Kalendar Puasa Sunat Tahun 2024

Assalamualaikum korang. Mama ada terima Kalendar Puasa Sunat Tahun 2024 yang paksu mama share dari grup family. Menariknya kalendar ni. So, mama tepek sini sebagai rujukan mama nanti.


Kalendar Puasa Sunat Tahun 2024 

Mama tak pasti sumber ni dari mana. Mungkin JomMOJO tu kot. Banyak pahala dia buat ko macam ni kan.

Cuma mama nak tambah sikit kat bawah ni


Puasa Sunat Bulan Rejab

  • 13/1 - 10/2/2024 (1-30 Rejab 1445)


Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa antara puasa sunat adalah puasa pada bulan-bulan Haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab dan yang paling afdal antaranya adalah pada bulan Muharram Ini menunjukkan bahawa bulan Rejab merupakan bulan yang mulia dan bulan yang disunatkan berpuasa padanya.

Seterusnya, Imam al-Ramli menyebutkan dalam karyanya Nihayah al-Muhtaj bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas bulan Ramadan antaranya ialah bulan Rejab kerana ini salah satu daripada bulan-bulan haram. (Diambil dari website muftiwp)



Puasa Sunat Bulan Syaaban 

  • 11/2 - 11/3/2024 (1-30 Syaaban 1445)
  • 11 - 25/2/2024 (1-15 Syaaban 1445)
  • 27/2 - 11/3/2024 (16-30 Syaaban 1445)



Hukum Puasa pada Hari Nisfu Syaaban dan Selepasnya

Diambil dari website mufti Pahang
  • Sunat puasa dalam bulan Syaaban secara amnya
  • Dibolehkan puasa sunat pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban)
  • Dibolehkan puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang biasa puasa sunat sebelum itu.
  • Haram puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang tidak biasa puasa sunat sebelum itu.
  • Dibolehkan puasa wajib seperti qadha, nazar dan seumpamanya pada 16 hingga 30 Syaaban.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Alhamdulillah... Terima kasih share mamapp... Linda pun berazam nk memperbanyakkan puasa sunat tahun ini... Semoga kuat semangat

    ReplyDelete
  2. Tq mamapp share. Naniey dah simpan image tu senang nak rujuk nanti..

    ReplyDelete
  3. Tq kongsi. Boleh rujuk nanti.

    ReplyDelete
  4. terima kasih, boleh ldy simpan juga untuk rujukan.. :D

    ReplyDelete
  5. Info berguna ni. Sama-sama kita usaha menunaikan amalan-amalan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih share. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  7. Just what I needed. thnx mama

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dapat tunaikan puasa sunat dan ganti hutang puasa...

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas peringatan. bulan syaaban tu selalu ramai confuse

    ReplyDelete
  10. terima kasih perkongsian tak lama lagi Ramadan dah

    ReplyDelete
  11. Jadi nak cari atau buat sendiri kalender seperti ini. Jadi bisa selalu ingat waktu2 puasa Sunnah kan. Kadang saya suka terlupa. Yg paling diingat cuma puasa Senin kamis saja

    ReplyDelete
Previous Post Next Post