Lunch di Restoran Nelayan Terapung Ujong Batu Pulau Pinang

Mama tinggal di Woodsburry bersama adik mama yang tinggal di Pulau Pinang. Keesokan harinya selepas checkout mama memang berhajat untuk paw adik mama tu. Maka kami pun pergi Lunch di Restoran Nelayan Terapung Ujong Batu Pulau Pinang dan adik mama yang bayarkan hihi.. Seronok mengepau adik sendiri. Mama belajar dari dia juga sebab dulu dia selalu pau mama haha..


Lunch di Restoran Nelayan Terapung Ujong Batu Pulau Pinang


Cantik sangat view kat sini. Sambil makan boleh tgk sungai


Inilah makanan kami.


Udah le ambil 2 ekor ikan bakar, ambil lagi 3 ekor ikan goreng. Ada juga daging masak merah dan kuah kari


Banyak juga lauk lain kat sini

Sayur dan ulaman pun ada


Percaya atau tak, total kami bayar, ehh adik mama bayar cuma RM 77 termasuk air. Kebetulan masa ni mesin cashier kedai ni rosak maka diorg kira sambil lalu aje hihi. Murah dan sedap makanan kat sini. Ramai org waktu tgh hari masa kami datang tu kebetulan hari bekerja dan waktu lunchtime. Ramai pekerja hospital dan org luar juga. Apapun mama rekemen korang datang sini. Parking banyak juga dan view pula cantik sgt. Nanti boleh repeat lagi


Banyak tempat duduk. Kedai luas.


Lepas makan kami jamu mata tengok sampan dan burung yang beterbangan kat sini


Maklumat Restoran Nelayan Terapung Ujong Batu Penang 


Restoran Nelayan Terapung Ujong Batu Penang 

Alamat: Bagan Dalam, 12100 Butterworth, Penang
Waktu operasi: 10 pagi - 3 petang (Sabtu Ahad tutup)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Meriah menu nya semua nampak sedap tu.

    ReplyDelete
  2. Sangat menyelerakan. Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  3. byk pilihan lauk pauk
    ni yg rambang dibuatnya
    👍👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Uniknya mangkuk kecil berisi hirisan bawang dan cili padi. Senang;ah pelanggan nak ambil dan tuang sos yang disukai.
    Harga RM77 memang berbaloi sangat!

    ReplyDelete
  5. Menu semua sedap sangat tu. Tengok ikan2 tu, geram je sebab kami suka ikan.

    ReplyDelete
  6. ya Allah sedapnye ikan bakar cicah air asam...

    ReplyDelete
  7. Ikan bakar pakai sambal itu dah sedaaaap sangaaat 😍😍😍🤤. Macam yg biasa dibuat mama saya. Jadi teringin pula. Dan memang muraah ya mum ❤️❤️. Kalo tahu tempatnya, saya pengin nak datangin nanti

    ReplyDelete
  8. Aik macam manalah mereka boleh kira cincai.

    ReplyDelete
  9. suka lah tempat makan tepi laut mcm ni mesti Ikannya segar...

    ReplyDelete
  10. kalau saya akan makan ikan atau seafood je. ayam ke daging tak pandang

    ReplyDelete
  11. Mengancam betul tengok lauk ikan tu....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post