp kalau tidak setengah org blh jd gile. tu psl ada kes dlm paper dgr suara gahip la suh buat jahat la. nauzubillah...

    syukur alhamdulillah adda berjaya hadapi rintangan ni. semoga syafi terus dilindungiNYA, amin...

  4. Nurhayati says:

    sian syafi..mesti dia traumakan.
    itu la kalau kita nak pegi mana2.. kena berhati2 nak nak kalau bawak budak kecik. pastu orang tua ada kata jgn pegi tempat yg berbatu dan air.. cam air terjun..sbb ada makhluk dok kat situ. sama la ngan caves. :)

  5. Zaidah says:

    semoga syafi cepat sembuh...seram plak...makhluk halus nie memana adekan...so kekadang kita terkacau tempat dia..tu yang dia marah tu...

  6. siannya Syafi..harap tak lame lagi die fully recover la..mujur gak ade abg ofis adda yg inform psl gangguan tu awal2 kan..

  7. waaa.. menyeramkan.. hope semuanya kembali sperti sediakala =)

  8. Rozita says:

    tempat tu mmg ada something la adak..ni cite dari kawan aku la..bilik n resort dia pun sama...tempat selalu kosong biasa mmg ada yg menginap kan...

  9. adda says:

    tu la, lepas ni kena beringat kalau nak pegi mana2 pon. ingatkan dpt release tension pergi outside klang valley. lg tension ade lagi hik hik hik.. sabar je la byk2.. alhamdulilah ada perubahan sket lepas jumpa hj lokman. harap2 lepas ni lagi ok la

  10. kakyong says:

    oohh.. ada kawan yg kacau syafi rupanya...

    kami tak penah lagi baw anak2 ke situ.. suami kata tempat tu memang keras..

  11. Adyshariz says:

    sian syafi, aisha pon dh penah kene camni.. letih giler kite d buatnya, smua tak kena..

    skrg ni kalau time maghrib mmg x kasi hariz duk luar rumah.. slalu pesan camtu kat pengasuh jugak..

    skrg aisha amalkan, sblum tido bacakan ayat 3 qul, ayat kursi dan azan, pastu hembus kat telinga kiri dan kanan.. insyaAllah bole membantu..

  12. adda says:

    tu la kak yong, ramai yg dah kena rupanya kt tempat tu. lepas ni kena beringat lah..

    aisha, dulu hariz penah kena jugak ke? dah bawak berubat? mudah2 an jgn le kena lagi kan.. mmg letih sgt2

  13. RaMa2UnGU says:

    oowh...patut la..
    alhamdulillah la di smkin elok kn..
    lps ni kene la lebih berhati22 kn..:)

  14. nini says:

    Takutnya...so sekarang syafi dah ok la kan...lepas ni kena hati hati bila pergu mana mana...

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 370000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..