Lunch Mamak di Q Bistro Seksyen 9, Shah Alam Selangor

Beberapa bulan lepas alkisahnya Restoran Q Bistro membuka cawangan di Shah Alam. Teringin juga mama nak cuba makan nasi kandar kat sini. Menurut abang ipar mama, cawangan di Ampang area rumah dia sentiasa penuh tapi harga memang mahal sket. Selalunya orang kereta mewah makan sana. Sebab nak cuba, maka last month akhirnya mama dan en hubby Lunch mamak di Q Bistro Seksyen 9, Shah Alam Selangor. 

Baca juga:


Lunch mamak di Q Bistro Seksyen 9, Shah Alam Selangor


Kami makan berdua aje. Ini je yang kami order. 

Teh ais, nescafe ais dan air kosong. Masa ni nescafe ais tak sampai lagi.

Lauk kambing masala, kua campur mmg bebetul banjir. Kalau korang jenis tak suka kuah banyak silalah ingatkan diorg jgn letak kuah byk sgt

Lauk en hubby


Makanan kat sini memang sedap walaupun a bit pricey. Lauk kambing mama tu nampak penuh kan. Harga kambing je udah RM 15 per serving tapi yang tak bestnya banyak tulamg tak padan dengan harga. Last-last en hubby komplen kat staff. Melampau sangat tulang tu byk tapi isi ciput. Akhirnya kami dapat le tambahan sikit daging. Air teh tarik dan nescafé memang sedap. Next time boleh singgah lagi untuk ngeteh dan ngopi.

Nampak kemas restoran ni. Bolehlah sekali sekala nyinggah lagi. Air pun siap seal lagi.


Maklumat Bistro Seksyen 9, Shah Alam Selangor

Q Bistro Seksyen 9, Shah Alam Selangor

Alamat: No.1, Ground Floor, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Waktu Operasi: 7am-1am


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. ini menu kegemaran husband nieyl ni kari kambing...

    ReplyDelete
  2. Menutup nasi kuahnya.
    Itulah air soap bertutup macam beli air khas.

    ReplyDelete
  3. Ni betul2 kuah banjir sampai tak nampak dah nasi kat bawah tu. Tapi nampak sedap cuma isi kambing pulak tak banyak.

    ReplyDelete
  4. Aiiiiiih nampak sedap 🤤🤤❤️❤️❤️. Sayaaa sukaaa masakan mamak macam ni kak. Tapi memang tak terlalu mau kuah banjir. Secukupnya saja 😄. Tak apalah mahal, kalo memang rasa sedap kan 👍. Tapi baik juga mereka mau kasih tambahan daging ketika tahu tulangnya lebih banyak 😁

    ReplyDelete
  5. area opis kt glenmarie slalunya time bfast pi q bistro..menu fav mee goreng & teh ais

    ReplyDelete
Previous Post Next Post