Solidariti Palestin

Kebelakangan ni mama sentiasa bersedih hati apabila buka media social. Mengalir air mata melihat penderitaan saudara seislam kita di Palestin. Serangan rejim Zionis-Israel telah mengakibatkan ribuan nyawa menjadi mangsa dan korban. Sungguh tak berhati perut apabila ramai kanak-kanak dan wanita tak berdaya dijadikan sasaran. Memang murah dan keji sungguh Israhell ni. Solidariti Palestin

Solidariti Palestin

Sumber: Mufti WP


Tindakan Yang Boleh Dibuat untuk Isu Palestin

Mengikuti perkembangan terkini yang berlaku dari kejauhan mungkin menimbulkan rasa gelisah, pasrah dan tidak berdaya dalam kalangan kita. Manakan tidak, tatkala ribuan mangsa menjadi korban kerakusan rejim aparteid Zionis, kita pula ribuan batu jauhnya seolah hanya mampu berdoa agar kezaliman yang mereka alami segera dihentikan.

Namun sebagai umat yang positif dan proaktif, sudah tentu masih banyak sumbangan yang kita boleh berikan, antaranya:

a) Solidariti

Bersolidariti merupakan antara tindakan proaktif dalam menyampaikan kesedaran dan suara majoriti serta sebagai isyarat kepada pihak berwajib terhadap sesuatu insiden. Selain itu, langkah ini merupakan salah satu wadah untuk menzahirkan keprihatinan terhadap saudara Islam khasnya serta saudara kemanusiaan amnya. Rasulullah SAW bersabda:

المُسْلِمُ ‌أَخُو ‌المُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً، فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ القِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ

Maksudnya: Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan dia tidak boleh membiarkan dirinya dizalimi. Sesiapa yang mengusahakan keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, maka Allah akan menutupinya (aibnya) pada Hari Kiamat.” Riwayat al-Bukhari (2442)


Antara wahana bagi menzahirkan solidariti kita bersama rakyat Palestin adalah dengan menyertai perarakan dan perhimpunan aman, berkongsi hantaran-hantaran (postings) di media sosial berkenaan perkembangan terkini serta menggalakkan diskusi dan perbincangan ilmiah. Hal ini penting bagi memastikan antara lain masyarakat kita khasnya generasi muda terus cakna dengan penderitaan yang dialami rakyat Palestin, kerana kita tidak mahu berlakunya pengabaian terhadap tanggungjawab mendidik masyarakat tentang sejarah yang berlaku.

b) Membaca

Terkait isu Palestin, dalam era yang serba moden dan maklumat berada di hujung jari, banyak bahan bacaan yang dan sumber berita yang boleh diakses dengan mudah. Ilmu dan maklumat adalah amat penting bagi memastikan kesedaran kita berkenaan isu Palestin ini didasari ilmu dan kefahaman, bukan semata-mata berasaskan emosi dan jeritan.

Namun, selaras dengan perintah Allah SWT untuk bertabayyun, kita mesti berhati-hati agar tidak termakan dengan propaganda dan maklumat salah yang banyak disebarkan oleh ramai ahli akademik dan media-media Barat yang berat sebelah. Palestin digambarkan sebagai manusia gasar yang dahagakan darah, manakala Israel pelaku jenayah pembersihan etnik dipotretkan sebagai pasukan barisan hadapan bagi sebuah tamadun demokrasi yang sedang mempertahankan diri daripada bangsa ganas yang berserban dan berjubah.

Thomas Friedman, Bernard Lewis dan Henry Kissinger merupakan antara tokoh orientalis yang sering melemparkan tohmahan jahat terhadap Muslim khasnya, dan rakyat Palestin khasnya dalam penulisan-penulisan mereka. Media-media arus perdana Barat pula galak memutarkan stereotaip terhadap umat Islam serta menyebarkan racun jahat kononnya Islam merupakan agama pengganas.

Sebagai alternatif, rujuklah media yang berwibawa seperti Al-Jazeera yang benar-benar membawa suara rakyat Palestin yang tertindas, serta karya-karya oleh tokoh-tokoh yang objektif dalam membawa naratif isu Palestin, seperti sejarawan Palestin Rashid Khalidi, Edward Said (pensyarah yang berasal dari Palestin yang beragama Kristian) dan Ilan Pappe (ahli akademik berketurunan Yahudi yang tegas melawan ideologi Zionisme).

c) Boikot

Strategi boikot oleh golongan tertindas terhadap rejim yang menzalimi mereka bukan perkara baharu. Bahkan strategi ini telah terbukti berjaya dalam menumbangkan rejim apartheid Afrika Selatan yang menindas golongan kulit hitam di negara tersebut.

