Puasa Sunat Enam Syawal - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, May 13, 2022

Puasa Sunat Enam Syawal

Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat penih keberkatan. Mama tau ramai yg dah "raye" aka habis Puasa Sunat Enam Syawal  kan. Mama harini insya Allah hari yang ke 5 so masih berbaki sehari lagi. Harini mama nak share tentang Puasa Sunat Enam Syawal  .

Baca juga:


Puasa Sunat Enam Syawal  


عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ


Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih





Kesimpulan hadith:

1.  Kewajipan mukmin adalah melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2.  Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun. 

3.  Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

4.  Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal. 

5.  Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”

Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal. 


Jadilah kamu seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kamu menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada-Nya di bulan Ramadan)


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri telegram.me/hadisharian_ikram



22 comments:

  1. samala arini baru hari ke5..so esok lastday

    ReplyDelete
  2. Wahhh tinggal satu hari lagi ya mampipie :D

    ReplyDelete
  3. Jom buat sampai habis. Saya sampai Ahad.

    ReplyDelete
  4. semoga amal ibadat kita semua diterima Allah =)

    ReplyDelete
  5. Rabia nak start puasa ganti . Maybe esok tak pun lusa

    ReplyDelete
  6. saya tinggal satu hari lagi.

    lepas ni rasa nak buat puasa isnin & khamis pulak

    entah macam best pulak puasa nie

    ReplyDelete
  7. wahh ni mesti mama dah habis puasa kann.. sy tinggal sehari je lagi

    ReplyDelete
  8. Selamat berpuasa mamapp. Saya masih berbaki 4 hari lagi. Semoga kita sama sama dapat habiskan puasa sunat enam ni. Aaminn...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Mudah-mudahan amal ibadat kita sentiasa diberkati.

    ReplyDelete
  10. tahniah mama.... abe kie baru 3 hari... In Shaa Allah, nak siapkan cpt2 agar lega dpt lunaskan tanggungjawab...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.....saya hari ini terakhir untuk habis Puasa Enam Syawal....moga berjaya dan amalan di terima

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa 6 hari di bulan syawal, banyak kebaikkannya untuk diri sendiri dan moga diberkaiti InsyaAllah

    ReplyDelete
  13. saya pun baru nak start..tunggu hbis period nnt boleh puasa sunat 6 ni

    ReplyDelete
  14. In shaa Allah saya juga akan mula puasa enam, harap masih sempat..

    ReplyDelete
  15. aku belum mula pun lagi.. tadi boleh terlupa pulak

    ReplyDelete
  16. Ingat nak join Mak Pah ngan Pak Zain ari tu..sekali bulan mengambang plak...tengok la kalau sempat minggu ni

    ReplyDelete
  17. Kak Sue mula puasa ganti dulu nie, harap sempat lah nanti..

    ReplyDelete
  18. Saya baru puasa ke3 dah mai uzur pulak. Harap sempat kejar 3 hari lagi sebelum Syawal berakhir ni..

    ReplyDelete
  19. ini puasa boleh tidak ya tak berurutan mama

    ReplyDelete

Words of wisdom