Lunch di Restoran Pokok Belacan Meru Ipoh Perak

Assalamualaikum korang, mama ni sedang mengheret jari untuk buat post harini hihi. Mama ke sini bulan lepas. Lunch di Restoran Pokok Belacan Meru Ipoh Perak. 


Lunch di Restoran Pokok Belacan Meru Ipoh Perak

Sebenarnya dah selalu mama lalu lalang area kedai ni tapi mama tak sangka yg dia jual nasi campur. Sebab mama nampak perkataan shelout kat luar. Memandangkan kedai yg kami nak pergi tak buka maka kami beranikan diri ke sini. Rupanya memang banyak lauk dan ramai orang yg lunch kat sini tau. 

Menggamit kenangan zaman 80an kan. Ni ada kat sudut berhampiran tempat ambil air. Cantik kan.

Makanan Lunch Kami


cendawan enoki tu sedap sgt tau


Inilah Makanan Lunch Kami 

Kat sini memang banyak lauk dan ramai sungguh org. Walaupun ramai tapi tempat sentiasa ada yg kosong. Staff pantas bersihkan meja. Makanan sedap2 dan byk pilihan. Harga pun berpatutan. Air self service. Sedap juga teh ais, nanti next time mama nak order kopi pula.

Kat sini parking kena pandai2 cari ye. Sebab di area shoplots.Total makanan kami ialah RM 39.60 termasuk teh ais RM 3, air kosong coway RM 0.30 satu cawan.


Lauk Pauk Lunch di Restoran Pokok Belacan Meru Ipoh Perak









Air Minuman Self Service


Kat sini air minuman ambil sendiri ye


Tempat Makan Luas



Luas kan tempat makan dia

Kalau nak improve mungkin boleh letak signboard kedai di luar. Signboard kedai ada kat dalam, sebab tu mama sendiri tak perasan kedai apa. Tapi tak tau la kalau tuan kedai mmg nak buat macam tu. ala hidden gem gitu kan hihi


Maklumat Restoran Pokok Belacan Meru Ipoh Perak

Tak tau macam mana boleh jadi pokok belacan. Wujud ke pokok belacan yek?


Restoran Pokok Belacan Meru Ipoh Perak

Alamat : 26, Jln Meru Bistari A6, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

Waktu operasi: Pagi sampai malam.

  • Isnin lunch breakfast tutup
  • Rabu dinner tutup 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Bnayaknya lauk pauk dia...nampak sedap dan siakap tu apo murah betul tu...mana nak dapat kat KL ke kat Seremban ke harga macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. saya pun x sangka byk gini, ingatkan masakan goreng2

      Delete
  2. Tak pernah singgah lagi walaupun dah beberapa kali lalu kat situ. Tengok kan menu menarik juga, Boleh singgah nanti

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2024/06/cengkihs.html

    Nnti komen ya tq

    ReplyDelete
  4. cantiknye sudut tu.. mcm ruang tamu rumah dlu2..

    cendawan enoki tu goreng mcmmn ek.. goreng kosong camtu je ke...

    ReplyDelete
  5. byk lauk ikan tu....tmpt luas bagus..tkde la susah nk dpt meja kn

    ReplyDelete
  6. Ini sangat bagus. Blog ini sangat keren rapi dan terawat. Salam kenal

    ReplyDelete
  7. Menarik juga kedai nie, paling suka bila tengok ada ulam-ulaman tu..

    ReplyDelete
  8. Wahhh menariknyaa menu makanannyaaa & banyak pilihan. Best niii. Harga pon okeyy takde laa mahal kann untuk 3 orang makann.

    Saya singgah sini sambil follow yaa. Jemput singgah blog saya jugak. Tak lupa, selamat hari raya. :)

    ReplyDelete
  9. Luas tempatnya ni. Nama Restoran pun 'catchy'. Kalau balik Ipoh boleh singgah.

    ReplyDelete
  10. Cantik deco retro kedai ni. Makanan nampak sedap sangat semua.

    ReplyDelete
  11. Menarik lauk-pauk nya. Banyak pilihan dan menepati selera.

    ReplyDelete
  12. Waah makanan beginiiii yg saya suka mum 😍😍😍😍. Ala Melayu. Sedap2 nampak. Apalagi ada ulam dan sambal. Sayang jauuuh. Blm ada plan nak ke Ipoh 😔. Next ke Malaysia lagi, pengen memang visit Ipoh dan states yg belum saya datangin

    ReplyDelete
  13. best nyaaaa banyak pilihan lauk... sy suka mcm ni sbb boleh rasa banyak lauk..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post