Justeru pada tahun 2005, sekumpulan 170 warga sivil Palestin telah melancarkan gerakan Boycott, Divestment and Sanction (boikot, nyahlabur dan sekatan) sebagai satu bentuk penentangan aman terhadap rejim Israel, dengan tiga matlamat: pengakhiran terhadap penjajahan, pengiktirafan hak dan hak asasi manusia serta hak bagi pelarian untuk pulang ke negara asal.

Gerakan ini mencadangkan beberapa syarikat yang perlu diboikot oleh masyarakat antarabangsa kerana penglibatan aktif mereka dalam membantu rejim penjajah Israel, yang boleh disemak senarainya pada pautan: https://bdsmovement.net


“From the river to the sea , Palestine will be free.”

Maklumat Masjid Al-Aqsa

Kemuliaan al-Aqsa

Masjid al-Aqsa yang berpusat di Baitul Maqdis, Palestin merupakan kiblat pertama bagi umat Islam serta bumi persinggahan Nabi SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj dalam perjalanan bertemu Allah SWT, kota suci yang penuh keberkatan, bumi para anbiya sebagaimana firman Allah SWT:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(Surah al-Isra,1)


Kedudukan masjid al-Aqsa yang istimewa dalam hati sanubari umat Islam bukan sahaja dianggap suci bahkan ia berkait rapat dengan akidah umat Islam. Sehinggakan Nabi SAW sangat menggalakkan umatnya menziarahi tiga masjid dan salah satunya Masjid al-Aqsa yang memiliki kelebihan yang berasaskan keimanan dan ketakwaan, sabda Nabi SAW:

لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صلى الله عليه وسلم وَمَسْجِدِ الأَقْصَى

Maksudnya : Tidaklah dilakukan kembara secara bersungguh-sungguh melainkan untuk menuju ke tiga buah masjid, iaitu Masjid al Haram, Masjid aku ini (Masjid al-Nabawi), dan Masjid al-Aqsa.

Riwayat al-Bukhari (1189) 


Dont feel hopeless dan merasakan kita tak mampu buat apa-apa sedangkan doa adalah senjata orang muslim. Sama-samalah kita teruskan berdoa atas kemenangan saudara kita di Palestin.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Semoga doa-doa kita dimakbulkan 🤲🏻 kena selalu ingatkan hati jgn berhenti berharap dengan rahmat Allah untuk mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. kita cuba buat apa yang kita mampu dari kejauhan. Ammi dan kawan-kawan ada taja pendidikan seorang anak Palestine di sana. Tapi kami tak tau khabar anak yang bernama Basma ni. Semoga Allah selamat dan lindunginya. Macam gelisah je selagi taktau khabar anak yg disana

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar... Mmg terasa sgt tak membantu.. Tp keep on praying for them... Yassin hari2 linda baca utk para syuhada2 serta kemenangan mereka... Kerana mereka berjuang dengan btg tubuh mereka demi seluruh umat islam... Allahuakbar.. Besar jihad mereka..

    ReplyDelete
  4. Insya Allah buat mana yang mampu walaupun nampak kecil.

    ReplyDelete
  5. semoga Zionist penjahat yg dilaknati Allah akan terhapus dari muka bumi ini. Aamiin...

    ReplyDelete
  6. Hari ni khutbah solat jumaat kat jdt pun cerita pasal solidariti palestin

    ReplyDelete
  7. Hanya Allah yg faham hati & perasaan kita yg disayat² dgn kekejaman musuh Islam ni kan...apa yg mampu kita buat, kita buatlah asalkan kita membantu dan cakna dgn penderitaan saudara kita di sana. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita kemenangan 🤲

    ReplyDelete
  8. kita tak mampu nak tlg secara trs. semoga dgn cara yg kecil ni dpt bantu saudara2 kita di sana

    ReplyDelete
  9. dengan mengorbankan sedikit harta (sumbangan duit) kita sudah dianggap jihad..semoga Palestine bebas kembali..segala jihad kita diterima Allah

    ReplyDelete
  10. Ye, sedih betul.. Hasbunallah Wanikmal Wakil.. semoga doa kita semua dimakbulkan, dan semoga usaha kecil kita dapat membantu saudara-saudara kita kat sana kan Adda.. Aamiin Ya Mujib..

    ReplyDelete
  11. Tak mampu buat yang besar, kita buat yang kecil kecil jela kan. Semoga dapat membantu saudara saudara kita di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul hanna.. kita buat yg mampu dan daya kita kan

      Delete
  12. Ya memang mencari maklumat tentang Taufan al-Aqsa.
    Betul kena hati-hati pilih pembacaan.

    ReplyDelete
  13. Selain doa, saya berusaha mendukung perjuangan mereka dengan boikot. Tak nak lagi beli brand yg memang mendukung zionis. Dah laah, pakai produk lain atau produk lokal lebih bagus

    ReplyDelete
Previous Post Next Post